My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 17, 2018

Resepi Viral Kek Coklat Brulee

Kek Viral!! Iya, inilah yang dikatakan pada Kek Coklat Brulee. Cik Eja tak tahu sangat tentang kek ini. Tapi bila nampak orang post gambarnya, macam sedap jer...macam terliur je kita tau. 

Jadilah besday anak bulan 12 baru ni terus tempah satu. Excited nak mencuba rasa dia tau. Bila tiba masa dan harinya, iaitu 1/12/2017 maka kami pun makanlah. Tak buat apa apa majlis pun, hanya makan di rumah saja. Sekali potong kek ini...perrghhh meletups rasa enaknya dimulut tau. Tak sangka..rasa seperti kek dari Secret Recipe la. Serius sedap!







Bagi adik adik yang datang merasa kek ini. Ada yang kata..ermmm sedaplah...laaa katanya...ingatkan beli kat Secret Recipe tadi. Memang kami hantu kek Secret Recipe ni tau. Kalau setiap kali besday memang selalu pergi beli di sana. Tak kiralah, kalau tak beli sebiji pun kadang  beli satu atau dua potong saja kek. Memandangkan kek ini terlalu sedap, maka tak sampai dua hari sudah pun habis dari peti. 

Ingat besday Cik Eja yang lepas? Kek Chanel tu..Wooow bukan main lawa kan? Luarnya comel sangat...sebijik rupa handbag, nak potong dan makan pun sayang tau. 

Hahahah...Siang celebrate tak potong lagi. Malamnya celebrate lagi baaarulah potong. Hahahaha sayangkan sangat rupanya. Tapi bila makan memang sangat kecewa tau. Sebab rasanya tak sedap. Coklat yang pahit. Dahla CIk Eja tak suka coklat coklat ni. Dapat pulak Kek Coklat yang Pahit!!..Makanya...berminggu minggu sampai ke bulan memang tak terusik balance kek tu dalam peti tau. Hahahah banyak juga..itu nasib baik hari kedua anak anak ada bawa ke sekolah. Adalah tukang yang habiskan kat sana. 

Tapi bila dah berminggu dalam peti memang tak di makan dah kek ni. Lastnya memang dibuang begitu sahaja tau. Sayang kan? Biasanya orang suka Vanila macam Cik Eja ni, mesti tak suka coklat kan? begitu sebaliknya...kenapa ek?


Tapi kalau kek Secret Recipe ni, memang boleh makan dan sangat suka sebab memang Terbaik keknya. Bila kali ini makan Kek Coklat Brulee ini kan..errmmm memang rasanya sama macam Kek Secret Recipe. Bila dah makan sekali ni..wahh dah rasa macam berhantu pulak la. Rasa macam nak lagi dan lagi je. Kalau ada dalam peti boleh la merasa setiap hari kan. 

Masa Cik Eja ada nak balik kampung hari tu, nak beli lagi kek ini, tapi sayang sold out pula. Hanya ada  kek pandan saja. Sangat kecewa jugalah masa ni. Tapi beli juga kek Pandan sebab nak bawa balik pada mertua kan. Dalam hati ni, kalaulah aku pandai buat kek sesedap ini...tak perlu nak beli lagi. Bukan tak nak beli, tapi biasalah, kalau memang sedap kan selalu jer habis cepat. Bila kita pandai buat sendiri ni, tak adalah mencari cari dengan orang lain lagi kan.

Haaa...lagi satu...Cik Eja dah bertahun tahun beli Kitchen Aid ni tau. Semangat selalu kalau nak buat kek2 ni. Tapi sedih sebab memang ler Cik Eja tak reti sangat. Suka jer tengok orang buat kek comel2 tu. Terliur je nak buat juga. Pernahlah buat kek, itu pun pakai Raising Flour..hahahah dan resepi dia teramat simple yang confirm menjadi tau. 

Cek Ijam pula selalu mengomel...bilalah korang boleh merasa kek mama tu...jadi tukun kayu la Kitchen Aid mama beli mahal mahal tu...baik jual je lah Yang!!! Hahahahah...kita bukan tak nak buat kek tau...nak sangat guna benda alah comel ni...tapikan...kekangan masa tulah...kalau hari sekolah ambil hantar anak2 sekolah la..nak masak lagi..terkejar sana sini lagi...last last masa berlalu  macam tuu je. Dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan sehinggalah dari tahun ke setahun. 


Hahahah...Banyak pulak Cik EJa membebel kat sini. Nak share hanya resepi Kek Coklat Brulee je.

Okeh...alkisah Cik Eja cubalah search sana sini tentang kek viral nan satu ni tau. Google sana sini, fb juga , video2 lagi. Tapi kan..apa yang Cik Eja nak ceritakan kat sini. Ada yang share resepi bertulis.. bila kita study resepi ni...Lorrr keknya tak ada pun coklat...bahan coklat tak ditulis langsung. Macam mana nak tahu sukatan coklat untuk coklat kek yang lapisan bawah sekali tu kan?

Bila Cik Eja tengok satu video pulak, dia bagi bahan bahan semua untuk lapisan kek ni, kecuali.....untuk  Chocolate Mousse tu tak diberikan cara membuat tau. Bila fikir punya fikir...kenapa ek? diorang taknak share semua? Geram pun ya...kita terpaksa study sungguh sungguh sampai berminggu tu gi cari resepi supaya complete semuanya kan?

Hahahah bersungguh sungguhla aku ni nak membuat kek kesukaan nan satu ni. Memang berhantu betul Kek Coklat Brulee ni kan. Akhirnya...entah berapa lama..Cik Eja dah ada keberanian untuk mencuba buat kek ini. 


Mulalah hari pertama pergi cari bahan bahan untuk kek. Habis dalam RM60 lebih saja untuk kek ini. Cuma, ada dua bahan yang kehabisan. Nampak sangat kek ni viral sampai bahan untuk buatnya dah habis kan? Buntu nak cari kat mana pulak dua bahan ini tau. Nasib baik teringat di kawasan rumah kami ni ada satu lagi kedai menjual bahan membuat kek. 

Apa pun, disebabkan terlalu excited, malam tu jugak Cik Eja buat Kek coklat Moist. Alhamdulillah...menjadi...






Eh...lupa pula...ini Cik Eja nak Share resepi kombinasi yang Cik Eja buat tau. Memandangkan resepi itu semua banyak tak lengkap...jadi Cik Eja jadikannya lengkap ok!.

Ada dua cara tau untuk  resepi ni, iaitu yang bahagian tengah @ lapisan kedua kek ada yang share menggunakan Flan Vanila, dan ada pula yang guna Cream Cheese. Tapi Cik Eja buat yang guna Flan Vanila tau. Sebab apa yang Cik Eja makan memang ditengah kek itu (lapisan kedua) adalah lapisan caramel dan bukan Cheese.

Bahan Kek moist
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum - ayak bersama baking powder
1 tspn baking powder

- Mixer sebati bahan bahan Telur, gula kastor hingga kembang.
- Campurkan perlahan lahan minyak jagung, susu pekat dan susu cair dan choc.
- Setelah sebati semuanya, boleh di Masukkan adunan tepung dan kacau rata. Masukkan ke dalam         loyang dan bakar menggunakan kaedah ‘steam-bath’ selama 30 minit dan suhu 160.


Bahan Flan Vanila
120g Serbuk Flan Vanila.
1 Liter Susu Segar (kotak)

- Campurkan kedua dua bahan dan panaskan hingga sebati - tutup api.

Bahan Choc mousse
100g Cream Cheese (suhu bilik) - mixer dahulu.
140g Dark choc
1 Sudu besar Gelatin (halal) - dicairkan bersama sedikit air
200 gram whipping cream - mixer terlebih dahulu sehingga kembang
2 biji telur (dipukul kembang)
40g gula kastor

- Dark Choc dicairkan terlebih dahulu (boiler) gaulkan bersama gelatin.
- Telur dan gula di mixer dan kemudian campurkan bersama choc bersama gelatin.
- Dicampurkan bersama Cream Cheese.
- Kemudian boleh digaulkan bersama whipping cream yang sudah kembang.

Bahan Choc Ganache
50 gram dark choc
50 gram whipping cream (boleh juga gantikan dengan susu cair)

- Double boiler whipping cream dengan choc sehingga sebati
- ketepikan dan sejukan dalam suhu bilik.


Langkah 1
- Setelah kek choc sudah sejuk, lapiskan adunan flan vanila di atas adunan kek coklat moist tadi. Sejukan dalam peti sehingga adunan Flan Vanila sudah keras (macam caramel)

Langkah 2
- Lapiskan choc mousse ke atas flan vanila dan kek yang sudah disejukkan.
- Sejukan ke dalam peti. (Chiller selama 6-7 jam)
- Dan kemudian, lapiskan pula atas sekali denga choc ganache. Sejukkan dan sedia dihidang

Like dan share ok!


** 120g flan vanila
     1liter fresh milk
     masak dan gaul sbati sampai didih..resipi ni ringkas je tapi alhamdulillh menjadi.

Yang inilah ada yang buat tak mengunakan Flan Vanila tau...dia pakai Cream Cheese dan ada juga yang guna White Chocolate.

**Ini untuk yang menggunakan Cream Cheese tau.
Bahan Creme Brulee
1 1/2 cawan whipping cream
3 tbsp susu pekat
3 biji kuning telur
50 gram cream cheese




Hahaha...walau rupaku Tak Sedap di pandang.... Tapi Sedap Dimakan ok!!!

Betul... bak kata orang...Cinta tak mengenal rupa kan? Kalau baik budi bahasa, cantik dan sopan tingkah lakunya...itu lagi penting. Sama juga dengan Kek Coklat Brulee Cik EJa nan satu ni tau. Walau rupamu hodoh..tak kira...Cik Eja nak share gak..sebab excited berjaya buat jugak walaupun rumit. 

Haaa...yang penting..sedap dan coklatnya memang terbaik dan tak pahit langsung. Penting tau mencari coklat yang mahal ni. Kalau yang murah banyak...tapi rasanya nanti takla sedap mana. Caramel tengah pun kakak puji sedap!..Kek Coklat pun best jeee...moist gitu....

Cumaaa...hahahah yang fail kat sini adalah Coklat Ganache ni...yang atas sekali...kalau tak curah kat atas kek ni mesti rupa lawa sikit...Hahaha..nak buek camno...Cik Eja tak masak sampai likat Coklat Ganache ni...tak penyabo betui kan? hahahahaha tak apalah...yang pastinya...Selamat masuk perut da....

Alaaa...first time try kan...berani mencuba itu penting. Kalau tak berani...sampai bila bila tak pandai. In Sha Allah..kali kedua cuba nanti Cik Eja Share ok...harap jadi comey lote la pulak...Belajar dari kesilapan gitu...
 
#comingsoon 
#sirijelajahkehokkaido 
#kembaraznzfamily 

3 comments:

  1. Nak tnya whipping cream tu kna guna yang dairy ke non dairy?

    ReplyDelete
  2. Nak tnya whipping cream tu yang mne stu yea ade contoh tak?

    ReplyDelete