My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, October 5, 2017

Teruja sungguh dengan Hadiah Besday tahun ini.


Salam kembali...lama tak update blog. Rindu pulak nak menulis. Biarlah karangan Cik Eja ni tak sesedap rasa pun. Tak seindah penulisan kreatif pun...tak kira nak menulis jugak. Nak bercerita jugak. Kali ni Cik Eja nak ceritakan sempena Besday Cik Eja baru ni...Eh...kenapa tetiba nama bertukar jadi Cik Eja ni? Kalau orang atau pengunjung yang pernah singgah kat blog Cik Eja ni mesti perasan nama Cik Eja - Bahasakan diri sebelum ini apa kan?

Sebenarnya macam ni...memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir untuk Cik Eja menyambut hari kelahiran sempena umur 30 an...Huhuhukkk terasa sangat diri ini sudah tuo...Oh Tidaaaaaakkkk...Tahun depan daku dah pun mencecah '4' Series... huhuhukkk cepatnya masa berlalu....Impian di kala persekolah...dikala bujang semua alhamdulillah telah tercapai.


Kali ini Cik Eja merasmikan Nama Zuhaiza di panggil 'Cik Eja' bersempena tittle 'Mak Cik'....kenapa tak ada Mak?...Hhihikkk takyah lah letak 'Mak' kan. Tak apalah, tak letak pun, jadi pendek la sikit nak panggil jadi CIK EJA...kita sedar dirik tau dah pun tuo. Kalau yang masih muda belia...baya anak anak kita... atau masih dibangku sekolah boleh je panggil Cik EJa...sebab rakan rakan CIk Eja, anak anak mereka sudah pun ada yang melepasi sekolah menengah tau. Awal mereka kahwin...untung badan anak anak dah pun besar panjang. Cik Eja je anak masih lagi kecil bersekolah rendah lagi. Kalau yang seusia tu panggil Aiza pun ok..panggil manja Eja  pun boleh....hihihikkk.

Lepas saja bersiap siap semua dan Cek Ejam pergi solat jumaat, kami pun cari mana nak celebrate. Tahun lepas pandai Cek Ejam pilih restoran nama 38 Restaurant lagi...sempena umur 38...Kali ini

kami hanya pilih kat sini saja....nak makan lobster katanya.



Sebelum menu sampai...Celebrate kat Victoria Station je hari ini kami...




Cek Ejam buat lawak la pulak....Hahahah


Ok, sebenarnya kali ni terkejut jugak...hari besday tu ingat akan gi celebrate je mana mana. Tapi tiba tiba dapat Handbag Chanel????? Wahhhh Mahal tuuuhhh.. specialnya...hehehe..ini Chanel Handbag untuk makan tau...bukan untuk pakai... ok, nah...ini gambarnya. Cumeeell gitu...pandai abg tempah kata Cik Eja kat Cek Ejam hari tanggal 22 September 2017.


















Menu kami hari ini...satu sorang..tapi biasalah..Dak dak kenit ni tak boleh habiskan...siap papa bagi RM10 hinggit kalau siapa berjaya habiskan...ishh...ishh..selalu macam tu tau...



Tengok..siapa yang dah dapat...susah nak makan budak2 ni..selalu ingat nak maaain saja...


Ok..Sedikit gambar kenangan Cik Eja sempena umur 39 tahun....tak nak sembunyi umur...biarlah kita mengaku sebenarnya usia sudah pun penghujung 30an...Orang kata umur pertengahan.










Alhamdulillah...masih dipanjangkan usiaku...Moga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memanjangkan usia Cik Eja lagi dengan kesihatan yang

TERBAIK...menjadi seorang insan yang solehah, beriman dan tidak meninggalkan solat 5 waktu , melakukan solat dengan sempurna, diawal waktu kusyuk dan dimurahkan rezeki diharamkan dari terkena azab api neraka, diharamkan dari terkena penyakit penyakit dan tragedi yang berbahaya...aaamiiinnn...

2 comments:

  1. Ehh comel kek tue.. sayang pulak rasank makan . Btw happy bufday cik eija.. stay gojes,stay cute,be strong mummy & good wife for usben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiii.. Cik Cappuccino Latte...hihihikk memang sayaang je nak potong..ingat nak buat display je Terima kasih ya singgah blog Cik Eja 🤗🤗🤗

      Delete