My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 4, 2017

Melancong Ke New Zealand Part 3

Hi...Salam..bertemu kembali sambungan melancong ke New Zealand kami. Perjalanan kali ini memang panjang. Kami banyak menghabiskan masa dalam kereta saja. Kami tiba di Oamaru pukul 6 lebih. Memandangkan sudah pun lewat petang, kami mencari port untuk berlabuh. Macam kapal pulak dah Campervan kami ni. Di Oamaru ni memang ada pelabuhan. Kami memang betul betul di pelabuhan sekarang ini. Tetiba terasa je tak nak park di Campsite malam ini. Bincang punya bincang kami park tepi pantai yang berdekatan dengan Blue Penguin Colony. Esok kan senang kalau nak pergi tengok penguin kan.


Berhadapan dengan campervan kami ini banyak kapal persendirian yang parking di sini. Betul ke ni? serius nak park kat sini? Kena keluar awal la kita dari sini sebelum pukul 4 pagi. Kalau tak kena saman tau.


Suasana di luar Campervan kami hari ini...





 Heheheh...kami nak rasa suasana berlainan sebenarnya. Keputusan muktamad, jadi sesi memasak dimulakan. Dah siap masak dan makan semua kanak kanak girang tak nak tidur lagi. dibukanya pintu kata nak main kat luar sebab pantai cantik. Tiba tiba....


Jeng 


Jeng 


Jeng..


Nak tau siapa yang datang jadi tetamu kami malam ni? Heheheheh...serius nak tau tak ni??? Siapa nak tahu cuba angkat tangan sekejap..please...!!!

Nak cerita kang gambar terlupa nak diambil masa tu tau. Terlalu excited bukan anak anak kecil saja, tapi mama papanya ni pun over excited ketika itu.

Zharfan la yang paling suka main kat luar masa ni. Dilarang pun masih tak mahu masuk. Lagi la yang kecil dua ni pun turut keluar. Ada juga nampak beberapa orang putih lalu lalang tepi campervan kami ni. Kawasan sebenarnya gelap saja dan sunyi. Ada satu dua tiang lampu saja dihadapan campervan kami. 

Eh, lupa pulak...tak cerita lagi kan siapa tetamu kami tadi ya? Okay....mula mula macam ni....abg melihat dari dalam keluar. Ada sepasang suami isteri Orang putih ni berhenti tegak saja betul betul mengadap campervan kami. Apahal pulak diorang macam tu? Tak kan nak nyanyi lagu negaraku kot. Hehehe...bila diperhatikan apa yang mereka pandang, rupa rupanya seekor Penguin yang comel...Waahhhhh....comel terkedek kedek nak masuk ke bawah campervan kami ni. Excited punya pasal bagitau semua anak dengan cara berbisik saja. Tak boleh menjerit jerit, nanti penguin ni lari. 

Semua tingkap dibuka dan kami melihat dari dalam. Comelnya. Real Penguin terkedek kedek gitu macam melarikan diri nak menyorok. Penguin sebenarnya sejenis binatang pemalu tau. Mereka tak boleh dan tak suka jumpa manusia. Sebenarnya ada 3 ekor penguin malam ini di sekitar campervan kami ni. Budak kenit semua ni dah tak nak tidur pulak la. Habis kelibat penguin ni berjalan ke tempat lain baru la minta semua tidur memandangkan esok pagi pagi kita kena bertolak. 

Malam ini Zharfan tidur dengan wajah ceria sebab dah jumpa dengan penguin. Sayangnya terlupa nak ambil gambar masa tu. Penguin jugak sensitif dengan flash camera tau. Tak apalah, jadikan kenangan kami ni sebagai kenangan paling indah sebab dapat jumpa penguin sebenarnya yang bukan di bela. 

Ok, Goodnight...kami tidur dulu ya.



____________________________________________________________________________________________


Keesokan paginya, kami bangun dan bertolak keluar dari sini. Cari satu kawasan yang boleh di park dan sediakan sarapan. Selepas semua dah kenyang dan ready, kami cari idea nak pergi mana pula hari ini. 

- Zharfan : papa...tak puas la lagi jumpa penguin. 
- Papa :  La, malam tadi real siap datang ke campervan kita lagi..tak kan masih tak puas?
- Zharfan : Alaa...tak boleh pegang pegang ke?
- Papa : Okay la, situ ada Penguin Viewing iaitu Oamaru Blue Penguin Colony. Ada penguin yang dijaga kat situ. Jom lah kita pergi tengok.





Kami park kat situ dan pergi ke reception untuk masuk dalam. Tapi receptionist tu kata, waktu siang tak banyak penguin tau. Dia kata baik datang waktu malam, baru banyak penguin yang ada dekat situ. Errm...macam mana? Rugilah dalam seekor dua saja ada dalam ni, bayarannya pula agak mahal macam tak berbaloi kan? Jadi kami pun buat keputusan tak jadi masuk.





 Anak anak sedikit frust. Jadi kami ada idea untuk bawa mereka ke satu tempat lain. Dengan harapan kekecewaan mereka ni akan terubat. Ke mana kami pergi? Ermmm.. Jom..kita jelajah New Zealand dan selongkar apa lagi yang menarik di sini.

Kami keluar dari bandar Oamaru untuk ke satu tempat menarik ini. Mulanya kami nak ke LLAMA THYME. Binatang ni tak ada di tempat lain kata Abang. Dia nak sangat jumpa binatang yang badan macam kambing tapi rupanya macam unta. Excited Cik Abe nak jumpa LLAMA ni tau. Tapi agak mengecewakan memandangkan tempat ini, iaitu

Greg Leng
18 Taieri Peak Rd 

Ditutup pada hari ni. Rupanya mereka cuti la. Patutla nampak sunyi saja. Abang ni, sepatutnya call la dulu kan, pastikan dibuka atau tutup. Weekend memang cuti kot. Okay...kami agak kecewa juga kali ni. Tempat ni macam ladang tau. Siapa nak datang boleh deal tentang package yang ada. Kawasan Palmerston ni cantik dan adanya trek untuk anda berjalan dan melihat LLAMA dari dekat. Harga tiketnya adalah NZD 25 per person dan kanak kanak di bawah umur 10 tahun adalah free. 

Oleh kerana kekecewaan Bigboss kita ni, maka kami patah balik ke arah Oamaru untuk ke satu lagi tempat yang menarik iaitu kami singgah di sini:

TOTARA ESTATE

Kat sini adanya ladang  Biri Biri pulak. Kami sampai saja kat Totara Estate ini,  seorang uncle penjaga tempat itu pun keluar. Kami masuk saja register dan terus dibawa ke dalam kedai kecilnya untuk menonton video tentang biri biri. Ohhhh....biri biri di New Zealand ini adalah industri terbesar di negara ini tau. Banyak biri biri adalah di eksport ke luar. Dan biri biri kat sini dagingnya adalah Halal... Ingat tu...HALAL tau....documentari ni sangat jelas menunjukkan cara cara proses biri biri sampailah packaging untuk eksport. Arab pun ada import dari sini rupanya. 

Selesai menonton video ini, kami pun keluar untuk jumpa kambingnyaa... Dah rasa macam kambing pulak kami ni. Bau dedak (makanan) biri biri yang diberikan pada kami ni sangat kuat. Busuk je..hehehe...Tapi...bila saja terpandang biri biri yang sangat jinak ini, terlupa dah bau tadi. Sudah bertukar masing masing excited dapat pegang biri biri yang sangat gemuk ini. Comelnyaaa...jinak, bulunya sangat tebal gitu. Kami genggam genggam bulunya pun dia tak marah tau. Jinak betul biri biri ni. Suka anak anak kami kali ini. Kekecewaan tak dapat jumpa Llama pun dah hilang nampaknya. 





Kami bagi makan dengan menggunakan tapak tangan. Geli je mereka makan dari tangan kita ni tau. Anak kecik ni takut takut dan bagi makan menggunakan bekas saja. 

Mama : tak apa...biri biri ni baik...dia tak gigit kita laa..
Achim : takut la mama...kalau dia makan tangan achim?
Mama : hahaha...a'ah..tangan achim comel kecil nanti dia geram dan gigit ke kan?hahaha gurau je...dia tak nak makan orang pun...orang je makan dia sebab sedap.

Okay...sudah pun kehabisan makanan ni..kami dapat lah borak borak dengan biri biri ni. (borak borak???) hehehe...

Papa : kesiaaann awak...dah kenyang ke belum ni?...bulu tebalnyaa...
Mama : a'ah...tebal laa bulu dia..patut tahan sejuk sejuk.
Papa : tengok seekor lagi bulunya tebal tapi keras. Yang tadi tu tebal tapi lembut kan...sebijik rasa                  macam karpet tebal je bulu dia.
Mama : Betul la kan...bestnya pegang bulu dia niii..dah la jinak jinak...macam nak masuk je dalam                main dengan diorang ni...heheheh








Memegang bulu biri biri yang ini sangat lembut dan tebal...





Lama jugak kami kat situ, jadi slow slow berjalan tengok jenis  biri biri lain yang berbeza. Ada nama yang tersendiri diorang ni tau. Ikut species la. Tengok kandang lama yang dipamerkan sejarah dan peralatan lama yang digunakan untuk proses biri biri ini.
















Setelah puas kat sini, kami ke toilet sebelum balik. Toilet kat New Zealand ni biasanya mesti bersih bersih tau. Betul mereka kat sini menjaga kebersihan toilet, sukanya kita ni bila masuk saja toilet bersih. Selesai saja kat ladang, kami jumpa uncle tadi sebab nak balik. Kami diberi makan satu pokok. Pokok ini di tanam dan hanya batangnya boleh dimakan. Rasa batangnya sedaaap, macam rasa epal gitu. Bahagian luarnya kena dibuang...hanya makan dalam batangnya saja. Hahaha... sesuatu yang baru ni.





Habis ronda dalam Estate ni..kami borak borak sekejap dengan uncle ni..







Berbual sambil dia memetik batang pokok (apa ntah nama pokok ni..dah lupa)




Ambil gambar la sikit...tenang saja kawasan estate ni...best jerr..





Uncle ni cakap, dia hanya bekerja kat situ, pencen dah katanya. Boring duduk dirumah. Habis saja borak ni kami pun beransur keluar.




 Kami ke arah Oamaru semula. Dalam beberapa puluh KM kami pun sampai. Kami nak isi minyak sebenarnya dan mengisi gas (tong gas yang digunakan untuk memasak dan untuk heater sekali).




Selesai isi minyak kat situ, kami nampak ada satu restoran halal. Iaitu Turkish Kebab. Apa lagi, memandangkan semua dah lapar ni...kami pun makan tengahari kat situ saja. Satu kebab pun dah kenyang sebab besar sangat. 








Adik Achim mengaruk jer..mintak dokong...ermmm macam ni la bawa anak bongsu ni (paling kecik)


Semua dah kenyang nampaknya dan sempat juga kami charge hp sekali. Ada juga makanan terpaksa dibungkus (tak habis makan pun budak budak ini..) Satu pinggan saja habis dimakan beramai ramai. Satu lagi tak disentuh pun. Hidangan besar dan banyak sangat.







Kami pusing pusing satu bandar kecil ini. Melihat suasana bandar dan rumah rumah kecil yang comel. Kebanyakan rumah rumah kat sini dihiasi dengan bunga bungaan yang segar dan bewarna warni. Maklumlah dah summer kan, teringinnya nak ada bunga ros yang segar, besar dan gemuk gemuk macam diorang kat sini. Cuaca sejuk boleh la kan. Kita kat Malaysia panas oooo...sehari tak siram pun dah layu. Kat sini tak perlu siram agaknya...cool je...Ros pun suka hidup kat sini.heheheh..







Selesai saja ronda ronda ni..kami pun mula keluar dari Oamaru. Babai Oamaru.....harap boleh ketemu lagi. Ketemu dengan Real Penguin kat sini la kenangan paliiinggg indah kami. Perjalanan di teruskan. Sebenarnya jalan ini kami dah lalui iaitu untuk ke Totara Estate dan LLama Thyme tadi kan. Kira kami patah balik ke Oamaru untuk makan dan isi minyak saja tadi. Kat sini banyak hanya pekan kecil saja. Nak dapatkan restoran halal susah jugak tau. Bandar macam Oamaru tadi besar lah sikit. 

Okay...kerana hari dah makin ke petang, kali ni perjalanan untuk mencari campsite saja. Sebelum sampai ke Dunedin kami kena bermalam dulu di mana mana campsite berdekatan. Banyak campsite di kiri kanan jalan. Tapi entah mengapa kami lebih berminat dengan 'Riverside Haven Campsite'. Dalam pukul 5 petang kami terus masuk untuk check in. Dalam NZD60 lebih saja satu malam. Abang kata, sepanjang dia check in tadi ada seorang budak kecil asyik pandang dia saja. Rupa rupanya bila kami park dan anak anak keluar dari campervan ni, budak tadi datang sambil bertanya itu ini. Happy bukan main dia bila melihat anak anak kami 4 orang ini. Siap...Haiii...haiii..haiii... dan dia ajak semua main bersama dia. Hehehehe..apa laagi...'dak dak kenit' kami seronok laaa....kawasan sini sangat cantik...bersih...sejuk....dan ada ruang untuk sikenit kami bermain. Sambil berkejar kejaran dengan basikal anak orang putih tadi lagi.



Pintu masuk ke Office Riverside Haven Campsite...


Bersambunggg................

KLIK
Melancong Ke New Zealand Part 2









No comments:

Post a Comment