My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, September 3, 2016

Paris, Paris dan Paris lagi

25 Mei 2016

Kali ni kami ke Paris lagi. Ada tujuan bisnes dan bercuti sekali ke satu Destinasi yang belum pernah sampai. 25 mei kami bertolak dari KLIA pada 12 am..dalam hati masa ni...Ya Allah..Selamatkanlah perjalanan kami kali ini aaaminnnn....kami naik Royal Jordanian. Transit kami di Queen Alia International Airport..Jordan ni selama 6 jam. Sesampai saja kat situ kami Solat Subuh dulu dan terus mencari sarapan pagi. Makan tadi pun masih kenyang lagi ni. Kami makan di Popeye iaitu burger yang sangat besar saiznya.




Kali ni lepas saja kekenyangan, ada ronda ronda sikit kat airport ni, dah macam guard pulak ronda sana sini. Bila penat kami lepak saja sambil tengok ramai rombongan Umrah dari sini. Ramai jugak melayu. Bila lama sangat macam ni, tertidur jugak la sebab dah malam kalau kat Malaysia. Mata automatik ngantuk lak tu.






26 Mei 2016

Sementara menunggu masa yang agak lama, kami lepak dulu. Orang dah bertukar tukar duduk kat sini..hihihik, kami tak ke mana mana pun. Tapi memang rasa berehat betul lah. Kepala tak berserabut, tenang dan tak perlu pikir apa apa dah. Maklumlah anak tak ikut. Kalau diorang ikut, pusing jugak kepala ni sebab diorang tak pernah akan duduk diam melainkan ketika tidur saja.

Bila saja time kami dah tiba, alhamdulillah....dari sini ke Paris tak delah lama sangat iaitu hanya mengambil masa 5 jam saja. Oklah tu. Sempat menonton banyak movie jugak baru lah sampai. Tak tidur dah kali ni. Sesampai saja kami di CDG airport, terus menuju beli tiket train. Kali ni dah terror dah Big Daddy..hihihikk...bab laluan train sini dah hebat daa dia...hehehehe...

Sesampai saja kami terus check in dulu. Kami sampai kat hotel dalam pukul 6 lebih pm. Memandangkan dah nak malam, maka tak ada apa2 aktiviti melainkan makan n tidur saja. Bagus untuk kumpul tenaga secukupnya sebab esok pagi kami banyak program. Bawa orang baru ke sini..staff znz jugak dua orang.




27 Mei 2016

Keesokan harinya...selepas saja sarapan pagi roti dan minum Tamar coco saja, kami keluar dari hotel. Kami plan tak nak naik train lagi. Sebabnya sebelum2 ni memang kami hanya naik train saja ke mana2. Malas dah naik turun tangga lagi. Jadi kami terus ke satu tempat di mana ada penjualan tiket Bas.

Disebabkan kami terlalu awal, Semua kedai pun masih tutup. Semangat punya pasal nak beli tiket BigBus...iaitu Hop on Hop Off ...cuaca pagi ni sejuk juga, dalam 13'C. Jadi berhenti minum coffee panas sikit di cafe yang selang beberapa kedai saja dengan office BigBus tadi. Diorang ni apa lagi, pergi tumpang membazir air dulu dan isi balik...hihihikk..minum2 sikit sebab kesejukan jugak pepagi ni.





Kekonon je tu berlakon baca novel...ceeewaaahh...padahal dah abis baca pun novel tu, bertajuk MESEJ . Best cerita ni macam lah teringat ingat kisah di alam bujang trang tang tang dulu kala. Kisah percintaan berlegar di suasana Paris. Jadi sengaja bawakan MESEJ untuk diabadikan di kawasan di mana Aria berjumpa Jason kat sini...Ceeeewwaaah sesiapa peminat novel atau berangan angankan sesuatu cinta sejati...mai lah baca Novel ni...bestnya kalau dibuat movie ni..sebab ia lain dari yang lain. Bukan hanya cinta biasa tau!!!! Cerita cinta misteri gitu....Sambil nengok orang2 France ni wira wiri wira wiri (pi mai pi mai) nak pi kerja kami pekena coffee panas kat sini. Macam macam ragam diorang sini..semuaaa memang jalan laju, ada jugak berbasikal. Kalau kat kl ni..jangan haraplah orang kita naik naik basikal kat tengah town camni kan?

Ok...berbalik pada kisah kami pulak, bila dah bukak je kaunter beli tiket BIGBUS PARIS ni, maka kami pun cepat cepatlah pi beli sebab nanti ramai pelancong datang dah susah kan. Harga tiket dalam 33 Euro seorang. Tetapi, kalau nak naik dua hari ada pertambahan iaitu 37 Euro sahaja. Jadi kami pun ambil 2 hari la kan untung sikit. Tak banyak pun pertambahan. Ada dua laluan bas ni. Satu Laluan A, satu Laluan B. Ada map sekali dapat. Jadi kalau kita nak berhenti laluan A, pastikan cari bus stop dia semula untuk naik balik ya. Kedua dua jalan ini lain lain tempat destinasi yang bus akan berhenti.











Pasal Map ni nanti cari cari balik memang ada simpan semua tu. Termasuk tiket2nya. Untuk dua hari ada untuk banyak hari bergantung berapa lama kita nak naik bas ini harga tiketnya tu. Pelancong pun dah mulai ramai kat sini, sama sama menunggu BigBus untuk jalan jalan. Lepas saja pusing pusing laluan Biru..iaitu laluan A, kami mula naik bus yang untuk ke laluan Merah pula, iaitu laluan B. Sebelum ni kami hanya naik train saja. Rugi la rasanya kan...sebab kita tak boleh melihat dengan lebih dekat keindahan, keunikan dan kehalusan senibina bangunan kat sini.






Destinasi pertama kami adalah kat  PONT DES ARTS. Ini adalah salah satu tempat menarik untuk di lawati di Paris ni. Kami jalan jalan sikit, ambil gambar sini sana situ sikit. Nampaknya seronok dua orang ni kan main lagi...hihihihik..Ada jugak abadikan MESEJ kat sini, walaupun Aria dan Jason tak ada nampaknya dating kat sini...hehehehe













Seterusnya kami jalan sikit dan menunggu BigBus untuk next iaitu, Musee Du Louvre. Sambil lepak lepak, tengok gelagat manusia kat sini kami  ambil gambar situ sana sini jugak. Kali ni dah kali ke3 datang sini takdelah excited sangat, hanya biasa saja cuma kalau boleh nak kan gambar terbaik dan lawa je lerr...maklumlah kita ni hantu bergambar gambar ni. Kalau ikutkan nak la lawa2 kan. Tapi tak leh la setanding che Ta tu. Dia Retis semua cameraman amatur gitu ambilkan gambar dia..semua cantik2. Takpelah kita biasa biasa pun kira orait gak la kan, dapat jugak melihat keindahan dunia ciptaan-Nya ini..syukur alhamdulillah selalu.




















Dah puas ambil gambar dah, dua orang ni beli jugak nampaknya Eiffel tower dari penjual kat sini. Kita belum lagi sampai Eiffel Tower la, beli kat sana saja pun ok. Tak apa lah, dia jual murah kami beli je laa. Orait, seterusnya kami naik bas pulak untuk  next persingahan. Kami melalui Francois Mitterrand Quay, Montebello Quai di mana terdapatnya banyak lukisan Paris kat sini, kad, gambar gambar pun banyak dijual kat sini. Menarik sesiapa nak beli gambar, kad atau lukisan lukisan berkisarkan Paris kat sini. Semua cantik belaka.




Kali ni makan tengahari kami Kebab saja. Tapi jangan risau, walaupun hanya kebab...errrmmm mak aiii, memang sgtlah besau tau..Penuhla perut ni kekenyangan bleh sampai ke malam lak tu. Makanan Halal kat Paris ni pun banyak ya. Kalau nak bawa bekal masak sendiri bleh je sambil lepak2 kat Louvre tadi makan. Tapi kali ni kami tinggal kat hotel, maka main masak masak dah takde dalam senarai bercuti kali ini..Yeaaaayyy...hip hip horaaaii la kita kan..lenggang kangkung je la.



 Ini Kedai Kebab tadi....



Setelah  menikmati Keeenakan Kebab, kami jenjalan sekitar laluan sini sambil nengok souvenir kat sini..oohh sungguh memikat hati kita tau. Apron, plate2nya, macam macam lah ada. Semua rasanya nak beli. Tapi sabarlah wahai hati...banyak lagi masa kita kat sini. Dekat hotel pun belambak ada jual, lagi senang, beli jer terus simpan kat bilik. Ini kalau nak shopping, alamat kena bawak barang banyak la bila nak jalan next destination ni.



Cantik cantik kan? Jatuh cinta betul dengan Apron2 nilah...




Cute cute nyaaaaa....



comel....


Selesai saja jalan jalan sekitar kedai kedai ni, kami mula menaiki hop on hop off iaitu Bigbus semula. Bas melalui Saint-michel Quay dan saya terpikat sangat dengan satu Kedai makan ni iaitu Caffe Lavazza. Hihihihi..menariknya sebab kerusi semua mengadap jalan raya. Maksudnya mereka yang makan kat situ akan menonton gelagat gelagat manusia yang lalu lalang. Hahaha tergelak kami....semua kerusi mengadap jalan raya. Yelah kan kat Paris ni macam macam orang bangsa dan warna kulit yang ada. Kebanyakan yang ramai ni jugak adalah terdiri daripada pelancong.


Bas kami ni melalui jalan jalan 5th arr, 6th arr, Anatole France Quay iaitu jalan yang melalui sungai. Juga kami melalui Quai d'Orsay iaitu terdapatnya Assemblee Nationale kat situ. Bas membuat pusingan  pula di Place de la Concorde di mana kat sini adanya Eye of Paris.


Seterusnya kami melalui jalan Champ-elysees di tengah2 jalan ini adanya terletak Arc de Triomphe manakala di kiri kanan pula adanya pelbagai butik butik jenama International. Kami juga melalui Grand Palais, Pont Alexandre III. Sebenarnya kami nak ke Trocadero Gardens di mana kita boleh abadikan gambar bersama Eiffel Tower dari jauh. Kat sini sentiasa ramai manusia tau. Macam macam gelagat diorang bergambar. Tahun lepas dah ambil gambar kat sini bersama anak anak, cuma kali ni kita datang la lagi kan. Tempat ini adalah salah satu tempat tumpuan dikalangan pelancong untuk bergambar.





Last sekali barulah kami ke Eiffel Tower. Kat sini lagi dasyat manusia. Pelbagai aksi masing masing. lagi ada yang terbaring tidur la sambil melihat Eiffel Tower ni. Kami bergambar lagi sekali kat sini. Cuaca panas jugak dan gambar kami kurang menarik la huhuhuk. Lepas kami berehat sekejap di bangku kat sini, kami pun mula naik Bas kat situ untuk balik ke hotel. Suasana masih lagi cerah dan terang. Tapi nampak gayanya diorng ni dah malas nak jalan jalan lagi. Lagipun dah ke arah petang pun, kami nak balik solat dulu kan.

Malamnya kami hanya makan kat tempat biasa, iaitu kedai makan yang betul2 bersebelahan saja dengan hotel kami ni. Apalagi...pekena nasi beriani la diorang ni. Mana boleh tak makan nasi lelaki kan??Kita perempuan tak makan nasi pun masih ok lagi la. Yang pastinya kedai makan halal ni sangatlah sedap makanan dia tau. Siapa datang sini boleh la cuba makan sini. Tapi kedainya kecik saja. Ramai jugak orang arab suka datang makan kat sini.


28 Mei 2016

Keesokan paginya, kita la paling awal bangun. Pagi kat sini masih sunyi pulak tu. Mata automatik terbuka sebab kalau kat Malaysia kat dah petang. Prepare mandi siap2...pekena baju baru ada orang tu belikan dari Taiwan. Sambil berselfie sikit sementara tunggu dua orang lagi ni turun.






Setelah sarapan, kami ronda kejap kat shop yang jual pelbagai barangan seperti souvenir, baju baju Paris. Kali ni tak beli cuma survey saja sebab kami ada perancangan jalan jalan lagi hari ni.







Banyak baju yang menarik tau. Baju baby la...Apron pun ada...alas meja, bag bag Paris dan macam macamlah...Kali ni kami tunggu Bigbus kat station betul2 dekat dengan hotel kami ni. Senang kan?Hahahah sebab semalam dah nampak kan laluan bas ni memang lalu kat sini. Senang kerja kami. Lagi senang naik bas lah kat sini berbanding train tau. Suka sangat naik bas sebab kita boleh nampak suasana Paris ni lagi dekat. Bayangkan...kami siap boleh baca setiap bangunan kat sini tarikh pembinaannya tau. Menarik sebab bangunan kat sini semua sangat cantik, unik, sangat berseni pembinaan dia tau. Kami melalui jalan Pigalle dan kat tepi jalan sempat la ambil gambar Bangunan ni yang tertulis A.HUGUET ARCHITECTE 1868. Lama kan?




Siapa kata Paris...ahhh takde apalah...sekadar Eiffel Tower dari besi tu je jadi kemegahan. Saya pernah la terdengar orang berkata macam tu. Tapi kan...memang confirmlah orang ni bukan berseni atau pun tak mempunyai perasaan menghayati tau....apa orang kata? ibarat tak pandai menghayati apa yang dilihat olehnya kan?..Ceeewwaaah kita ni bukan berseni sgt pun. Tapi suka sangat menghayati...mengkaji apa yang dah kita lihat sendiri ni kan. Bila naik bas macam ni, rasa teruja lain macam pulak sebab dapat melihat kesenian, kehalusan ukiran setiap senibina bangunan di sini dengan lebih dekat. Bayangkan usia bangunan di sini lebih tua dari kita, dari mak dan ayah kita kan. Automatik kita ada perasaan lebih menghargai nilai nilai peninggalan orang dulu dulu.

Ceeewahhh...banyak pulak nak berceloteh kali ni. Bukan apa la kan....sambil kita melancong ...jalan jalan ni, kita nak lihat sesuatu yang berbeza, yang tak ada di tempat kita. Kalau dibandingkan zaman sekarang,kat Malaysia pun, mana ada bangunan2 sekarang dipenuhi dengan ukiran dan kesenian pada setiap bangunan kan? Kebijaksanaan, ketekunan dan kerajinan orang orang lama ni sudah tak ada lagi di zaman moden sekarang.

Oklah, stop berceloteh lagi...seterusnya, di Les Grands Boulevards memang kiri kanan adalah bangunan yang cantik cantik belaka. Kami melalui Garnier iaitu adanya ACADEMIE NATIONALE DE MUSIQUE. Naik bas hari ni pun ramai lagi pelancong lain, kira tak pernah surut lah pelancong kat sini.





 ACADEMIE NATIONALE DE MUSIQUE


Kami lalui Francois Mitterrand Quay, The Louvre Quay iaitu di mana terletaknya banyak jualan lukisan berkisarkan Paris city kat sini. Cantik sangat lukisan lukisan kat sini. Bas melalui Pont Neuf yang di penuhi pejalan kaki yang punyai haluan dan destasi masing2.

Sampai tempat semalam iaitu 5th arr, kami singgah lagi untuk makan tengahari kat sini. Kali ni kami singgah di kedai yang lain pulak. Kedai ni medapat sijil Halal iaitu EuroHalal. Owner dia pulak?Hahaha macam Dato K lah tau!!...Yang pastinya makanan kat sini...Perrrgghhhh fuuuh memang sgt sgt tersangat best tau!!!..Patutla cuba kat sini kalau sesiapa nak cari makanan Halal kat Paris ni. Dengan kambingnya yang lembuuuut...dengan kentang bakar dia? toksah cakaplaaa memang Cengggini HEEEBATTT lah...TERBAIK la...hihihi...Terlebih puji lak kan? tak pelah....yang penting kena bagitau namanya iaitu Le Minotaure Maison Fondee En 1974.













Dapat je makanan...perrghhh tak toleh kiri kanan dah makcik ni rupannya....


Suasana dalam kedainya pun bersih je. Hiasan yang menarik dan sengajalah kita naik keatas sebab nak ke toilet pulak. Susunan kat atas pun cukup teratur la, Memang la menarik tip top gitu!!




Lepas saja kekenyangan, nampak lagi jualan Apron2 yang cantik kat luar ni. Tak tahanlah, kali ni dah kena beli kan...takut tak sempat pulak lain masa. Mana lah tau kita hold hold tetiba tak terbeli..kan dah nyesal namanya?? Ye dok? Kali ni banyak jugak beli untuk kenangan kat umah  nanti.

Lepas saja kat sini kami ambil Bas semula untuk jalan jalan lagi. Kali ni kami berhenti Ile de la Cite. Abg kata..dari semalam lagi nampak orang ramai je kat sini tau..jomlah berhenti. Maka kami pun turun la....berpusu pusu orang ke satu arah, rupannya Gereja je pun. Tapi gereja ni Notre Dame de Paris cukup lama buatannya.Senibina yang masih utuh.Kita tak lahir lagi  dia dah wujud tau...Sambil ambil gambar situ sana sini...sikit2 nampak kesenian dia kami pun beredar dari sini. Kami jalan santai santai saja sambil ambil gambar lagi situ sana sini. Nampak suasana kat sini menarik je untuk diabadikan sebagai kenangan.














Persekitaran luar ...ramai sangat orang...




Selepas hilangkan penat dengan duduk di bangku luar Notre Dame de Paris ni sambil ambil gambar situ sana sini sikit, kami pun menaiki bas semula di bus stop berdekatan. Bas melalui Montebello Quai, Saint-michel Quay, Quay of the Grands Augustins, Conti Quay, Institut de France , Voltaire Quay, Anatole France Quay, Quay d'Orsay, Place de la Concorde iaitu adanya Paris eye namanya iaitu Roue de Paris. Bas melalui jalan yang sama saja seperti semalam tau. Kalau naik bas ni pandangan kita lagi luas tau. Bessst sangat kali ni sebab dapat menikmati keindahan Paris City lagi dekat. Sangat lah berbeza jika naik train...rasa gelaaaaap je pandangan kan? Mana dapat lihat jalan jalan ni ada apa..bangunan2 tertentu lebih jelas laaa.



Aria mencari cari Jason kat sini...




Montebello Quai





Saint-michel Quay



Quay of the Grands Augustins



Place de la Concorde


Kali ni kami berhenti kat Champs elysees. Apa ek buat kat sini????errrmmm hahaha apa lagi kalau tak ada yang nak shopping tu...Dua mamat ni memang ler Hantu Kasut rupannya. Kita pun terbeli jugak la satu. Ingat nak beli dua, tapiiiii yang satu lagi takdelah kat Adidas sini. Hujan dah start turun tau. renyai renyai pun boleh basah jugak la kan. Lepas saja kat Adidas, hehehe...korang tunggu je dulu ek...I nak sopppin dulu...ngeh ngeh ngeh...LV laaa apa lagi makcik ni nak kan?? Best best best....akhirnya dapat gak kenangan satu lagi dari Paris ni. Sempat selfie2 dulu sementara tunggu siap pack untuk kita.









Lepas saja settle shopping sikit sikit, memandangkan hujan makin lebat lak ni...kang abis lerrr basah LV ni..kami singgah masuk Showroom Mercedes plak. Ada orang tu bukan main belek sana belek sini. Amboi....Impian dia tu. Alhamdulillah dah dapat pun Impian dia nan satu tu. Lepas hujan mulai ok...kami pun mula mencari bas la untuk balik hotel. Hari makin petang ni, kena balik hotel sebelum maghrib kan, sebab belum solat lagi kami ni.







Waktu malam, kami dah penat. Tak kemana mana pun melainkan pergi makan je kat bawah, kedai sebelah. Tidur dengan lenanya malam ni tauuu....sambil senyum pulak tu....

_________________________________________________________________________________

29 Mei 2016

Hari ni, kami jalan jalan lagi. Plan hari ni nak pergi La Vallee Village tapi memandangkan masih ada yang nak beli kasut lagi ni, kami singgah ke satu tempat yang sebelum ni pun tak pernah sampai kat sini. Kali ni kami naik train saja sebabnya Bas kami hanya ambil package yang 2 hari saja. Puas dah tu kan...dua hari nampak suasan indah Paris City ni. Kali ni bergelap la sikit pandangan ni hehehe. Kami ke De Clignancourt. Kat sini adalah The Most Famous flea market. FUuuuhhh memanglerr ai terpikat gilerssss dengan hiasan kerusi kerusi antiknya....huhuhukkk nak nangis tengok betapa lawanya tau...Hiasan dalaman umah ala France Deco ni...memang semua ada di sini. Dia punya usia perabot? memang lama...kita tak wujud lagi di dunia ini tau. kita ni berkenan sangat ni ambil la gambar situ sana sini buat kenangan kan. Tak dapek beli pun ambil gambar udahlerr... terubat jugak hati ni. Harga satu set sofa tu 10,000 Euro...memang 40k la dalam RM...Ish bang...ini kalau Dato Vida @ Dato Alif ni..mesti bleh beli kan?Perabih kat perabot je? Lupa kan je lah...baik sedekah saja untuk simpanan hari akan datang kita kan....Bak kata kita ni gi cuci cuci mata je la kan...terapi gitu.....betul tak?Siapa setuju angkat tangan!!!!





Suasana kat bahagian dalam...




Macam UFO pulak kan?




Barangan antik.....



Cantik kan sofa kecik ni...cooomeel jeee...




Amacam yang ni pulak? Klasik gitu sofanya...Jatuh Jantung Hatiku lah!!!







 Yang ni pulak? Not Bad hah??...cute sangat..



Yang ni??...arrghhhhh Jatuh cinta pandang pertamalah!!!










Haaaaahahaha...yang ni lagi tak tahan...rasa nak bawak balik terus je la...uwaaa..ini lah set 40k tu...10,000 euro harganyaa...



Gambar ni nampak comot je kan..tapiiii berkenan betul almari color Grey tuuu...waaahhh shabby chic








Selesai cuci cuci mata ni, barulah ada sorang tu beli kasut pulak. ada beli bag. Maklumlah, barang makin banyak, bag ada dua je ni. Ada ke dia gi beli Bag Lembu???opsss Bag dari Kulit Yak....dari Morrocco... Pure gitu...siap ada bau lagi tak hilang lagi bau badan Yak ni tau. Nak buat macam mana....Owner jual Bag ni tersangatlah peramahnyaaa... siap bagi no contact family dia di Morocco lagi. Katanya kalau u datang sana bercuti jangan lupa contact family dia yang ada bisnes turun temurun menghasilkan bag dan hiasan dari Yak ni. So, berkenankan orangnya baik bangat ni, beli jugaklah bag dia kan, murah pulak walaupun dari kulit ori ni...buatan tangan  tu. Tapiiii makkk oii baunya tak tahan la..busuk tau...hihihikkk. Dah bawak balik Malaysia pun tetap ada bau lagi tu...hahahaha....




Lepas saja settle kat sini kami pun makan kat sini juga memandangkan ada restoran Halal ni. Apalagi...diorang ni mana boleh diet2 kan? Halal Restaurant Grill House ni memang pun sedap jugak nasi nya. Dia punya terung tu...memangler sedap....pandainya masak!!!....Hehehe...alhamdulillah dengan rezeki dari-Nya....terkenyang sudaaa kami......







Selepas kekenyangan ni, baru lah kami bertolak ke La Vellee Village. Kali ni tak beli apa sangat, cuma handbag coach untuk kedua Ma dan Mil kita kan. Ada tu abg beli jam untuk dia.....Kat sini murah sikit. Ada diskaun pulak tu.



Kat sini banyak handbag, kasut, jam...apa lagi ek?...semua lah yang branded2 tu...MK ada...Prada...Gucci..coach...Burberry...Adidas...CK....apa lagi ek...banyaklaa...cuma dua brand tu memang tak de kat sini tau...Brand apa?...nak tau??...Ohh nanti next day saya ai cerita kay....

Bila dah pusing pusing..beli apa yang patut...kami pun beredar dari sini...Waktu malamnya kena pack semua bag sebab esok kami akan dijemput ke South France. Prepare satu baju ni untuk dipakai esok..dirasmikan esok......tersimpan je ketat dalam almari...sayang ooo... ada la orang tu belikan dari Korea Butik, di Taiwan...sukaaaa sangat baju ni...macam James Born lak kalau pakai nih..pandainyaa dia pilih....hehehehe...


_________________________________________________________________________________

30 Mei 2016

Malam tadi dah siap packing semua sebab hari ni kami dah kena check out dari hotel ni. semua dah standby kat bawah..Ada pulak orang nak pi lagi tempat semalam? Nak beli apa lagi ni??uwaaaa...Jomlaa..cepat sikit pilih tau..sebabnya kan janji kita nak pergi satu tempat ni...Ai ler nak beli barang ai satu lagi ni...semua dah plan tau...jangan tak sempat pulak...kita last day kat Paris city ni tau....Alhamdulillah..lepas je diorang beli kasut lagi...termasuk la ai pun terbeli juga lagi satu ni. Kami pun makan lagi di restaurant semalam. Bila dah kenyang je.. Ok...u all dua orang ni balik sendiri hotel yek.pandai ke?? sambil kami bagi guideline kena naik stesen mana2..sebab kena ada exchange train..jangan tersalah pulak tau..nanti tak sampai hotel haru jugak tu......kami nak kena cepat ni..nanti Driver Natalie sampai kat Hotel xdelah Ai dapat beli something ni tau....

Hujan pulak tu hari ni...walaupun hujan bleh tahan jugak tu..tapi ia tidak sesekali mematahkan niat dan plan ai ni tau...bila tersesat jalan..kami pulang patah balik...susah nooo nak cari tempat ni tau..aduhaaiii..mintak doa bebanyak semoga berjalan lancar segala2nya. Akhirnyaaaaaa bila dahbanyak kali tanya orang sana sini...tanya kat butik lagi...macam diorang bagi jalan yang salah tau. Tapi akhirnya..dengan kegigihan ni..jumpa gakla butik yang agak tersorok nan satu ni...arrghhh leganyaaa..happynya..Syukur alhamdulillah tau..semua plan berjalan dengan lancar juga kali ini...



Ini lah dia yang dicari carinya...heheh..susah sikit tempat ni..tapi kali ni dah ingat kena lalu mana dan terus je boleh jumpa 'dia'.



Ai diberikan pilihan...errm...tak nak pikir2 lagi..memang dah plan nak apa kali ni...terus confirm je Boybag Caviar terus la..black colour....bukan lambskin...susah nak jaga yg tu...



Menunggu....dengan penuh kesabaran...


Akhirnya dapatlah permata nan satu ni...My baby handbag ni....Settle je kat sini kami terus bergegas balik hotel. Kali ni dah tau jalan...jadi semua lancar la...sempat sampai hotel dan sekejap saja Driver Natalie dah pun sampai...Alhamdulillahhhhhh syukurnyaaaa tak terhingga...

Perjalanan kami ni selama 2 1/2 jam. Akhirnya sampai jugak kat Office Nattalie buat kali keduanya. Masing masing borak masuk bilik meeting..ai ni?hahah dengar gak la...tapi xmasuk kepala pun....hhihihikk bukan bidang kita kan? tulun ambilkan video dan gambar je la. Record apa yang dibincangkan diorang ni. Itu penting sangat..buatnya diorang ni tak ingat step2 penting..susah jugak tu nanti2. Siap semua hal hal kat office ni...kami pun di hantar ke hotel kat sini.....Yipppeiiii..mesti hotel cantik macam tahun lepas kan?

Memandangkan Hotel tahun lepas tu Full... kami di tempatkan di hotel lain pulak kali ni. Yang pastinya...Hotel ni laaagi cantik..Biliknya besaaar bangat...wahhh terasa layanan VVIP pulak laa...Kami semua berehat je sekejap...solat...dan mandi. Lepas saja siap2 kami turun untuk Dinner Time!!!!!






Receptionist ni tersangatla peramah n kelakar...dia la duk depan..bagi dinner kat kami pun dia la jugak..


Starter kami malam ni...depa sume taknak makan ler..katanya montah....hahahah..letak blackpaper...salt siket...sedap eeenggg...




ini yang tengah tu campuran potato..dengan salad apa pun tak tau....tapi memang best lerr




Ini white Fish...errmmm yummmyyy....



ini pun ai suka sangat..tak tau apa ntah ni...nak kata terung bukan pun rasa dia...




Jus Nenas...diorang pun panggilan macam sama kan? ANANAS namanya...




 Menu menu kami ....




Ni pun sedap...salad dia fresh je rasanya..






Apasal muka putih selepuk ni??haisshh macaaaammm...ermmm menakutkan je lah makcik ni..



aaaa...yang ni ok...romantik lorrr ciked..


Kat sini lagi special menu2nya tauuu..dan sangat sedap... Ai suka sangat rasa makanan kat sini...Tapiiiii..hahaha tiga orang xsuka laaa...diorang ada tu yang tak boleh masuk dek tekak mereka....hahaha Salmon pun xnak makan...ayoooo ai la perabihkan hahaha..dia ada potato...kalau letak sikit papper...salt..memang best lerr...tak la tawar pun....nak buek camno...tekak orang johor dua orang dan orang nogori sorang..hahaha..kita je sorang semua on je...semua bleh terima..bak kata kita masuk kandang kambing mesti megembek...masuk kandang lembu meng mbooooohh la pulak kan?hahahahah...saja je..nak ceritakan keadaan kami kat situ masa tu. Dessert dia pun sangat sedap..tapi memandangkan terlalu kenyang yg ni tak boleh perabihla...manis je sikit...Selesai je semua...kami pun masuk la beradu...



Ssshhhh...nak masuk bilik dah ni..nak beradu...jangan bising2 tau...Sini takleh bising2...semua sopannn je...



Inilah biliknya...gambar diambil siang tadi...selesa sangat sangat lah untuk berdua je ni...








Sebelah kiri ada ruang penyimpanan khas untuk baju2...bila keluar je pintu ada bilik air...dah lepas bilik air tu ada pintu untuk keluar pulak...bilik sangat besar...tak reti nak ambil gambar sebenarnya...



Dari balkoni bilik air bleh nampak pemandangan ini...











_________________________________________________________________________________

31 Mei 2016


Pagi keesokannya...wahhh bangun2 je...air disungai besebelahan hotel ni dah naik tinggi...terasa macam banglo kita lak kan?hehehe....Besar...tenang..tak bising bising...memang sangat peacefull berbanding Paris City sana. Bila siap semua kami turun untuk breakfast. Bayangkan!!!! kami makan sambil dengar alunan Klasik France....sangat sangat best suasana kat sini...makanan kami banyak makan buah dan roti saja pagi ni. Ada pelagai jenis cheese kat sini tau. Semua macam cheese peram tu...berkulat2...hahaha kitaorang gelak gak la kan...mana lalu nak makan cheese mcm berkulat tu?eee. macam mana la diorang boleh suka cheese rupa macam tu kan?



laluan untuk pi breakfast..



haaa...tu nampak cheese berkulat tak?...
















Selesai saja sarapan ni...kami ambil gambar situ sana sini..dalam...kat luar...abadikan kenaangan terindah kami kat sini kan...tinggalkan juga note kami..kekekehhhh...saja suka suka....















Dah rasa macam Villa sendiri pulak ni...banyak no ketanya!!!..hahhahah



Haiiii..inilah rumah kami...jemput ya datang nanti.... errmmmm...




Bahagian belakang....






Lepas saja sessi bergambar kat luar...kami posing dalam pulak la...ai ler terlebih lebih...yang lain   duduk sambil..borak2 jer....


Amboiiiii action je lebih...


















Tetiba....alunan klasik France ni mengingatkan ai pada Aria n Jason...sebab lagu inilah yang menakutkan Aria...huhuhukkk sungguh indah je cerita tu...membayangkan ai ni Aria je ada kat sini bersama klasik Francenya...eceehhh eceehhh...Berangan tak sudah aje makcik nan satu ni tau...kalau bab berangan tu memang tak hingat apa dah tu...hahahah saja je merapu sikit...yang penting...anda bacalah buku Mesej ni.....Jatuh cinta oooooo....

Ok..stop stop...abisla berkhayall...kenyataan dah ni oo Aria...Oppsss Aiza lerrr...eehhh salah nama pulak laa.......tiba tiba...Heeiii Aria...buat apa u kat sini?...arghhhh...terpinga pinga pulak ai ketika itu...Macam mana Jason boleh kenal ai pulak ni?...Actually ai tak cakap pada dia nak datang sini pun..tiba tiba lagi...Helloooo!!!! Cik Kak....Ni ha ...Natalie dah sampai oooo..jom pergi...aarrrhhh tegendala ai dari lamunan nih....lama sangat Natalie nak sampai ni..whyyy????

OOooo,...patutlaaa...area sini..semuaaaaa banyak jalan ditutup tau...banjir....rupanya dioarang kat sini first time rasai banjir macam ni. Heheheh..kita dah biasa...umah kg Ma selalu la sangat masuk air banjir ni kan. Tapi orang kat sini macam berpusu2 jalan nak tengok air makin naik ni..ada yang dah kena pindah sebab umah habis ditenggelami air sampai bumbung airnya. Mana tak kena air? Umah betul2 tepi sungai...Kesiannyaaa....Hujan lebat sangat n kalau slow pun hujan tak berhenti tau kat sini. Patutla banjir. Banyak jalan ditutup...











Banyak juga Natalie cari jalan alternatif...lastnya sampai jugak kami kat office ni....So kena masuk meeting cepat cepat sebab nak abiskan training kat sini. Petang kami dah nak kena balik ke Paris City dah.

Bersambunggggg......

Ok...bersambung kita kembali...kena update cepat cepat..sebab kita ada next destination lagi pada tahun ini..yeeehaaaaa... #adventuretime kami lagi sekali nanti....fuuuhhhh...berdebar menanti ni. Okeh....lets focus pada Paris ni dulu. Training Hari kedua ni berjalan lancar..tepat2 waktu tengahari Semua sudah faham Dan habis. Kami dibawa untuk lunch Ke satu restoran. Boleh dikatakan restoran2 Kat sini decorasi nya Semua lawa2 belaka. Susun atur kerusi Meja..hiasan2 dalaman restoran Semua memangla identiti France gitu tau.

















Terpikat Sungguh la Kita ni..sempat jugak ambil gambar sikit2. Hidangan hari ni pun memang sangat sangat tidak mengecewakan. Fish bersama potato ni..perrghhh sedapnyaaa..nampak macam sikit Je, Tapi....sangatlah mengenyangkan. Pasta ..dessert Dia..ermmm yummy n wallaaah gitu...rasa Dia light2 Je Tapi terasa semuanya memang sedaplah.....mcm Tu la nak mengambarkan bagaimana kesedapan hidangan orang Kat sini. Mungkin herba2 asli France ni menyebabkan kesedapannya memang memukau ...ceeewaaahh..cukuplaa Tu memuji2 makcik!!!Hahaha..xdelaaa orang nak Cakap benda yang betul...supaya Bila orang baca tu Dia tau apa yang Kita rasa ketika Tu...haaaa gitulaaa.




Sambil borak2 lagi...Lepas Semua makanan rasanya Dah turun Ke perut...😁😁😁 Kami pun. Beredar Dari Restoran ni...Alhamdulillah Rezeki Hari Ini Kan...





Kami dah pun habis lunch...




Sekitar suasana kat sini...lengang je..tenang gitu...semua bangunan pun warna yang sama...tak boleh diwarnakan dengan warna warni...


Sesampai Kat Office..diorang bagi souvenir dan  abadikan gambar bersama sijil diorang dapat ni...Sekejap saja driver Dah sampai Dan Kami pun akan Ke Paris city semula...Babai..moga Kami Akan datang lagi Ke sini... sedihnyaa nak balik dah dari sini. 

Waktu perjalanan dari Paris City ke sini, kami melalui jalan highway. Tapi perjalanan balik kami kali ini banyak jalan ditutup termasuk highway. Driver ni mengambil jalan dalam iaitu melalui kampung kampung. Kat sini rumah pun kecil kecil saja dan kebanyakan dibelakang rumah mereka adanya batas tanaman sayuran.

Jalan dalam ini melalui kawasan pertanian yang sangat luas. Saya agak ladang ladang la. Nampak tanaman macam padi, tapi rasanya semua ni tanaman gandum. Ada juga tanaman salad macam yang kami makan kat hotel hari itu iaitu Spanich (betul ke ejaan ni??)hahahaha...Terdapatnya kincir angin yang besar besar dan banyak di kiri kanan laluan kami ini.

Terdapat juga banyak kilang di sepanjang jalan kami. Lori lori kontena banyak tersadai di tepi jalan memandangkan mereka tak dapat lalu disebabkan banjir. Ada jugak tu kilang yang sekitarnya dipenuhi air banjir.  Terdapat jugak sepanjang jalan ini Showroom kereta kereta seperti Toyota, Audi, Yamaha, Renault dan Citroen.

Perjalanan yang jauh ini memang ada stesen stesen minyak seperti Esso tau, tapi.....kalau kita singgah untuk buang air kecil semata mata, memang diorang tak benarkan tau. So standby botol2 untuk kaum adam yek!!!! hahahahha....Ini jalan dalam tau. Tetapi berlainan stesen minyak di Highway , bilik airnya boleh digunakan oleh orang awam sebab ia seperti jugak RNR kita. Malam tadi kami tengok berita tv kat hotel pun memang banyak tempat tempat di France ni banjir. Tapi alhamdulillah...ada jugak jalan dalam macam ni yang masih belum ditenggelami air.

Dari pemerhatian ai la...sepanjang jalan ni kan....kebanyakan orang kat sini suka pakai Peugeot, Citroen dan Renault sahaja. Mostly memang kiri kanan jalan hanya kereta kereta ini saja yang orang France ni pakai. Jarang la nak nampak pakai Mers ke...Audi ke...toyota ada tapi siiiikit sangat. Kereta diorang pun penuh dengan debu2 tau...takdelahh yang berkilat macam orang KL kita. Semua  suka Makeupkan kereta masing2. Tapi kat sini nampaknya memakai kereta ni hanya untuk keperluan seharian mereka.....

Malaysia pulak,..kebanyakan rakyat pakai Proton kan...Perodua. Tapi....kat negara kita banyak jugak keta2 import kan???..errmmm....tak perrla... apa2 je laa...uiiiihhhh banyaknya berceloteh pasal perjalanan kali ni. Boring ek???hahahaha

Seterusnya sampai saja kat Paris ni...Kereta kami betul betul berhenti di hotel kami baru ni. Dua orang yang kami bawa ni akan balik ke Malaysia esoknya. Jadi mereka akan bermalam kat sini dulu. Banyak kali kami pesan supaya naik train betul betul tau...pastikan exchange train tu stesen yang betul...huhuhukkk jangan tersalah pulak, kang jadi haru tu...tak sampai airport...takdela korang balik Malaysia nanti...sebab kami dah tak ada kat Paris ni esok yek....

Hahaha..risau jugak la kan...mana taknya...hari ni kedengaran ada mogok pulak tu kat Paris ni. Okeh...seterusnya...kami ke mana ek?????

Hehehehe...Next destination kami adalah yang betul betul percutian di tempat yang belum pernah kami sampai lagi. Iaitu????...ok..bercerita dulu kes mogok tadi, kami kena naik train yang sama untuk ke airport CDG jugak. So...kami sampai saja train sepatutnya naik xjalan tau....ada la sorang tu bahasa Francenya macam meminta naik train lain sebab train yang sepatutnya kami naik ni tak beroperasi. Isssh masa ni risau gak...alamak..janganla kita lambat sampai ke sstesen bas malam ni..kang kena tinggal laaa...

Kami pun tanya kat kaunter...ok, kena naik train di tingkat atas untuk ke stesen Bas tu. Terus dalam train ni kami ingatkan diorang supaya change train...jangan naik yang kita biasa naik tu tau....Alhamdulillah...diorang pun memang berjaya sampai dengan selamat pun keesokannya kat Airport....

Seterusnya sambung kisah kami ni.....kat stesen bas kami sampai ni memang Hujan lebat juga. KAmi sampai memang awal. Sempatla beli roti dan makan dulu. Hari dahmakin gelap....makin lama makin ramai yang sampai. Ramaaai rupanya orang naik bas ni kan abg??..Siap kami banyak berkenalan dengan diorang sementara menunggu bas sampai. Ada sepasang suami isteri dari Filipina, bawa ibunya naik kerusi roda, ada student n uncle dia banyak betul diorang borak kan...abg pulak bukan main peramahnya lah....lamaaaa jugak..baru la bas pun sampai. Alhamdulillah...lancar perjalanan kami kali ini.

 Perjalanan bas ni lama jugak. Sebab Pagi subuh baru la kami sampai di sini....


Alhamdulillah...akhirnya jejak kaki juga ai ni kat Amsterdam...yeaaaayyy hahahah...Okay..seterusnya next cerita adalah pasal percutian kami kat sini pulak...AMSTERDAM... I AM HERE!!!!!!



No comments:

Post a Comment