Setiap kali hari minggu memang kami akan ada sahaja aktiviti bersama keluarga. Kali ini sebenarnya kami ingin bercuti ke Pangkor. Tapi memandangkan seorang anak terpaksa ke sekolah menghadiri aktiviti di sana, jadi kami terpaksa membatalkan perancangan awal itu. Selesai sahaja aktiviti di sekolah hari sabtu tengahari barulah kami keluar. Asalnya kami tak tahu hendak ke mana tapi baju sudah siap dalam bag besar ni. Anak anak kata, biarlah aktiviti boleh kami mandi. Jadi kami buat keputusan untuk ke Port Dickson sahaja.
Perjalanan dari rumah ke Port Dickson hanya dalam satu jam lebih saja. Kami sampai waktu sudah pun petang. Kami mula mencari hotel di sini, tapi malangnya semua hotel sudah penuh.
Kata orang tahun ini kegawatan ekonomi, tapi...semua hotel besar pun sudah penuh? Haiissshh kalau ikutkan masih banyak lagi rakyat Malaysia kita ni yang kaya raya. Hotel satu malam RM500 + pun semua sudah penuh? Kerana sudah letih mencari sana sini dan google pun tidak jumpa, jadi kami singgah saja di satu pantai untuk berehat. Sambil anak anak mandi, Cik Eja masih lagi mencari hotel secara online.
Risau juga kami kalau tak ada hotel malam ini. Haaa...suka sangat terjah menterjah kan, padanlah muka kami. Tepi pantai di Port Dickson yang kami berehat ini sangat tenang, tak begitu ramai manusia seperti pantai satu lagi. Sesiapa nak bercuti boleh merehatkan minda di sini dengan membawa khemah atau pun alas untuk berkelah. Pemandangan apabila sunset pun cantik tau!
Setelah hari makin gelap dan anak anak pula sudah mandi di tandas awam, kami pun mula beransur dari sini. Kami mencari hotel lagi. Lepas satu satu kami tanya, akhirnya ada satu resort iaitu Puteri Beach Resort yang masih kosong. Satu apartment yang dua bilik ini sangat selesa dan besar. Memang sangat sesuai untuk bermalam bagi kami berenam ini. Alhamdulillah, rezeki namanya tu. Ruang apartment ini besar tau, boleh lihat gambar di bawah.
Keesokan paginya,
Selamat Pagi ......
Sambil mandi manda mama sempat berposing sikit.
Teringin juga jalan jalan ke pantai...errm..nanti tak ada yang tengok sikenit ni...
Dah kehausan..pekena ais lemon pula..sorang je Cik Eja ni...nak buat camno..Cek Ejam tak nak turun..
Boring pula menunggu sampai mereka puas. semua dah ramai naik..kanak kanak girang ini masih berendam. Akhirnya CIk Eja memaksa juga mereka untuk naik memandangkan sudah hampir pukul 12 tengahari. Kita nak kena check out ni. Selepas kami keluar dari resort ini, kami mula mencari destinasi menarik untuk dituju.
Semalam ada jumpa satu tempat tu, namanya "Rumah Terbalik". Pernah juga nampak orang share dalam satu group FB. Jadi kami pun singgah sini. Nak tahu harganya? Haaa..ini Cik Eja ada ambil gambar harga tiket di sini.
Bila semua tiket sudah di beli, maka kami pun masuk ke dalam. Kegirangan kanak kanak ini sebab nak menikmati apa yang menarik kat sini. Adakah ia sama seperti 3D di Penang dulu? Ok..kita "wait and see ya!".
Masuk saja terus bergambar sana sini. Ada satu part tu...uiiihhh mama...iyeeewww..aksi ni memang memalukanlah!..Mama...JANGAN...jangan bergambar macam itu..tak senonoh tau! Memang
memalukan kami saja. Hahahahah...mama apa lagi...dah suka sangat bergambar..ambik aja post macam macam yang menarik kat sini. "Posing Maut" orang kata.
kikikiki,....seronok juga dalam Rumah Terbalik ini, sebab berbeza dari 3D yang pernah kita kunjungi. Aksi kat sini lain dari yang lain. Samada kat Penang ke..kat New Zealand Puzzle World ke, di Rumah Terbalik ini menarik untuk dikongsikan pada orang ramai yang masih belum berkunjung ke sini.
Sedikit perkongsian gambar kami di sini....Kalau ikutkan banyak lagi gambar menarik.
Ok, sesiapa yang masih belum datang ke sini, atau yang ingin datang bercuti ke Negeri Sembilan ini, jangan lupa singgah di "Rumah Terbalik". Kunjungan yang tak akan mengecewakan
anda. Setelah melihat hasil dari gambar di sini, anda akan berpuas hati.
Selamat Bercuti!
No comments:
Post a Comment