My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Friday, February 22, 2019

Pengalaman Travel Alone ke Vietnam

Travel alone. Bagi mereka yang berani mesti dah menjadi kebiasaan ke sana sini seorang saja. Tapi bagi Cik Eja, ini merupakan pertama kali Cik Eja terbang keseorangan. Dah nak setahun baru update kat sini. Hihihihik..tak kira nak cerita juga macam mana boleh travel seorang kali ini.

Sebenarnya perasaan nak mengenali Vietnam ni dah lama. Teringin sangat ke sini memandangkan selalu nampak orang kita ulang alik ke Vietnam. Apa ada ek? Kat sini sampai diorang suka sangat jalan dan ada yang kata macam dah balik kampung saja ke Vietnam. Bukan termasuk dalam destinasi Impian Vietnam ni, tapi lebih kepada perasaan ingin tahu.

Ceeewahhh..Cik Eja memang suka satu Group Fb ini. Nampak ramai cari travel buddies dari sini. Ada yang share travel alone la. Tiba2..suatu hari..ada Cik Eja tanya, ada yang  nak ke Vietnam tak? Terus  saja ada seorang kakak..iya, kami ke sana nanti. Nak kirim tudung ke? Haisshhh Cik Eja bukan Main suka laa... tak...dengan tak malunya cakap..Saya nak ikut boleh?

Hahahahahah..mengarut dan giler bangat dah Cik Eja ni..tak kenal batang hidung..siapa2 ntah yang komen tu kita terus saja kata nak join!!!.Kakak tu terus la bagitau...mereka bertiga...tak apa..cukup kan  4 lagi elok ( dalam hati la) Sebab Kakak ni kata tarikh sekian2...terus sup sap hari tu jugak Cik Eja cari tiket dan jumpa lak tu..tiket murah kot..rm300+ je pergi balik naik MAS.

Terus book tau!!! Gilerlaaah..memang Cik Eja Kalau hati kata nak pi..:kena buat jugak...Kalau tak suatu masa nanti mesti menyesal atau teringat ingat. Bila dah book..confirm..terus cakap dengan Kak Nani ni..Saya confirm nak join tau..kikiki tak kira dah..katanya Hotel mereka dah ada..kali ini kena cari Hotel pulak dah...halamak..macam mana nak cari ni..belah mana hotel sesuai Untuk menginap?

Google punya google..cari macam2 laman web..tanya sana sini...last nya, Cik Eja surrender...nak tumpang tido ngan akk je lah...boleh tak? Dengan tak malunya Aku ni...kah kah kah...apa nak jadi...jadi lah...asal boleh sampai Vietnam! Asal tanda tanya selama ni ter jawab bila sampai sendiri dan nampak sendiri suasana kat sana.

Alhamdulillah...dengan Baik hatinya Kak Nani ni kata..tak apalah..tido dengan kami saja...kehkehkeh..legaaaa yang amatlah!!! Tak perlu risau lagi tido sorang sorang..takut weh..kang dibuatnya book hotel tido sorang..lepas tu berhantu pulak tu bilik tu camne? Hahahahahahaha...kan dah mengarut tu...tapi tak mengarut tau?’!!! Cek Ejam sendiri pernah cerita...staff tido sorang dalam chalet...tapi bila malam saja...asyik pintu bilik air dia terbukaaaa saja tau..last last dia tak tahan...isshhh jangan ganggu Aku lah!!! Aku nak tido ni...itu lelaki!!! Kalau kita perempuan? Mau lari pi tumpang tido bilik orang haru gak tuuu..

Alkisahlah hari hari sebelum keberangkatan Cik Eja ke Vietnam ni..

_________________________________________________________________________________

30 Mac 2018
Hari yang penuh debaran....kikikikiki..:Sorang sorang ke Klia...haisshhh pertama kali nak Check in...semua sorang sorang..Mak aaaii..macam ada kupu2 je dalam my perut ni tau!! Alaaahh macam  tak pernah travel Cik Eja ni.. Selama ni bukan kita buat sendiri..semua bisa diaturkan dan diuruskan oleh Cek Ejam...memanglah sedia kan bag bag dan makanan je. Kali ini syukur alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar saja.








Datang awal bukan Main lagi tau..jangan lambat..awal2 tak apa...tak terkejar2 nanti. Relax saja Cik Eja menunggu seorang sorang. Dah ter pikir ni..macam mana pulak airport sana ek? Nak tunggu mana lah kakak tu nanti. Mereka dari Utara...akan sampai lebih lewat dari Cik Eja..dalam 2 jam lewat gitula. Tak apa, tenangkan hati Wahai Cik Eja....semua bisa lancar dan selamat In Sha Allah.

Pukul 8.40 gitu, Cik Eja dah mula berlepas.Lega dan happy semacam je tau. Satu kepuasan boleh terlepas sorang sorang gini. Kikikiki...Pada pukul 11.20 pagi Cik eja pun sudah sampai Di Tan Son Nhat Airport. Alhamdulillah...airport dia kecik saja. Senang sangat terus dapat ambik bagasi dan keluar. Cik Eja masih Di dalam airport..tak berani keluar lagi, ramai sangat tu kat luar menunggu kawan la..ada travel agensi ada pemandu teksi. Cik Eja menunggu saja kakak Nani dan kawan Di sebelah Pak Guard Di sini. Pasti Selamat Kalau menunggu Di sini. Kalau keluar kang kena culik camne? ( hahahahahah mengarut sekali lagi..mana lah orang nak culik kita dah makcik ni)

Sambil menunggu Cik Eja melihat gelagat orang Di sini. Survey satu satu kaunter  yang menjual Sim Card. Last sekali Cik eja beli Vinaphone. Yang ini memang paling murah dan pernah terbaca paling bagus Untuk pelancong macam kita. Data banyak dan memang jimat. Senang lah nak Contact kakak Nani nanti ni.



No comments:

Post a Comment