My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 17, 2018

Persediaan Ke Hokkaido

Melancong Ke Hokkaido bersama 4 orang anak kami bila dikenangkan semula, memang sesuatu yang menyeronokkan...arrghhh nak main salji lagi la!!! Hahahaha..sedangkan bila dalam keadaan sejuk kat sana..mula lah mencari cari tempat berteduh (masuk kedai2 Untuk dapat kan kepanasan).

Kami beli tiket ke Sapporo sebenarnya 8 November 2017. Bermakna tak sampai sebulan pun dari tarikh Untuk ke sana iaitu 3 Disember 2017. Kami buat keputusan mengejut memandangkan tahun ini belum ada perancangan Untuk bercuti. Alang alang ternampak tiket pun harga murah je, terus kami sapu 6 tiket Untuk 6 orang.

Dalam masa tak sampai sebulan inilah kami prepare Untuk beli Long John (LJ) anak2. Dua Long John kami sudah ada. Iaitu Di beli Kat Parkson brand D'cember. Sangat berkualiti dan dah berkali2 pakai tetap cantik kainnya.






Gambar atas ni lama giler simpan. Hahahah dari tahun 2014 dulu masa nak ke Zermatt Swiss. Excited dulu nak main snow kat Swiss.

Anak 2 orang yang dah besar ni Long John yang ke Swiss dulu sudah tak muat. Jadi kami kena beli lagi Untuk mereka dan dua lagi anak kecil ni.Cari punya cari..kami Ke Universal Traveller (UT) sebelum nya kami ada ke Uniqlo Tapi memandangkan tak berkenan, jadi kami beli terus dr UT tadi. Kain yang berkualiti dan lembut.











Sebelum ni, masa nak ke Swiss kami ada beli kan Long John dari Kok Kong di Cheras Untuk dua anak ini..tapi kualiti Long John nya tak elok laa..sekali pakai je pun dah berbulu kainnya. Untuk bagi pada anak kecil 2 lagi ni pun rasa tak best ..nampak terlalu teruk. 

Jadi kami ada pergi sekali lagi ke Kedai lain pula Untuk anak kecik dua ni memandangkan Universal Traveller tak ada saiz diorang. 

Hari lain pula kami ke sini..iaitu Sharafali's Di Jalan TAR. Di sini memang banyak Winter Wear yang sangat menarik dan berkualiti. Yang paling bestnya bila kita ke sini, kita akan di guide Untuk memilih yang paling sesuai mengikut destinasi kita. Contohnya, Suhu Hokkaido mencecah sampai -7 dan -10, winter clothes yang mana sesuai untuk ke sana. Haaa.. bak kata..tak adalah Korang terkial kial nak pilih sendiri kan.

Kat sini kami beli juga stokin, winter clothes anak kecil ni dan perghh seronok tengok macam nak shopping lagi jer Untuk diri sendiri..hahaha..tak bolehlaaa..yang ada pun penuh dah bag nanti. Satu2 baju dahla tebal kan...








Bab winter clothes kat sini memang harga berpatutan dan banyak pilihan. Kebanyakan pelajar luar negara banyak dapatkan winter wear mereka di sini, kata seller hari itu.












Pemilihan stokin juga banyak kategori, mana yang sesuai atau tak. Banyak lagi pilihan Untuk shopping winter clothes ni tau. Kalau masa masih panjang, Korang bolehlaa beli online dari Lazada ke, Shopee ke..Ezbuy ke..dari Ig ke..Tapi yang best yang Cik Eja suka dari Shopee la. Banyak pilihan kat situ. Cuma kualiti ok ke tak boleh refers pada review pembeli yang lepas. 

Tapi bagi Cik Eja, suka yang boleh pilih depan mata kan. Kita Boleh tau material memang elok atau tak. Biasalaa, Kalau dari gambar semata mata macam elok je ada kat badan model, bila sampai kat kita, tak seperti yang diharapkan.

Ok....Nanti Cik Eja sambung lagi ya..Destinasi Hokkaido kami ni..🤗🤗


3 comments:

  1. Wahh... Bestnye.. Melancong ke Hokkaido. Teringiñ juga Leya nak pergi sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah..boleh tu Leya..berdua je lagi senang nak jalan nanti...hihihik...Cik Eja share Kalau nak pergi sendiri tanpa agent tau..

      Delete
  2. baca persiapan aje pun dh seronok...hahahaha

    ReplyDelete