Salam kembali…Macam nak kena update cepat ni, nanti ada next
project. Ok Kali ni Cik Eja nak share pasal membuat kuih Dilwale. Eh silap, itu
nama Cik Eja je bagi nama kat kuih ini. Sebab asalnya tak tahu nama kuihnya.
Selalu hari jumaat kat rumah ini ada pasar malam. Bila dah start beli sekali
tu, eh sedap pulak kuih Indian ni rupanya. Mulalah kami tiap tiap jumaat pergi
beli di Pasar Malam ini. Sampai abaang yang menjual air tu dah kenal kami. Bila
Cik Eja pergi seorang saja. Katanya, mana abang dan anak?
Hihihik terus lah Cik Eja kata dia outstation, anak ada je
kat rumah. Yang dibawa masa tu sorang anak je. Tak boleh bawa ramai ramai, tak
pandai nak control kalau kita sorang sorang.
Oh ya…Kita nak ceritakan pasal Kuih ni kan? Nama kuih ini
adalah Vade dan ada juga kata namanya Masalodeh. Bagi Cik Eja tak best untuk
dipanggil Masalodeh sebab, biasanya nama macam ini untuk masak lemak sayur yang
bewarna kuning tu kan? Apa yang Cik Eja Taulah. Better panggil Vade saja. Ada
pula yang kata Vade ni kuih dia lain dari ini…tapi macam donut sikit dan ada rempah
rempah. Huhhuhukk..tak tahulah, yang Cik Eja tau, kuih ini sangat sedap kalau
kena cara buat yang betul.
Okeh..jom kita Sharing resepi Kuih Vade ini.
Ada dua resepi yang Cik Eja ada. Tapi Cik
Eja guna satu resepi saja. Satu resepi yang sama seperti abang Pasar Malam tu
buat.
Resepi Masalodeh Rangup Diluar Gebu Didalam
Bahan-bahan:
500 gm kacang dhal - direndam selama 2 jam
3 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 helai daun kari - dihiris
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis (tak letak pun)
30 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Minyak untuk mengoreng
** Cik Eja tambah cili Kering yang digoreng sekejap terlebih dahulu. Sebab abg pasar malam tu letak dan sedap!
CARA MEMASAK:
1. Kacang dhal dikisar tanpa menggunakan air. Kemudian dimasukkan ke dalam bekas adunan.
2. Campurkan bawang besar, cili hijau, daun kari, jintan putih, air dan garam secukup rasa.
3. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan tekan sedikit tetapi jangan terlalu leper.
4. Akhir sekali, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng adunan tersebut. Apabila cukup garing dan warnanya perang, bolehlah diangkat.
5. Sedia untuk dinikmati dan lebih enak ketika masih panas.
Selamat Mencuba!
Sumber: Resepi Memikat Suami
**Terima kasih kepada Kak Amy dan Wawa yang share resepi ini ya!
Tak berapa cantik ok...sebab nampak kekacang tu..tapi lagi sodap tau!!!..Maklumlah bila makan tu rasa krup krup gitu...hehehehe
Selamat Mencuba ok!!!
**Terima kasih kepada Kak Amy dan Wawa yang share resepi ini ya!
Tak berapa cantik ok...sebab nampak kekacang tu..tapi lagi sodap tau!!!..Maklumlah bila makan tu rasa krup krup gitu...hehehehe
Selamat Mencuba ok!!!
Bahan bahan simple saja ok...senang saja buatnya..
Saja blend tak lumat semuanya sebab nak rasa kekacang dalam tu kan....
Gorengan pertama.. siapkan semua dulu separuh masak..atau tak garing sangat.
Inilah rupa goreng pertama.
Lepas siap kesemuanya, barulah goreng sekaligus. Ini untuk lebih garing dan ranggup. Garing diluar sedap didalam gitu...
Vadey faveret saya! Hari-hari beli dekat tepi office akak tu jual 50 sen je sedap sangat. Lepas ni boleh buat sendiri hehehe
ReplyDeleteHeheh kan? Kalau kita suka buat banyak2 lagi best..puas makan!. 50sen satu? Mahal tu...kat sini RM5 dalam 15keping rasanya beli hari tu...
Deletemy faberet tooo..lama dah xjumpa org jual kuih ni. boleh try buat weekend ni. jom singgah https://gadistudungbunga.blogspot.my/
ReplyDeleteIya cuba lah resepi confirm jadi ni ya Bella...š¤Tq singgah blog Cik Eja ya...
Delete