My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, January 7, 2019

Kan Ku Kejar Cinta Kamu

Nak Tau ringkasan Kisahnya Dan Ending Bagaimana?. Kalau teringin nak tau boleh baca sampai habis. Kalau tak mahu tau takut nanti tak surprise bila tengok drama bersiri ini, rasanya tak perlu baca sampai habis ya. Hehehehe...

Yang penting, endingnya memang sangat best dan tidak mengecewakan ok!.
Ok, sedikit perkongsian ringkasan dari kisah ini.






Di pertengahan episode, Alma meminta untuk Raiyan melepaskannya tetapi Raiyan telah membuat perjanjian agar pernikahannya didaftarkan tetapi ada syarat-syarat yang tidak masuk akal terpaksa Alma lalui. 

Salah satu syarat ialah 2 tahun terpaksa patuh dengan perjanjian gila Raiyan iaitu tinggal serumah dengannya atau share 20 peratus terpaksa jatuh ditangan Raqib.

Bulan pertama semuanya indah belaka tetapi kehadiran Zack dan Qistina membuatkan rumah tangganya semakin huru hara. Qistina gadis yang mendambakan cinta Raiyan sengaja membuatkan hati Alma sakit.

Zack pula cuba menodai Alma Dan memaksa Alma menyerahkan share 20 peratus jatuh ke tangan Raiyan. Misi Raiyan semakin berjaya kerana tinggal 20 peratus sahaja kerana 10 peratus milik Fariz dan 10 peratus adalah atas nama isteri Dato Sri Helmi, Dhiya . 

Muzzammil semakin cemburu melihat kehidupan Dato Sri Helmi yang semakin bahagia bersama isteri. Disangkakan dengan mengambil syarikat Jentayu dan projek Dato Sri Helmi, Dato Sri Helmi akan semakin sensara tetapi sangkaan meleset.

Muzzammil juga ingin merasai bahagia bersama supermodel yang cantik seperti Dato Sri Helmi yang memperisterikan model dan mempunyai anak yang comel.

Perkahwinan Dilaila dan Raiyan semakin hampir. Pada Dilaila dia menerima saja apa jua keputusan Raiyan. Dalam diam Dilaila tahu Raiyan mencintai Alma. Dia hanyalah tak ubah hanya seperti seorang sahabat. Raiyan pula selalu keliru. Dilaila memutuskan untuk batalkan perkahwinan dengan Raiyan. 

Cerita terbongkar sedikit demi sedikit bila Muzzamil dituduh membunuh supermodel. Mas Ellysya sebenarnya bekas kekasih Dato Sri Helmi. Mas Ellysya masih menyimpan kenangan bersama walaupun kini Dato Sri Helmi sudah berkahwin dengan sahabatnya, Dhiya.

Mas Ellysya juga cemburu dengan sahabatnya kerana bukan kemewahan yang dia inginkan tetapi kasih sayang yang dicurahkan. Bersama Muzzamil hanya wang ringgit dan kemewahan jadi taruhan.

Nek Bonda masih tidak dapat terima kenyataan, seorang demi seorang, keluargannya meninggalkan dirinya. Dendam terus membara. Bila satu persatu kebenaran terungkai membongkarkan kejahatan Arwah suaminya tetapi Nek Bonda tetap tidak percaya.

Nek Bonda tetap mengatakan itu semua berpunca dari keluarga Dato Seri Helmi . Sebenarnya Dato Raqib merogol adik perempuan Dato Sri Helmi hingga melahirkan Faris. Yusnita gadis cantik yang pandai mengoda kekasih pada Muzil ( pak su Raiyan ). Tetapi nafsu bertopengkan Syaitan sanggup merogol kekasih anak sendiri.

Muzil tidak dapat menerima kenyataan bila kekasihnya melarikan diri. Bukan kekasih melarikan diri tetapi Yusnita sudah menjadi gila kerana jijik dengan dirinya. Terlalu lama Dato Sri Helmi menyimpan rahsia ini. Faris dianggap seperti anaknya tiada sedikit pun kurang kasih sayang. Kini Yusnita ditempatkan di pusat penjagaan untuk memantau keadaannya. sedih melihat keadaannya menjadi mangsa kerakusan nafsu Dato Raqib. 

Bila semua orang berpaling dan tidak mahu mengikut arahan Nek Bonda , Nek Bonda terus  merancang ingin membunuh Alma dengan mengupah orang gaji meletak racun dalam minuman Alma. Allah maha adil bukan Alma yang minum tetapi Raid. Raiyan menjadi marah bila Nek Bonda tak pernah serik dengan dendamnya yang memakan diri sendiri. 

Nek Bonda sedar yang dia terlalu mengikut perasaan. Raiyan berjaya menyatukan keluarga yang telah lama bermusuhan. Akhirnya Raiyan pulih sedia kala. Raiyan bersyukur kerana Alma sanggup memperjuangkan cinta disaat Raiyan tidak mengingati Alma sebagai isterinya. Perjuangan Alma tidak sia - sia mengejar cintanya dan menyatukan dua keluarga dari dendam. 

No comments:

Post a Comment