My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, March 5, 2019

Pengalaman Melancong ke Korea seorang diri

Untuk pengetahuan, Cik Eja kan suka sangat buat benda benda diluar kebiasaan. Suka sangat mencabar diri sendiri. Sebelum ini kan kisah melancong seorang ke Vietnam. Sudah lah tak pernah ke sana, tiba tiba berani pulak beli tiket dan fly seorang macam tu.

Haaaa ini kisah satu lagi. Cik Eja ni macam giler sikit tau. Tak tahu macam mana, nampak tiket ke Korea murah sangat dalam Rm500 saja. Terus Cik Eja sup sap beli tiket tu tanpa berfikir panjang pula  kali ini. Tanpa travel buddies pula tu. Haissshhh memang Cik Eja sudah giler.

Tiba lah masa dan hari nak fly. Kali ini tidak mendebarkan seperti kisah ke Vietnam hari tu. Kisah travel ke Vietnam klik sini . Cik Eja dengan selambernya ingat nak cucuk duit dan tukar duit kat airport saja. Tiba - tiba... bila sampai halamak!!!! Masa dah suntuk sangat dah ni..ayoooooo terus la Check in dan berlepas.

Dalam flight happy ler konon konon dah pun Selamat semua kan? Ok..bila dah relax beberapa jam..Cik Eja dah pun nak sampai ke Incheon Airport. Alhamdulillah...Selamat dah Aku sampai sekali lagi Di Korea ni ..hip hip hurreeeii la apa lagi!


Ini gambar lama dulu masa tahun 2008 Nami Island..

Se sampai saja, baru Cik Eja teringat, ada seorang kawan juga datang seorang ke sini. Dia kata nak photoshoot produk dia. Lepas tu dia pun mai seorang tau konon konon nak cabar diri sendiri la..nama dia Wid. Jadi bila ingat dia ada Cik Eja terus saja call. Katanya, haaa kita baru saja sampai gak ni..marila ke depan sikit kat bangku Di Airport ni tengah tak pergi ke mana lagi.

Alhamdulillah...sekali lagi Cik Eja bersyukur Sebab ada geng jugalah walaupun seorang...
Jalan punya jalan...Cik Eja pun jumpa Wid. Dia tengah tilik itineraries dia kat situ. Hahahahah yang kelakornya duk kira2 budget sekali lak tuh! Waahhh manyaknya duit dia masa tu.

Tapi masa ni Cik Eja dah pening nih..nak tau kenapa? Duit dah la tak tukar..tak cucuk lagi ni tau!!! Aduuhhhh nak buat camner ni Wid? Tolonglaaa please!!!

Nak dijadikan cerita, haaa Kak aiza Wid ada kenal sorang melayu tadi tau..tapi tomboy..jap, rasanya dia boleh tolong ni. Dia cari2 kan balik orang tu dan jumpa. Alhamdulillah sekali lagi cemasssss sangat dah tadi ni. Macam mana nak hidup kat bumi Korea ni Kalau tak berduit.

Si Tomboy tadi tolong Cik Eja keluarkan duit pakai ATM. Tapi saya ada Maybank ni. Cimb dua je. Cuba punya cuba Maybank hanya boleh keluarkan rm400 je masa tu (convert la) itu yang pelik sikit dan yang keluar duit Korea la masa ni. Haisshhh mana cukup nii..

Dalam dada dah dup dap dup dap dah ni. Kalau 4K tu cukuplaaa nak hidup walau beberapa hari kat sini. Ini punya duit nak bermalam kat hotel pun tak lepas, masakan cukup nak guna Untuk transport dan makan makan lagi. Haissshhh nak nangissss sangat masa ni tau.

Nak nangis la Sebab memikirkan dah buat kerja giler kot. Cimb kad tak boleh pulak tu guna. Pening..pening dah masa ni. Wid dah nak bertolak tu ke hotel dia..diajak lah Cik Eja sekali..tapi masa ni Cik eja dah nangis dah. Huhuhuhuk nangis Sebab pergi dah la tak bagitau suami..lepas tu nangis Sebab lupaaaa Anak nak kena ambik Sekolah pukul 10.45 pagi. Kita dah berada Di Korea Sebab bertolak Di awal pagi tadi...Ya Allah ya tuhan ku..apa dah Aku buat ni? Kesianya diorang tunggu depan Sekolah dah pukul 11 pagi kat Malaysia ni! Huhuhuukkk...

Terussss Cik Eja tersentap!!! Camne nak balik Malaysia semula ni??? Uwaaaaaa..huhuhukk...tak tahu kenapa...terus ter buka mata..ooohhh ya Allah...dah nak pukul 7 pagi??? Halamak!!!! Bangun..bangun..semua kena pi Sekolah pagi niiiii.. bergegas Cik Eja bangun Solat Subuh...ayooooo mimpi ngerinyaaa tadi 🤣🤣🤣🤣

Moralnya: nak travel ke mana2 bagi tahu suami..minta izin dulu okeh!!🤗

No comments:

Post a Comment