My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, November 13, 2017

MENJADI GILA HANYA KERANA KAMBING GOLEK


Serius, gila akibat hanya kerana Kambing golek itu. Teruk sangat kambing golek ini. Alkisahnya macam ni tau. Tahun lepas kami ada buat Open House. Kali ini tempahan diambil dengan seorang rakan suami yang sudah kenal juga. Dia memang mengambil tempahan untuk catering. Dalam masa yang sama kami nak juga kambing golek dalam 2 ekor.





Sebelum hari bermula, segala persiapan khemah dan meja sudah di bawa dan dipasangkan. Tiba lah hari esoknya, pagi pagi mereka sudah sampai menyusun segala juadah hidangan seperti laksa, lontong, kuih muih, nasi dan satey. Cik Eja bersiap awal awal sebab nanti tetamu akan sampai kan.








Kambing Golek pun dah mula di bakar. Baunya memang semerbak. Tapi serius ni…CIk Eja Tak Suka sangat Kambing kambing ni. Sebarang masakan dan Kambing golek takdelah sampai termimpi mimpi sukakannya. Rasa rasa sikit oklah. Yang peliknya ramai sangat sukakan kambing golek kan? Terutama sekali kaum lelaki. Macam hantu bebenor dengan Kambing golek, pelik! Apa yang sedap sangat ntah. Cik Eja pernah makan kambing ni..semua biasa jer…tak adalah istimewa pun. Lebih sedap lagi ikan dan seafood.





Ok…berbalik dengan Open House kami ni. Ramai tetamu dah mula datang. Alhamdulillah, dengan adanya catering luar ni kita tak lah penat sangat kan? Kalau masak sendiri memanglah tak boleh duduk diam. Semua persiapan, mereka yang sediakan dan bila kurang mereka akan tambahkan. Tetamu paling ramai datang dari Kampung Muar. Alhamdulillah…semua datang. Layan sana layan sini, Cik Eja tak makan sangat. Maklumlah tuan rumah selalunya macam tu kan?












Ramai tetamu biasanya akan tuju ke Kambing Golek dulu. Hahahaha Cik Eja tengok je kambing tu dihiris2…tak teringin pun nak mengambil sepiring untuk rasa tau. Bila sudah tengahari makin ramai. Ada yang lepak dalam rumah, ada yang lepak diluar saja sambil borak borak. Cik Eja hanya makan cicah cicah sikit je…laksa..dan kuih kuih sikit. Bila sudah makan, ada yang nak balik bersalaman dengan Cik Eja…Alhamdulillah..terima kasih ya….katanya..SEDAP Kambing Golek….Cik Eja hanya kata iya?? Terima kasih kerana datang…


Sikit demi sedikit ramai yang beransur balik. Sambil borak borak lagi…saudara dari kampong pun memuji…Sedap semua menu…Laksa sedap…lontong sedap…semua lah sedap…terutama sekali Kambing tu. Alhamdulillah..semua orang suka tau. Majoriti memang kata kambing Golek tu sedap. Iya ke ni??? Dua ekor kambing dah pun nak habis. Oklah Cik Eja cuba makan sikit. Bila makan jer??? Mak OOOIII SODAP nyerrrr….huhuhukkk sosnya…dengan kelembutan dagingnyaaa….




Sebenarnya Cik Ejam minta dimasak daging lembut tau. Kalau biasanya orang masak kambing golek liat liat juga kan. Ini Tuan punya Bisnes Kambing Golek ni yang buatkan sendiri sampai lembut. Special tu, rasa dia memang THORBAIK!!!!!...

Kan CIk Eja kata tak suka sangat kambing kambing ni kan? Tapi…kali ini..kambing Golek ini lainnn…rasanya dengan sosnya sangat special gitu. Bayangkan….Cik eja pernah makan Kambing Golek buffer ramadhan di Palace Of The Golden Horses (konon konon terbaikla kan)…Langsung tak sedap. Pernah makan di open house kawan seri kembangan…pun tak sedap…di subang pun tak sedap langsung…kenduri kawin ke…semua FAIL….orang mungkin suka yang memang hantu kambing tu. Tapi Sos diorang tu fail…tak sedap langsung…daging tu lagi lah…kenyal lagi…dan rempah pada kambing pun macam tawar je….

Serius ni…seumur hidup Cik Eja…inilah Kambing Golek pertama yang Paling Sedap dan menjadikan CIk Eja sentiasa Gilakannya!!!!!! Bayangkan, nasib baiklah yang membakar kambing golek tu simpankan semangkuk Kambing golek untuk tuan rumah. Katanya, nanti tuan rumah mesti tak sempat makan kalau tak simpan. Pagi pagi esoknya…Hahahahaha Cik Eja balun kambing golek semangkuk tu….share sikit dengan Cik Ejam. Perrghhhh kekenyangan…Kali ni kami kata kalau buat lagi…banyak ekor lah buat. Laksa kurangkan, satey sikitkan. Sebabnya? Banyak tak habis menu kami hari itu dek penangan orang banyak makan kambing Golek ini saja tau.

Maka dengan itu…bermulalah KeGilaan Cik Eja dengan Kambing Golek nan satu ini. Mulalah pencarian mana kilang mereka ya? Cari mana lagi dia jual daging dan sosnya sekali. Kalau habis lama je tak makan mesti rindunya Kambing golek….terus kami pergi beli direct di area rumah saja tempatnya. Ada satu lagi kat highway ke Nilai. Bila ada stok kat rumah ni, Cik Eja tak bakar pakai arang pun, tapi Cik Eja pakai Pressure Cooker. SEDAP dia tetap tak hilang. Sama saja walaupun pakai pressure cooker ni…Cik Eja biarkan sampai kering dan salutkan dengan Sos TERBAIk dia ni…perrrghhh berkeping keeping jugaklah Cik Eja balun…uwaaaaa… dah jadi hantu Kambing Golek ni rasa susah hati pulak….Susah hati takutlah gemuk  pulak aku nanti ni….huhuhuhuukk.



Ini kalau dah beli yang frozen...sudah terperap...ikutlah nak bakar pakai pan ke atau nak pakai pressure cooker ...bakar dalam tu...(hanya Noxxa saja tau boleh bakar ni dan sedap)







Walllaaahhhh.....meleleh air liur beb...huhuhuk tengahari tengah lapor2 nih...nak kena pi cari balik kambing ni..teringat ingat pulak dah.....



Juicy sangat sangat...yummmyyy.....


 


Percaya tak? Semua tu CIk Eja belasah sorang? Hiassshhh Gilersla Cik Eja sekarang dengan Kambing Golek nan satu ni....meleleh ayak liur tau!!!!



Nak buat Camno??? Memang memang memang CIk Eja SERIUS  GILA kan Kambing golek nan satu ini saja tau!!!!....U All…kalau nak buat open house…kenduri kawin ke….ambiklaaaaa Kambing Golek Special ini tau!!!!....Memang Tak Mengecewakan!!!!!


The HOT….VERY VERY HOT KAMBING in The World!!!!

2 comments:

  1. Laju2 SA scroll entry ni ke bawah....terus komen..tak sanggup nak tgok sebab tempting sangat ni..SA adalah pencinta kambing..x kisah tergolek ke terbakar ke..tergrill ke..terkari sekali pun.....lamanya tak makannnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihik...Ini memang Kambing golek terbaik tau...terima kasih singgah blog Cik Eja...🤗🤗

      Delete