My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 25, 2017

Senangnya renew Lesen SSM sekarang


Siapa ada SSM? Ada syarikat sendiri dan mahu perbaharui lesen. SSM Cik Eja memang dah mati tau. Awal Oktober tahun ini lah. Dari sehari ke sehari tertangguh untuk perbaharui. Macam jauh sangat saja tempat nak pergi, sedangkan di Putrajaya ada.

Kita kan sibuk seharian kerja tak pernah habis. Baru ni Cik Eja kuatkan diri pergi Putrajaya. Bila di google, alamat tu tak ada tau. Alamat presint 2, tapi google pergi tunjuk presint 4. Waduhhh...poning den duk mencari manalah tempatnya ni. Ini alamatnya.




Semua yang kita google SSM putrajaya, semua yang sharing bagi alamat ini tau. Bayangkan, berkali kali cuba klik alamat ini, masih lagi gi tunjuk Presint 4 google map ni. Punyalah susah hati sebab nanti sampai lambat pula di SSM ni. Pergi waktu petang macam ni mestilah office cepat je nak tutup kan. Jadi tanpa guna google, Cik Eja tanya kawan kawan, mana bangunan SSM ini.

Sebenarnya SSM Putrajaya berkongsi bangunan dengan KPDNKK tau. Kalau sesiapa nak ke sana, klik sana google KPDNKK ni, confirm akan keluar terus bangunan yang dicari ini. 



Di sini sebenarnya bangunan yang ada SSM dalamnya.


Bila sampai saja di KPDNKK ini, alamak…dah nak pukul 4 petang ni. Hadoooii…sempat ke ni? Kita nak keluar keluar macam ni bukan senang tau. Maklumlah, terikat nak kena ambil anak sekolah lagi waktu petangnya. Waktu pagi lagilah tak boleh ke mana mana memandangkan akan pergi, ambil dan pergi lagi hantar ke sekolah petang pula. Macam nilah jadi Super Mummy ni (kekonon kononnya kan) hihihikk..

Ok, berbalik dengan cerita SSM tadi. Sesampai di bangunan KPDNKK ni, terus park kereta. Senang saja tau, parking memang sebelah saja. Ruang parking pun besar di luar. Terus CIk Eja bergegas masuk. Alamak, tau pejabatnya hanya di tingkat bawah, tapi bangunan ini besar..nak mencari tu ambil masa juga kan. Risau takut pejabat SSM ini tutup saja.

Terus Cik Eja tanya Cek Abe di restoran sebelah saja pintu masuk. CIk Eja ikut saja apa yang diterangkan oleh Cek Abe tadi. Teruuus saja, nampak tangga besar, turun dan jalan terus jumpa sebelah kiri SSM. Sebenarnya Cik Eja pernah ke sini, tapi masa tu Cek Ejam yang drive. Dah tau SSM kat sini berkongsi bangunan, tapi biasalah kan, dah lupa. Itu tahun tahun lepas punya cerita datang sini.

Bila sampai terus Cik Eja bergegas masuk dalam. Dah nak pukul 4 petang ni. Dari google tadi tutup pukul 3PM. Kita datang juga, mana tahu ada rezeki. Bila tanya di kaunter, tak perlu ambil nombor giliran. Arrghhh dah tutup ke? Ayooo…penatnya mencari tak dapat renew jugak ni. Macam nak kena datang balik je.

Selepas itu staff SSM itu kata, eh tak adalah..kalau nak renew buat sendiri je di mesin kuning tu. Haaahh?? Nampak computer je dalam ni yang ramai duk guna. Ooooo rupanya kat luar mesinnya. Hahahaha…betapa lamanya aku tak datang sini!!! Cakap dalam hati je lah kan. Alhamdulillah…dapat jugak renew hari ini setelah berhari hari tangguh nak ke SSM.

Bila Cik Eja keluar saja. Wahhh… dah macam mesin ATM pulak nih. Kalau buat ni print dokumen kat mana pulak?

Bila klik klik saja…lorrr senang je rupanya… Tak sampai 2 minit dah siap ooo….hahahaha.BEST betul. Tak perlulah kita nak kena ambil nombor giliran dan menunggu lama lama kat dalam.

Haaa inilah nak cerita sikit, bagi yang macam Cik Eja, lama dah tak ke SSM ni, Korang boleh je renew sendiri pakai mesin ini tau. Senang Bangat tuh!!!!

Pertama sekali, masukkan no telefon, lepas itu, masukan ic..selepas itu, masukkan Kad pengenalan dan letakkan ibu jari untuk mesin ini detect identity kita tau. Senang jer…lepas itu follow saja step step dia. Rupa rupanya Cik Eja ada lagi satu company yang belum expired tau. Hihihik company tu sbelum ni Cek Ejam saja guna untuk kerja kerja construction dia tau. Jadi Cik Eja tak taulah company tu belum lagi tamat tempoh. Tapi Cik Eja renew satu je dulu.




Klik saja Nama Syarikat kita nak renew itu dan automatic akan keluar, nak teruskan berapa tahun? Kalau untuk 2 tahun RM120 kena bayar. Kalau untuk 3 Tahun RM180 kena bayar. Ada extra lagi tau Rm10 lebih selepas kita klik nak renew berapa tahun tu.

Kemudian, boleh buat pembayaran samada cash atau kad. Cik Eja pilih cash saja senang. Selesai semuanya terus mesin ni print dokumen kita sebanyak 3 helai tu tau. Perrghhh kagum sekejap Cik Eja hari tu. Kikikikihh…Jakun pun ya. Maklumlah ini pertama kali jumpa. Sebelum ni semuanya kena ambil no giliran untuk berurusan di SSM ini. Hehehe…Jadiii..dah senang kan kalau sesiapa nak renew lesen Syarikat!..Cayalah..terus Cik EJa klik Bagus Sangat pada skrin Mesin itu.

Sesiapa nak renew Lesen Syarikat lepas ni tak perlu susah hati. Kalau terlambat macam Cik Eja ni pun masih ok. Melainkan kalau beratur panjang sangat dekat mesin ini. Terpaksalah menunggu jugak kan. OOhh ya…mesin ini hanya boleh digunakan sampai pukul 4.30 petang saja tau. Lepas dari masa ini tak boleh, kata seorang staff SSM ini.



  Selepas Cik Eja guna, barulah ramai pula sorang sorang datang...alhamdulillah...settle jugak kerja hari ini...



Cuma sekarang ni, Cik Eja ada dengar boleh renew lesen dengan online saja. Yang ni Cik Eja tak pernah guna lagi. Tak tahu macamana caranya. Boleh juga tu guna cara renew online saja lepas ini. Lega je bila dah siap kerja tertangguh kita ni. 

5 comments:

  1. terima kasih kongsi info..baru tau je ada mesin untuk renew lesen ni...mudah lah lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...🤗🤗🤗 seronok je boleh siap urusan kita dengan cepat kan...ramai juga hari tu..bertanya...ini mesin apa?..oo renew lesen ya? Rupanya ada lagi yang tak tahu, ingat Cik Eja sorang je..Ok Jida...terima kasih sudi singgah blog Cik Eja...🤗🤗

      Delete
  2. Kalau ssm dah tamat tempoh, boleh ke renew dekat mesin ni? Ada denda kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..tak sure pula yang tu...mungkin boleh Tapi kena bayar kos denda sekali la kot Di mesin ni...😀😀😊

      Delete
  3. Anyone who don't want the hassle of going out and want to renew SSM in front of computer, kindly visit website below.

    Sesiapa yg ingin renew lesen perniagaan, boleh visit website below.

    https://www.renewssmonline.com.my/

    ReplyDelete