My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Friday, January 4, 2019

Resepi Ayam Masak Kurma

Selalu bila Cik Eja makan di kedai Mesti perhatikan masakan yang sedap-sedap. Apa bahan yang ada, rasa dia macam mana.

Bila saja di rumah kena masak, akan cuba masakan seperti di kedai tu. Contohnya Ayam Masak Kurma ni. Cek Ejam dan anak sangat sukakan masakan kedai tu. Jadi kita kenalah usahakan masakan Kurma Kita sama kan?




Okeh...ini resepinya

Bahan-Bahan
1) Ayam
2) Bawang merah (diblend)
3) Bawang putih (diblend)
4) Bawang Holland (dipotong besar)
5) Halia (diketuk)
6) Rempah Kurma
7) Sedikit santan @ Susu Cair
8) Ubi Kentang (digoreng sedikit selepas ayam tadi)
9) 2 batang Cili Hijau besar (dibelah Dua)
10) Garam & gula

Cara-cara
- Ayam Cik Eja akan goreng terlebih dahulu, tapi Tak garing pun. Biar sedikit masak. Ketepikan
- Goreng bawang Holland, kemudian campurkan bawang yang diblend.
- Masukkan Halia juga.
- bila sudah wangi, masukkan Rempah Kurma.
- masukkan kentang, Ayam.
- kemudian, bila sudah Naik Minyak, masukkan sedikit santan @ susu car
(Cik Eja pakai susu cair)
- Garam & gula secukupnya.
- Masukkan Cili Hijau (hiasan)

Sebenarnya bila masak Kurma Ni, satu rumah bau wangi je. Cek Ejam kata, bau wanginya, (bila balik) masak nasi beriani lagi ke?.

Eh Tak laa...Ayam masak Kurma jerr...

** Nak Tau Cik Eja pakai rempah Kurma apa? Rempah Kurma Faiza!!! Best sangat lah rempah dia ni. Tak terlalu Keras rasa dia. 

Mungkin orang lain ada tumis rempah empat serangkai tu kan? Tapi Cik Eja tak letak.

Hehehehe...Jadi...cubalah resepi ini ya!

No comments:

Post a Comment