My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, July 26, 2017

Petua Paling Mujarab menghilangkan batuk

Dah lama sebenarnya nak kongsikan petua nan satu ini. Kami asalnya merupakan pengamal Manuka Honey. Selalunya kalau sudah habis stok di rumah, memang kami akan pergi beli lagi di Farmasi. Maklumlah, Manuka Honey ini merupakan Madu paling asli dari New Zealand. Ia berasal dari madu bunga bunga pokok Manuka di NZ. Bila anak anak ambil satu sudu atau dua sudu saja (sudu plastik) madu ini, selsema dan batuk cepat saja hilang. Hanya 2 atau 3 kali sahaja amalkan, batuk sudah baik.





Manuka yang ini..paling paling mujarab...sekali atau dua sudu (plastik) saja batuk sudah baik!


Malangnya, Madu nan satu ini susah sangat nak dijumpai. Tak semua farmasi ada menjual Madu Manuka ini tau. Kadang tu kalau kami pergi cari, hanya ada satu botol saja dan ada juga farmasi memang tak jual langsung. Tak ramai yang cari madu ini kata mereka. Sampai ada chinese farmasi tu tanya...ooh you tahu ya khasiat dia? Ia memang kami ada selalu stok kat rumah, supaya anak anak cepat baik selsema dan batuk. Lagi lagi kalau anak masih kecil, kami tak suka sangat bagi ubat batuk. Bukan baik sangat ubat batuk ni. Kekadang dengar orang cerita habis berbotol juga ubat, batuk masih belum baik lagi.

Manuka honey kami ada beli dari NZ ketika kami ke sana tahun lepas. Tapi dah pun habis. Bila kami dah pergi sendiri ke sana dan lihat sendiri kebersihan kawasan pokok pokok Manuka ini keyakinan dengan madu ini makin bertambah. Tumbuhan pokok Manuka ini jauh sangat dari pembangunan dan ia tumbuh liar.

Oh ya...nak petua mujarab hilangkan batuk kan? Ok...sebenarnya bila dah terputus madu ini dulu, ada seorang kakak pengasuh anak anak kami bagi tahu satu petua. Alhamdulillah....sejak sekali cuba amalkan..terus HILANG BATUK tau..alhamdulillah dengan kuasa Allah kan. errmm...sampai sekarang, dah bertahun kami amalkan petua ini. Walaupun dah susah nak dapatkan Madu Manuka, kami dah tak risau lagi kalau batuk.

Okeh...hahahah belum cerita lagi petuanya ni. Jangan marah ok...kita melalut sikit ni. Petuanyaa adalah...opss...satu lagi..nak ceritakan tentang makcik sedara kami...mendapat kencing manis akibat dari mengamalkan petua kawannya, bila batuk minum air Coke!...Aduhhh kesiannyaa...petua bukan bukan je. Mengarut je tu.

Petuanya adalah, ambil limau nipis...sebiji ke dua biji ke...perah airnya dalam 2 atau 3 sudu dalam cawan dan sedikit saja garam. Kacau dan minum perahan limau nipis bersama sedikit garam itu. In Sha Allah...dua kali buat saja batuk HILANG tau...kami dah amalkan bertahun ini saja. Batuk Ai...anak anak...dua kali minum saja tetiba batuk memang dah tak ada. Sangat mujarab!...Alhamdulillah kak Rose bagi resepi ini pada kami. Sampai anak anak...kalau batuk...mama, nak minum limau la,...batuk ni. Diorang dah terbiasa dengan air limau nipis ini sampai kalau batuk @ selsema sikit dah mintak perahan limau.




Cuba anda guna petua ini...In Sha Allah...selalunya memang akan Hilang BATUK tu tau...

Selamat mencuba!...

3 comments:

  1. kalau kita ada blood pressure . boleh ke minum bergaram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo itu sy tak sure..Kalau macam tu hanya minum perahan limau saja la kan...garam ni pun sikiiiit sgt tau. Supaya hilang kemasaman tu..dan garam pun sebenarnya ada mineral bagus Untuk badan.

      Delete
  2. kalau kita ada blood pressure . boleh ke minum bergaram?

    ReplyDelete