My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, August 13, 2017

Pengalaman makan Ayam Bakar Pasu yang paling memalukan

Sepanjang cuti hari minggu memang kami akan selalunya ada aktiviti tertentu. Kali ini selepas saja kami selesai jalan jalan, waktu tengahari semua sudah pun kelaparan.
Kali ini kami mencari cari untuk makan di mana. Memandangkan kiri kanan jalan sangat banyak restoran, kami tak tahu untuk singgah di mana. Tiba tiba kami tertarik dengan satu gerai makan yang dipenuhi ramai. Apalagi, kami pun singgah untuk menikmati makanan tengahari di sini.




Setelah mendapat parking, kami pun mencari meja yang kosong. Suami kata, ayang pergilah order ya, abang tak nak makan nasi. Ok, maka Cik Eja pun mula beratur untuk membuat pesanan. Rupa rupanya beratur untuk mendapatkan no giliran terlebih dahulu. Setelah mengambil no giliran, kami pun menunggu di meja sambil minum. Masa mengambil nombor giliran tadi, semakin ramai pelanggan yang datang. Nombor 64 sudah pun dipanggil. Pekerja gerai Ayam Bakar Pasu ini sibuk menyediakan nasi bersama ayam pilihan masing masing.

Setelah nombor giliran kami dipanggil, maka Cik Eja pun diminta suami untuk pergi mengambil pesanan kami. Selalunya tugasan mengambil pesanan makanan kami adalah tugas suami, Cik Eja akan enjaga anak anak. Tapi kali ini lain pula sebab dia nak menjaga anak anak kami yang tak duduk diam ini.

Kami membuat pesanan Ayam Berempah bersama empat nasi sahaja. Lagipun kanak kanak ini bukan habis makan satu pinggan seorang. Jadi Cik Eja lah yang akan makan berkongsi dengan anak kecil yang seorang ini. Lagipun Cik Eja nak makan nasi sikit saja kali ini. Nak diet lah kononnya kan. Memandangkan ayam berempah ini lembut dan sedap jer dicicah dengan sosnya, maka Cik Eja dan suami lebih suka untuk meratah ayam sahaja.

Untuk pengetahuan, ada dua menu ayam pasu di sini, iaitu Ayam Berempah atau Ayam Blackpaper. Memandangkan anak anak kami tak suka makan makanan pedas, jadi kami tak order Ayam Blackpaper itu. Dalam hati Cik Eja, mesti sedap juga kan Ayam Blackpaper tu. Sesudah kekenyangan, dengan seekor ayam ini, anak anak nak tambah airnya pula. Jadi suami pergi membeli air coconut shake lagi.

Suasana kedai makin lengang sebab sudah ramai yang balik. Maka kami pun dengan rasa kegembiraan dah kekenyangan ini pun turut keluar dari gerai untuk pulang. Sementara itu sempat beli goreng pisang di sebelah gerai ini. Perjalanan pulang ada sampai satu jam juga dari Negeri Sembilan ini ke Kajang.

Tiba tiba, bila kami sampai di Sepang...ermmm abang, tadi abang dah bayar ke kat gerai tu? Eh, mana ada, kan abang dah bagi ayang wallet tadi? Ahhhhhh....terlopong mulut Cik Eja!!!! Makkk oooii... Kita tak bayar makan tadi????? Alamak!!

Huhuhukkk dalam hati ini...teruknya kita ni.. Cik Eja memang pelupa orangnya tau. Iyalah dah makin usia meningkat ni makin pelupa pulak kita tau. Selalunya bab bab makan ni suami yang uruskan, jadi dialah yang akan membayarnya. Kali ini memang Cik Eja serius LUPA tau. Bukan sengaja.

Sebab apa lupa? Semasa mengambil nombor giliran, yang mengambil order itu kata tak perlu bayar lagi, nanti ambil pesanan dulu ya. Oklah kan. Setelah ambil pesanan nasi tadi sebenarnya Cik Eja tanya lagi, bayar sekarang ke ni? Pekerja itu kata, tak apa.. nanti bayar kat sana (meja yang sediakan air). Jadi, kita yang angkat dulang yang dipenuhi dengan nasi dan ayam ni berlalu terus ke meja tanpa membayar dahulu.

Ketika mengambil pesanan air Cik eja terus saja membayar pada kaunter air itu. Masa ini pesanan makanan kami belum lagi siap. Jadi air yang kami minum memang telah berbayar.

Aduhai, teruknya Cik Eja ni tau. Dah makan kenyang kenyang boleh terlupa pulak? Masa sampai di gerai ini nasib baik ada mengambil gambar gerai ini dan dalam gambar itu ada nombor telefon tertera di banner gerai. Terus saja Cik Eja mendail nombor tersebut untuk meminta maaf dan mahu membayar online. Nak tahu apa kata pemilik gerai Ayam Bakar Pasu ini?

Eh tak apa, tak apa, tak perlu bayar, saya halalkan semua tu. Haaaahh? Terkejut Cik Eja, eh tak boleh Encik..tak boleh kami dah makan, tak baik makan tak bayar, memang saya sangat lupa tadi. Saya ingatkan suami pergi bayarkan ketika beli air kali kedua tadi. Rasa bersalah sangat ketika ini. Tapi banyak kali juga pemilik kedai kata eh, tak perlu, tak apa...saya halalkan semua tu....huhuhukk...Cik Eja kata,...terima kasih banyak banyak ya... kami boleh transfer ni bagi saja nombor akaun, tapi sekali lagi pemilik gerai Ayam Pasu ini berkata tak apa...tak perlu bayar.

Ya Allah..rezeki kami namanya ni kan. Terima kasih ya Encik...maaf..kami tak bayar tadi tau...huhuhuhukk...Suami kata..ishhh...selalu terlupa tau...Ok..takapa tak apa..Kami doakan Moga Rezeki Encik pemilik Ayam Bakar Pasu Terlangkop ini semakin berganda ganda..dilimpahi Rezeki berganda, dipanjangkan usia dengan kesihatan terbaik dan diberikan kebahagiaan hingga akhir hayat...aaaminnn...

Terima kasih sekali lagi kepada Pemilik gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkop ini. Sedap sangat sampai terlupa Cik Eja nak membayarnya. Huhuhuk... Anda semua jangan lupa kalau ke Negeri Sembilan, jalan jalan di Port Dikcson, datanglah singgah di Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkop ini yang betul betul terletak di tepi jalan saja.

Nombor telefonnya wasap.my/+601114625271

Like dan follow ramai ramai page AyamPasu ini ok!!!

https://www.facebook.com/ayampasu/








Semoga Perniagaan Ayam Pasu ini Semakin maju Jaya dan Dilimpahi Rezeki Berganda ganda lagi....aaminnnn...

Yang Terasa Bersalah..
Cik Eja...

6 comments:

  1. Nasib baik tuan kedai ok...sifat maca tu terpuji..kadang2 dapat tuan kedai kita call semula terus kena maki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...itulaa masa call tu risaunyaaa apa la pemilik kedai ni ckpkan..tapi terkejut dia ckp macam tu..alahaiii sungguh rasa tak sampai hati...makan free..moga pemilik Kedai Ayam Bakar Pasu Terlangkop ini maaakin berganda ganda...aaaminn...

      Delete
  2. Alhamdulillah... Rezeki nama nyer tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kita ni pelupa laa..haisshh moga lepas ni tak berulang lagi...huhuhukk In Sha Allah...makin maju nanti Ayam Bakar Pasu Terlangkop...aaminnn

      Delete
  3. Pernah juga macam ni.. nasib belum lagi jauh jalan.. haha.. Baik hati pemilik gerai ni, semoga diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya? Hihihik itu sebab bab beli2 order suami yang buat tau..kalau Bayar terus tak apa la kan...ini dah makan sedap2..kenyang pulak tu, tinggal macam tu je..huhuhuk malu betul la ..isshhh..risau jugak asalnya..takut pemilik marah..tapi alhamdulillah..baiknyaa hati dia..tu lagi murah rezeki tu...☺️☺️☺️

      Delete