My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 30, 2019

How To Train Your Dragon 3


Filem animasi DreamWorks ini merupakan  kisah sambungan, How To Train Your Dragon 2. The Hidden World. 





Kisah kali ini naga yang berada di alam manusia ini  berhadapan dengan mereka yang suka menangkap naga dan membunuh untuk keseronokan.

Hiccup pula, sentiasa bersama pasukannya meneruskan kerja untuk menyelamatkan naga naga yang telah ditangkap itu. Hiccup mendapat kejutan kerana mereka terpaksa berhadapan dengan penjahat yang tidak pernah mereka sangkakan.

Akibat dari itu maka, Hiccup telah mengadakan perbincangan dengan seluruh penduduk Berk dan mencadangkan untuk memindahkan semua naga yang ada termasuk naga peliharaannya iaitu Night Fury ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunia Rahsia ( Hidden World).

Sebenarnya Dunia Rahsia ini masih diragui akan kewujudannya dan dia hanya percaya dari cerita yang dianggap "dongeng" dari mendiang bapanya.

Mereka meninggalkan kediaman asal dan memulakan pengembaraan untuk memcari Dunia Rahsia tersebut. 

Dalam waktu pencarian mereka untuk mencari dunia tersebut, penjahat yang suka memburu Naga masih terus menjejaki mereka dan telah berjaya menangkap naga – naga yang berada di Berk.

Namun, mampukah mereka mendapatkan kembali naga yang telah ditangkap tersebut dan berjayakah mereka menemui Dunia Rahsia tersebut?

Istimewa kemunculan Light Fury sangat menghiburkan kerana Night Fury jatuh cinta dengannya. Aksi-aksi lucu mereka sangat menghiburkan.



Sangat sesuai menonton seisi keluarga. Anak anak Cik Eja sangat terhibur. Tidak langsung membosankan malah memang Menarik sekali Filem Animasi Kali ini!!!

No comments:

Post a Comment