My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 25, 2017

Bercuti Lagi


CUTI CUTI LAGI!!!!!

Ke mana agaknya semua bercuti sempena CNY ni ya? Ermm..biasala, bila cuti sekolah yang panjang ni..Kita kaum ibulaa yang paling sibuk mengemas kan? Lagi lagi nak siap kan baju setiap orang. Ber bag 💼 la nampaknya nak kena penuh kan.





Macam mana cara anda packing baju baju? Macam macam teknik sebenarnya..Ada cara gulung la, untuk muatan lebih banyak kan?


Tapi sekarang ni alhamdulillah dah tak Ada baby 👶 lagi. Kalau Ada baby, mana nak siapkan botol botol, penuh kan susu dan bawa extra lagi. Mana botol air Panas nak dibawa juga. Bekalan pampers lagi... Mak Oiii pening juga nak  siap kan semua sorang sorang kan?. Mau tak berpeluh peluh...sampai kekadang baju sendiri packing tak cukup ye tak? Sapelah agaknya tu hahahah... Terkena Kat batang hidung sendiri juga ni..Aaaaa mesti Ada jugak Kat luar sana macam Ai kan? Mengaku cepat!!!!

Kami ni lagila..cuti panjang macam ni nak kena siap kan baju 6 Orang sekaligus. Perghhh nasib baik rumah ni dah ada salji.. Kalau dulu2 masa belum turun salji ni..memanglaa Ai ni berfeluh feluh selalu. Kalau time ter last minit packing memang terkejar kejar tertinggal itula ini laa...Memang patut buat list setiap kali nak bercuti ni. Sepatutnya, sebelum pack tu...bila masa relax relax,..ingat apa yang akan dan nak  dibawa terus catatkan..barulah tak akan ada tertinggal lagi.

Sekarang anak dah besar ni..senang juga la..Cuma...baju2 dah standby awal untuk dibawa. Tinggal nak dimasukkan dalam bag Saja lagi. Ermmm mana nak bercuti ni? Sampai ber bag bag lagi ?....Kita ni, semua  dah besar..mana boleh satu dua bag saja. Tempat yang nak dituju ni jauh, 3 helai 4 Helai memang tak akan cukup. Perjalanan Saja dah ambil masa panjang juga laa..kalau delay 6-7jam..kalau tak delay langsung masa singkat la dalam 4 jam gitu.

Tahun lepas CNY Kami bercuti ke Indonesia iaitu ke Dumai, Bukit Tinggi, Maninjau, dan Padang. Semua tu On The Road je..bukan naik BELON!!! Hihihikkk satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang perjalanan kami masa tu..Adventure betul..dengan keadaan jalan kat sana yang mencabar!!! Bila lagi agaknya nak rasa adventure2 macam tu lagi yek???errmmm kena bincang betul2 ni...

2 comments: