My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, September 8, 2016

Cuti hujung Minggu Felda Residence Hot Spring

SALAM KEMBALI...

Kikikikihh..Dah lama tak cuci umah ni...dahla trip Pergi Paris Dan Amsterdam sebelum puasa baru ni  tak update2 pun lagi..tapi takper..kita tulis cuti cuti Malaysia kita ni dulu.

Biasanya hujung minggu memang Kami Akan jalan2...dekat Ada Jauh sikit2 pun Ada...Kali ni Big Boss kata..minggu ni off Dari Buat course...jom kita pergi bercuti!...😱😱😍😍 Girang gumbira jugakla cik kan kita ni Kan...sebabnya seminggu Dia tinggalkan kita urus anak2 sorg2...antar ambik sekolah...makan minum...umah lagi..memang pening jugakla hakak ni tau...cewah...Bila masa lak bahasa diri Hakak ni?kikikih..maklumla Dah bulan ni genap umur keeeeπŸ€”πŸ€”πŸ€”???Dah tua lak Dah rasanya kita lah....

Opss berbalik kepada soalan cepu mas tadi Tu....Jom pi jalan bercuti...alaaahhh kita jawab apa?alaaa takyahlaa simpan Je duit Tu ...Tapi..dalam hati ni xtau nak ckp apa..terlonjak2 gumbira..sebab pening dengar diorg duk dlm umah ni nangis la..gaduhla...mcm2 lah...akhirnya kita google2 mana la tempat Kat Malaysia ni kita xpi lagi?Semuaaa Dah pergi tau..asyik2 ajak Cameron..berapa banyak daaa Cameron pergi..Dah hafal Dah semua tempat Dia...Dari utara Ke Selatan...Dari Sabah Ke Sarawak..semua Dah Pi...

Jadi mlm Tu Kami google2 mana lagi tempat menarik...akhirnya jumpa la satu tempat...okla..Abg kata..hutan ni tau?Betul Ke nak pergi?Alaaa xperla kita Dah duk bandar Kan..kita Pi Jalan hutan2 la pulak...terus booking terus esok2 pagi beg semua Dah packing...

Pagi Kami kejutkan anak2 sarapan Dan meneruskan perjalanan. Diorang ni semua bab kata nak tido hotel...bukan main lagi laaaju Je bangun..bab kata nak mandi manda Tu siap set sendiri jam Tu..fuuhh..senang la kerja mama Dia ni..kalau mama kejut gi sekolah bukan maaaain liat tau..kalau papa Dia kejut...Pap!!! Terus Je bangun automatik!perrghhh 😁

Ok..Perjalanan ambil masa dalam 2jam saja...Dari pukul 10lebih Dah sampai 12.30 tengahari...Kami terus register..Dan pergi Cari makan tengahari dulu sebelum check in...


Lepas saja kami check in...relax sekejap, menanti suasana kat luar tu tak panas sangat baru lah kami akan keluar mandi manda. Taaapi, tengok2 anak anak kecil ni dah siap lepak kat kolam dalam umah ni. Hot spring lagi lak tu...uuiihhh panas tak tu? siap dah nak tukar baju mandi ni. heheh dan berendam lah meka meka ni...bila test suam2 jugak la...xsabar sabar lah diorang ni nak mandi. Sebenarnya kolam air panas ni memang ada di setiap villa kat sini. Kawasan pun Luas.. rumah selesa dan besar. Kalau nak datang dengan family ramai2 pun ok jugakla. Cuma, bilik satu saja ni. Bilik air pun satu je, tapi hall nya sangat besar juga ruang dapurnya besar jugak. Kalau ada nak masak2 tu periuk senduk bawa ya..itu semua villa yang kami sewa ni memang tak ada pun. Pinggan, sudu cawan je ada sikit.













Lepas saja kami solat dan nampak suasana luar pun dah redup je, baru la kami keluar. Nanti sy bagitau sewa villa ni dan kos untuk mandi manda tu semua ya. Kalau nak mandi manda saja pun boleh tanpa menginap kat sini. Ok...kami berjalan kaki saja keluar ..tak ada lah jauh sangat pun ...ramai jugak la orang. Tapi tak la seramai dan sesesak seperti Sunway Lagoon @ yang kat melaka tu kan..@ Desa Water Park yang kat kl nun....





Budak kecik ni yang berani naik gelongsor yang perempuan...tiba yang lelaki ni..huuuuh...semua penakutlah..sama lak tu macam mama nya...hihihihikk...nak turun tu bukan main berfikir panjang...budak2 kecik lain naik turun naik turun berapa kali dah gelongsor tu...kita baru sekali..kikiki..seronok jugaklaa..tapi sebenarnya gayat n takut air tu tenggelamkan kita...maklumlah xpandai berenang kan..yang sebenarnya air tu bukan dalam pun, sebab untuk kanak2 je yang ni..Bezanya kat sunway Lagoon n melaka sana ada pelampung kalau kita turun kan? Takla takut pun...yang ni xde..tu yang takut ni..hehehe.





Lepas saja kami mandi kat sini..rasanya tangan pun kecut dah...kami jalan jalan ke air panas pulak. Kali ni untuk rendam kaki saja tau...Kat sini disediakan telur2 satu satu mangkuk. kalau nak makan bolehla beli..satu mangkuk tu ada disediakan kicap sekali. Rendam dalam air panas tu dalam 3 minit akan masak separuhla telur2 ni...eermmm nyuuum nyuum sangat ler sedap dimakan bersama kicap!!! sambil buat rendaman kaki ni kan.. ada kolam yang panas sgt2..dan satu lagi hanya suam2 saja..boleh la lelama sikit nak berendam kaki tu ya.


















Selepas kekenyangan ngan telur semangkuk tu...kami jejalan lagi ke Kolam air panas yang besar pulak...kali ni kami berendam satu badan pulak...perrrghh tenang je badan ni bila berendam air panas ni....besstnyaa...sambil ambik gambar sana sini sinun sikit2.













Selepas puas...dah kecut pun jari jemari ni, kami pun beransur balik bilik lah...dah penat semuanya nampak....lepas mandi...bilas2 relax jap sambil nengok tv..Aiikk? diorng pi berendam kolam air panas kat umah ni pulak???Tapi...uiiih mama...panas laaa...makin panas pulak air ni..tengahari tadi tak panas sangat....oo rupa2nya tengahri tadi suam2 je...makin ke petang n malam dia makin panas air kolam yang kat villa ni....oklaa.xyah la mandi...pi mandi jakuzi lak dalam bilik air ni ya...hihihikkk..apa laagi...bab main2 no satu lah diorg ni tau!...Layan je ler ya....hari diorang ni..asal jangan kacau mama sudah la.


Bila dah malam..sunyyyii je..bunyi burung2..maklumla..dalam pun hutan kan...kami keluar jam 9 malam untuk cari makan. Kat luar kg ni pun Felda ni tak banyak kedai makan bukak tau...satu je yang ada goreng gorengan...bila keluar tu sebelah kanan ke dalam sikit je...kalau straight je ada kedai makan jugak sebelah kanan tapi dia hanya jual burger..mee sup mee Kari ...haaa menu dah ready made gitu je tau...tapi yang kami makan nasi goreng tu Owner pun cakap..kami ni jual nasik2 goreng kg je...alaaaa kg je kan...air pun xde macam2..kami kata xperlaaa..asal boleh makan...yang penting nasi goreng kg dan nasi goreng biasa dia pun dah ccuuuukup sedap tau....Jadi yang rasa nak masak sendiri kat villa tu prepare je la ya apa2 yang nak masak tu...lagi lagi kalau pergi satu family yang besar...masak berjemaah ni pun lagi seronok tau!. Buat pulak BBQ malam2...sambil makan2..dengar kicauan burung2 waktu malam...sambil lak tu berendam di kolam air panas...memang syioklaaa tau!...

okla...Dah malam kami pun beradu yeee..GooD Night!!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi esoknya...Tadaaaa...wahhh seronok je pagi2 udara sejuk...nyaman....tenang....pokok2 yang redup....Indah nya suasana begini....kejutkan anak2 untuk sarapan...U all jangan mandi dulu la...lambat..kami dah mandi leerr...Jom Pi sarapan dulu...bila Sarapan..ooh ya..Nasi Lemak dia very very The Best la...Menu boleh tahan la semuanya....memang tak mengecewakan....Lepas saja abis sarapan...kami Lepak2 lagi kat umah..Sambil layan Tv..Lama betul xmelayan Tv ni tau..drama2 kat tv pun dah tak tau apa sekarang..kami layan Ustaz Korea Jiran sebelah?Rasanya macam tu lah ceritanya..Best jugak ek? Kisah budak2 jugakla hehehe..Teringat masa zaman sekolah2 dulu pulak..hahahaha...Kami Layan drama ni sambil yang kecik bertiga tu pergi berendam lagi kat kolam air panas di luar...haissshh berendam la u all sampai kecut,....Abis je Drama ni baru lah kami keluar..ngam ngam pulak tu pukul 12 tengahari...oklah...Selamat Tinggal Villa 3..nanti lain kali kami datang lagi yek!!!....





Bila kami checkout...anak2 dah pun standby dengan baju mandi semua. kami dah tak nak la mandi...malas dah nak tukar2 baju kat toilet nanti....Sampai pukul 2 petang jugak la mandi ni..dah rentung nampak masing2..ayoooo..pekena sat Ais Krim ni..lepas tu bersiap2 Mandi untuk balik...sebenarnya sekali bayar semalam,  hari ni pun boleh mandi sampai pukul 7....Tapi tak per...dah puas kan? So balik je la...esok dah sekolah....





Balik2 je...sampai kl kami pekena Ayam Golek Nara...sekarang ni nama dia Ayam Golek 5 Bintang...Omputih pun datang beli satu Mpv gi beli Ayam ni...Hahaha mesti dia sukakan Rasa ayam Special ni kan....





Oklah Habis entry Jenjalan Cuti Cuti Malaysia kami kali ini..Cuti Cuti Weekend kami...Next kena start Balik story..kenangan2 kami ke Sabah, Paris ..n Amsterdam yang Tergendala tu....

Daaaaaa!!!

No comments:

Post a Comment