My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, January 13, 2019

Meet & Greet Kan ku Kejar Cinta Kamu

13 January 2019 pukul 3-6 petang di NU Sentral diadakan Meet & Greet Kan Ku Kejar Cinta Kamu. Kali ini tak tahu kenapa mama sorang ni beria ria sangat nak join. Siap belikan novel untuk Kaklong kononnya nak bagi peluang berjumpa dengan pelakon kesukaannya.



Sebenarnya kesukaan Kak long atau mamanya? Hahahahahah....Cik Eja serious!!!! Memang tak pernah mengikuti apa-apa drama bersiri sebelum ini. Tahun lepas tertengok Alamatnya Cinta itupun sebab Kaklong yang menonton siap record lagi.

Tertengok satu episode saja, terus nak kena follow saja drama ini sebab adanya perasaan nak tahu kesudahan drama ini. Ini pertama kali menonton lakonan Hanna Delisha.

Kali ini juga tertengok satu episode yang Aamyrarosli kena tolak tu. Dengan lakonan Nek Bonda yang Garang dan bengis, menjadikan terdetik perasaan ingin tahu kisah apa ni?






Disebabkan Aamyrarosli yang berlakon, maka Cik Eja mula mengikuti drama ini, dia memang selalu melakonkan wataknya dengan begitu baik. Ini juga pertama kali Cik Eja menonton lakonan Fendybakri. Asalnya tak kenal, siapa pulak hero gandingan dengan heroin kesukaan kita ni kan?..Tak apalah..kita teruskan mesti best ni jadi bermulalah Cik Eja menonton episode pertama dan seterusnya.

Rupa-rupanya si anak, Kaklong sudah pun menonton drama ini dan siap record lagi. Oklah...kita tak terkejar-kejar menanti pukul 10 malam disebabkan memang record full episode. Bila2 masa free barulah menonton di Astro ni.

Siapa yang menonton drama ini pasti tersangat geram dengan lakonan Si Raiyan dan Nek Bonda Kan? Nek bonda yang mempunyai personality Powerful Choleric. Manakala Raiyan pula macam lalang, popular sanguine, ibu Raiyan pula peaceful phlegmatic. Bapa Alma membawa personality Melancholy... masing2 membawa watak yang mempunyai personality  berbeza-beza. Jadi jom Kita    tunggu malam ini pula apa akan jadi dengan mereka.

Yang penting, dah agak dah apa akan jadi dengan Kalsom tu...errmmm betul tekaan Cik Eja bila terbaca sedikit ending Novel ini semalam. Kalsom juga popular sanguine. Dia mudah mesra dengan sesiapa saja dijumpai. Bila kami jumpa, memang dia cantik, tinggi dan kurus saja. Qistina pula kata Kaklong, mama...dia baiklaa...sentiasa senyum dan tak sombong pun..lakonan je buat dia nampak gedik. 







Adik Ray pula Raid Dan Marlisa lebih cantik bila jumpa diluar. Mama glamour pula? Mestila...dia salah seorang pelakon dah lama, berbakat dan sangat mesra dengan sesiapa saja.

No comments:

Post a Comment