My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, May 22, 2019

Jom dapatkan Bawang Murah dan banyak Di sini


Bawang Merah ni sudahlah Murah dan banyak, cantik-cantik pula tu tau. Alaaahhh Cik Eja ni..bawang murah pun nak share..Kalau tiket melancong murah..baju lawa-lawa tapi murah nak laa..

Ok..ini Cik Eja nak share dah lama. Tapi tak berkesempatan je. Ini topic penting tau untuk suri-suri yang selalu di dapur. Maklumlah, masakan kita orang Melayu ni memang menggunakan bawang yang banyak kan? Iye ke Ya? 

Kalau dapat kurangkan kos dalam membeli barang dapur kan lagi best. Maksudnya Jimaaat... oh Ya..nak tau ke bawang merah ni Cik Eja beli kat mana?











Ok, sebelum itu kan kami pernah la beli bawang kat Pasar Malam. Korang nak tau? Lebih sedikiiiiit dari ini tapi mak Oi...RM10... hahahahah terkejut Cek Ejam bila membayornya. Iyerla... mana tak terkejut...dia yang selalu beli barang-barang dapur rumah kami ni. Dibeli Kat Balaji Kalau Rm10 haaa engko..besar gedabak dapat bawangnya.

Itulah alkisah belian bawang kami...ini baru betul membawang namanya kan? Topic Bawang gitu...hehehehe

Oklah..yang ini pula kami beli di kedai Eco sebenarnya. Dah lama jualan bawang kat situ...tapi sebelum ini sikit je..Kali ini memang banyak dan comel-comel je kejadian bawang yang dijual. Cik Eja memang suka style bawang macam ni...tak terlalu kecik..dan tak terlalu besar. Sedang-sedang gitu. Sonang den nak masak hari-hari. Cek Ejam kata apa? Haaiii matilah kedai-kedai runcit Kalau macam ni. Semua dah ada kat sini.

Kedai Eco ni memang dekat saja dengan rumah kami...tak sampai 5minit je dah pun sampai kedai Eco ni. Bak kata nak apa-apa senangla contohnya...haaaa barangan gardening pun murah tau! Cayalah Kedai Eco ni...memang ter sangat economy heheheh.

Jadi..apa lagi? Pi la beramai-ramai ke sana yek!!

Tuesday, May 14, 2019

Ketupat Sotong






Ketupat Sotong salah satu Menu kesukaan Cik Eja. Bila dah makan ni, memang tak nak pandang nasi  rasa dia tau. Ia sangat sedap dengan rasa lemak dan manis gitu. Ada yang kata, cuci kulitnya sampai putih baru cantik. Ok, sebenarnya Kalau dah bersih putih suci murni je nampak kan? Hilanglah kemanisan Sotong ni. Ketupat Sotong ber maksud, ada pulut didalamnya. 

Nak resepi ini boleh klik DI SINI ya. Cik Eja dah pernah share resepi ni dulu. Buat lauk Ini pun atas permintaan princess. Katanya teringinnya nak makan Sotong yang ada nasi dalam tu mama. Heheheh ..ok, kebetulan pula memang ada beli banyak dan murah pula tu Sotong ni. Harganya hanya RM15 sekilo lebih ( dekat 2 kilo juga tu).

Sotong pula fresh dan baru keluar dari bot Nelayan. Perghhh heaven rasa Cik Eja makan sambil hirup kuahnya tu... bagi yang tak pernah makan boleh la cuba ya.. Resepinya mudah saja nak ikut. Boleh Klik SINI tau resepinya.









Setelah dimasukkan pulut, kena cucuk ( tutup) dengan lidi supaya pulut itu mengembang di dalam sotong dan tidak terkeluor. Pastikan letak pulut sedikit aje ya. Jangan sampai separuh badan Sotong ni, nanti tak berapa masak dan akan terkeluar sehingga  menyebabkan Sotong pecah.








Thursday, May 9, 2019

Resepi dan Cara membuat Fondant kek

Ini adalah hasil Kek Fondant buatan Cik Eja. Hahahahaha gelak sakan ya. Menjadi jugak akhirnya tu. sebenarnya memang suka dan minat buat kek ni. Tapi idok lah sampai nak menjuai. Suka suka mencuba saja. Alhamdulillah menjadi Cik Eja buat surprise kat Anak sorang ni. Dia pernah suarakan bestnya Kalau tiba tiba Yaya terkejut tengok Birthday Yaya kan? Hahahahah kecik2 dah ada Impian.

Maka, Cik Eja malam sebelum hari lahir dia buat kek ni. Dia ke Sekolah..jadi sempatlah Cik Eja main2 deco dengan sorang Anak kecil ni. Sambil tiup2 belon. Alaaahh..dalam rumah sendiri guna apa yang ada je. Biar Zahira Damia Sofia ni happy...mama dulu tak merasa orang buatkan macam ni..jadi kita gembirakan Anak kita pula.













Okeh.. Untuk resepi cara buat Fondant ni Cik Eja tulis dalam buku tau..buku resepi tu dah memang duk kat dapur je. Lunyai jugakla Sebab selalu duk belek resepi yang nak masak.


Oh ya..satu lagi..tulisan tangan ni teramatlah “kecacingan” gitu....hahahahah Sebab tulisan malas kan..tapi apa2 pun Cik Eja share juga resepi penuh buat Fondant tanpa menggunakan marshmallow tau!!! Bersih halal dan suci ya. Ada je Kalau Korang nak beli fondant dah siap. Di mana2 kedai bakery  ada terjual. Tapi Rm9.90 Tak silap harganya sikit saja dalam tu dan satu warna saja. Kalau nak warna lain lain, kena beli botol lain pula.

Ok...ini resepi dan step step membuat Fondant ( Cik Eja pun belajar tengok2 online je ni..redah aje namanya)





Ini resepinya..maaf tulisan ‘kecacingan’ sikit. Maklumlah tulisan cepat n ekspress namanya tu.




Bila doh dah siap... fondant ni warna putih tau. Ambik sikit dan letak pewarna, uli sampai jadi warna pink ke..kuning ke dan warna kesukaan.



Gelatin dipanaskan.










































Cara membuat tempoyak


Sebut saja tempoyak...fuuhhh kecur air liur ye tak? Bagi yang sukakannya la. Ada je orang melayu kita tak pernah dan tak nak sentuh pun tempoyak2 ni. Sikit pun tak nak rasa haisshhh ruginya dia. Tak tahu nikmat kesedapan tu macam mana..hingga menjilat jari tuuu...

Ok..pastikan anda ada durian!!! Barulah boleh buat tempoyak. Dari kampung selalu banyak sangat durian, maka boleh bawa balik isinya untuk dijadikan tempoyak. Contoh : seperti gambar dibawah ( ceewaaaahh) macamlah ada yang tak kenal durian.



Durian Ini dikeluarkan isinya. Ada 2 Tupperware penuh durian..jenuh Cik Eja makan sorang pula tu...Nasibla tak ada teman dalam rumah ni yang sukakan lauk nan satu ni.


Seperti begini...Cik Eja menggunakan 2 sudu. Boleh juga menggunakan tangan Tapi pastikan ada plastik ( sarung tangan) supaya tempoyak lebih tahan lama.


Biasanya Kalau mahu tahan lama, boleh tumbuk garam ber campur dengan cili padi. Gaulkan dengan isi durian ini. Perghhh yang macam gitu memang sedap bila dimakan bersama nasi atau dibuat lauk. Macam2 idea menu berasaskan tempoyak ni kan...(bagi pencinta tempoyak macam Cik Eja)


Resepi Masakan Kupang

Siapa suka Kupang? Mana nak cari ya? Haaa... kami Kalau balik kampung, memang suka beli kupang ni. Banyak di tepi jalan sebelum balik KL. Semua masih baru lagi. Sekali beli boleh masak 2 kali.

Kupang kali ini Cik Eja masak pedas tapi dalam 2 versi berbeza. Satu kering sikit dan satu lagi berkuah. Ermmmm yummy... puasa2 ni kan bila berbicara tentang makanan fuhhh berkeroncong juga perut ni.



Yang ini Cik Eja masak kering sikit...



Yang ini versi berkuah sikit.

Kedua dua resepi ini dari MiL. Tapi taulah, air tangan dia confirm lagi sedap kan? 

Bahan2
Bawang Merah
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi 
Garam secukup rasa.





Memang ada ikan bilis sedikit yang diblend sekali bawang. Ermmm mudah saja. Kalau yang dah selalu masak tau kan macam mana nak sediakan masakan ini. Setiap orang berbeza caranya. Cik Eja ikut style sendiri je..yang penting boleh ngap!! 
Hehehehe Selamat Berbuka..

Resepi Tempoyak Ikan Patin

Bulan puasa macam ni, topic Utama adalah MAKANAN. Percaya tak? Kebanyakan orang kita mesti banyak story pasal makaaaaanan je kan? Eh? Tak ke? Kalau tak baguslah. Tapi tak salah pun kita mencari cari menu apa yang nak dimasak kan?

Ini salah satu Menu yang paaaaaaling Cik Eja suka. Bayangkan, seekor tu Cik Eja akan masak dan makan sorang sorang saja tau. Kenapa? Ehhh Cik Eja ni teruknya boleh habis ke sorang ikan Patin sebesar itu? Hahahaha boleh punya..nasi sikit je la. Kat rumah ni, Kalau lauk berasaskan tempoyak memangla Cek Ejam tak akan “Never” sentuh. Dia memang tak suka! Haaaa huntung badan kan? Huhuhuhuk.. nak ikan? Beli je Di Shah Alam ada satu rumah  di sana yang menjual ikan Patin ini.

Memang terbaik ikan dia tau. Tak hanyir langsung. Lepas tu besar dan murah saja seekor. Rasanya dalam RM15. Tapi tak tahu Kalau dah naik harga ya. Ada seorang kawan Cek Ejam yang share lokasi rumah tu Sebab ber dekatkan dengan Taman dia saja.





Ini saja bahan2 Untuk Tempoyak Ikan Patin..tempoyak tu dah masam..Kalau tempoyak baru kurang masam, dan ada yang masukkan asam keping. Tapi Cik Eja tak letak. 




Dah pun siap! Yummm yummm...

Indahnya Suasana Di Kampung

Cik Eja memang sukakan kedamaian kampung. Jauh dari kesibukan  di Bandar. Kampung lebih mendamaikan dan sebenarnya lebih menguntungkan berbanding dibandar. Bayangkan..semua hasil ada di sini. Dari tanaman cili, limau nipis, limau kasturi, durian, durian belanda, nanas, duku langsat, pulasan, manggis...aarhhhh memang banyak hasil yang boleh dikutip tanpa membelinya. 

Untung kan? Kami memang ada perancangan Untuk tinggal di kampung saja. Kehidupan lebih tenang. Tak perlu berdepan dengan pelbagai masalah berbanding tinggal di bandar. Masing masing ada Impian ter sendiri. Tapi bila kita makin berumur, kehidupan di kampung lebih seronok.


Ini lah hasil kutipan..Haaaa kan best tu..boleh buat sambal belacan..boleh guna Untuk tea O ais limau..



Hasil kutipan durian pula...pagi2 sudah keluar ...best sangat...


Suka dia kutip hasil banyak pula tu..pokok renek je... lebih rendah dari Yaya










Resepi Doh Karipap dan Inti Ikan


Bulan puasa macam ni best juga buat kuih sendiri kan? Karipap ikan! Memang salah satu kegemaran Cik Eja dan keluarga. Bayangkan, Kalau beli karipap inti kentang, anak2 bukan makan habis, dikikisnya klim saja, lepas tu diletakkan semula yang ada inti dalam piring. Lagi kalau inti tu pedas memang tak tersentuhlah. Kalau inti ikan ni, lajuuu saja boleh ngap dan habis.

Lagi satu, kat sini susah betul nak dapatkan karipap inti ikan. Rindu kg halaman makin menjadi jadi. Sudahnya buatlah sendiri karipap inti ikan ini. Lagipun, buat sendiri terjamin kebersihan dan boleh letak inti banyak2. 

Sedikit perkongsian resepi Karipap ikan.



Cik Eja tak pandai klim..itu guna acuan saja. Kalau Cek Ejam memang pandai dan klim karipapnya memang Cantik tau!


Doh Baru nak di uli.


Doh sudah pun siap!


Doh dibahagikan  supaya saiz karipap nanti sama


Inti ikan.. yang sudah kering dan menjadi serunding ikan.