My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, February 19, 2019

Alita Battle Angel

Semasa menunggu papa membeli tiket untuk menonton How To Train Your Dragon, Movie Alita ini ada disiarkan diluar. Terus Zahira Damia kata, wowww..mama mama...kita kena tengok movie Alita ini tau!! Promise??? Iya laa. Terus masuk saja bulan February, mama..mama..Alita dah ada belum? Hahahaha ingat betul dia dengan Movie nan satu ini. Iyaaa dah..Jom..jom...Yaya nak tengoklaaa nampak hebat betul Alita tu kan?



Jadi Sabtu baru ini kami pun pergi lah menonton di Mid Valley. Apa yang Cik Eja nak katakan, Movie kali ini memang Terbaiklah..best saja. Movie Real 3D yang sangat jelas, dan memang menarik lah!.

Alita Battle Angel merupakan filem yang didapatasikan dari manga berjudul Gunnm karya Yukito Kishiro. Bertemakan aksi cyberpunk, Ia mengisahkan tentang sebuah cyborg yang bernama Alita (Rosa Salazar). Cyborg tersebut dijumpai oleh seorang doktor iaitu Dr. Dyson Ido (Christoph Waltz) ditapak pembuangan sampah.

Ido kemudiannya membawa cyborg tersebut ke kliniknya dan memperbaiki cyborg tersebut dan menjaganya. Alita mempunyai masalah memori sehinggalah memori kembali sedikit demi sedikit apabila dia terlibat dengan pertarungan antara dirinya dan penjahat yang sangat besar dan juga merupakan cyborg.

Alita Battle Angel ini Cik Eja katakan sangat menarik. Kesan visualnya sangat sempurna dan cantik terutamanya pada karakter Alita. Sebagai sebuah filem yang bergantung sepenuh kepada kesan khas, mereka berjaya memaparkan suasana yang begitu unik dan realistik. Memang seperti reality. Aksi-aksi pertarungan pula yang melibatkan Alita dan musuhnya juga tidak mengecewakan, visual yang cantik dan digabungan seni pertarungan yang telah membuatkan Cik Eja sangat berpuas hati dengan aksi filem ini.

Perjalanan ceritanya juga bagi Cik Eja  terbaik dan tidak membosankan. Kisah real 3D ini menunjukkan Alita sebagai cyborg yang kehilangan memori dan juga sebagai ‘pemburu-pahlawan. Banyak babak aksi yang akan memukau penonton dan juga kisah percintaan  antara Alita dan Hugo boleh membawa penonton sama-sama beremosi. Sifat kemanusiaan  yang ada pada cyborg Alita ini Memang berjaya membawa kita juga bersedih di atas konflik yang berlaku.

Apa apa pun..anda wajib tonton tau!!! Ia memang Tidak mengecewakan langsung, malah pasti ada sambungan nanti...kami memang tunggu Alita 2 pula!!!

No comments:

Post a Comment