My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, September 3, 2016

Bercuti Ke Sabah Cuti cuti Malaysia lagi..

Assalamualaikum..kali ni entry pasal percutian Kami ke Sabah..(Cerita cuti sekolah kami) Lama dah ni iaitu bertolak ke sini pada 14 March 2016. Cuti cuti Malaysia kali ni bermakna lengkaplah 14 negeri dalam Malaysia dilawati..kalau ikutkan dah sampai Sabah ni..tapi itu zaman kecil kecilan lagi..masih tak mengerti apa2...ini gambar kenangan Kami dulu2..

Gambar bersama arwah abah Kami yang handsome dan ma Kami yang bergaya ini.

Alhamdulillah kali berkesempatan datang sini sebab time cuti sekolah Kan..bolehla anak anak yg super duper aktif ni jenjalan sekali. Jauh sikit kali ni cuti cuti Malaysia Kami.


Yaya a.k.a Mieya happynya dia nak bercuti ek...jangan rengek2 tau!

Bayangkan..Kami dah bagi makan sekenyang kenyangnya semua sebelum naik flight..makan nasi...dengan ayamnya lagi..semua licin pulak tu..tapiiii dalam flight..uiihh xduk diam jugaklaa..lebih baik bawa baby..sekurang2nya bila merengek bagi saja susu diam saja. Ini????..perrghhh..boleh seberang kerusi belakang ke depan dengan panjat je?Nasib baik mulut diam..

Ingatkan dengan makan yang banyak tadi diorang akan tertidur..itu lah harapan Kami sebenarnya..tapi meleset saja..hehehehe

Alihkan pandangan mereka pada buku2 pulak..gambar kartun2...ok jugaklaa sekejap Kan..Maklumlah mereka ni kalau Bertiga meeemang tak boleh dah nak galant kalau start main main..meeemang tak ingat dunia nya pesan..uih bersabarlah wahai mama!!!

Tahan punya tahan..supaya jangan gerak2 ke mana2 dalam flight tu, maka akhirnya sampai juga Kami di Sabah..fuuuhh..betapa leganya Kami masa tu..Kakak dia yang sulong memang dah senang bawa berjalan..Sebab dah boleh berfikir..faham..dan yang penting dah besar.

Ini..kalau lelaki..umur 8 tahun pun masih macam 5 tahun...kalau tak bawa adik2nya dia dengan kakak saja pandai pulak boleh duduk diam saja..bila bawa adik sekali...uiihh, dia pun jadi kecik balik dah..hehehe..macam macam la ragam anak2 Kan..siapa yang Ada anak anak faham la rasanya macam mana...Ada kelebihan dan mestilah Ada juga yang boleh menguji kesabaran kita ni sebagai ibu dan bapa.

Sampai saja airport Sabah KK ni dah gelap..maghrib kereta sewa Kami pun dah sampai. Dapat saja kereta Kami terus Cari makan dulu Dan baru lah check in di Hotel.


Lepas kekenyangan kami pun tidor...hotel ni bukan kami book pun...main terjah saja...sebab Cik abg kita kata kat KK ni xper..banyak hotel2.


_________________________________________________________________________________

Keesokan harinya tanpa planning apa2, selepas saja breakfast kami cari tiket untuk ke Pulau Manukan. Kat sana nanti bolehla anak mandi manda. Orang kata kat sini pulau2nya cantik kan.



Nak beli tiket kat sini senang je...banyak pilihan. Walaupun time cuti sekolah tapi orang macam tak seramai kalau kita nak pergi ke langkawi atau Pulau Pangkor.

Selepas saja kami beli tiket sekejap saja, boat pun dah sampai. weeeheee girang gumbira la bebudak ni bila nampak laut. Ish ish ish..macam tak pernah jumpa air pulak diorang ni tau. Pulau Manukan pulau last sekali sebelum itu boat kami menurunkan penumpang yang nak ke Pulau SaPi.




Kat sini rasa macam biasaaaa jer?hahahah sebab kita dah terbiasa dengan Laut..pantai...almaklumlah kampung kita kan Terengganu, terkenal dengan bandar pesisir pantai pun.




Kami mandi manda dan snockling juga. Jujurnya saya cakap...biasa saja kat sini. Rasanya lebih best snockling di Pulau Tioman laaa...


Ni gambar snockling hasil bantuan seorang rakan kat situ...hihihi..thankss natrazaini!! Lepas ni memangla nak kena beli camera water proof ye dok?Baru bleh bergambar sakan dengan fish. Tapi kat sini tak banyak sangat ikan...tak menarik mana nak snockling..better pi Tioman, Perhentian atau Redang ye!

Dah nak ke petang kami pun berangkat balik. Semua pun dah mula nak balik.muka masing masing memang ler rentung daaa...

Dah balik ni kami pun cari makan, sebabmasing masing kelaparan nampaknya + keletihan. Lepas saja makan kami ke tapak set up Laundry shop. Sebenarnya kami ni sambil menyelam minum air kat KK ni. Sambil Abg buat kerja kami jalan jalan la sebab dah pun cuti sekolah kan. Kesiaaaan budak2 kecik ni kalau tak dibawa jenjalan. Big boss jenguk jenguk apa yang dah siap, sambil basuh baju kami yang basah2 tu, kami ngan anak anak kecil ni minum petang kat kedai makan sebelah. Settle semua baju pun dah kering barulah kami balik hotel semalam lagi. Kami book untuk 2 malam kat situ, betul betul tengah town KK hotel ni.


Goodnight....ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz

_________________________________________________________________________________


Keesokan harinya, Hari ni kami jalan jalan kat pasar di KK ni...beli sikit2 apa yang patut jer dulu, seperti T shirt batik kat sana dan sedikit aksesori mutiara. Sekali lagi ke tapak kerja tengok apa yang dah siap..sambil borak borak dengan owner Laundry tu, dia recommend kami duduk dihotel lain pulak, Kali ni memangla lagi seronok kanak kanak girang ni tau. Kami check in tengahari ni kat Magellan Sutera Beach Resort, Sutera Harbour KK.



Kanak kanak keriangan. Yang best tu besar dan sangatlah selesa untuk kami berenam. Diorang ni suka sebab ada swimming pool lagi..haaayyyaaa mandi manda laaaagii...errrmmm layan jer laa..hari diorang kan.








Tengok tuuu..tak duduk diam ..ikutkan diorang nak terus mandi tu. Nanti dulu,kita kena makan kenyang2 dulu barulaa bleh mandi ok!..Haru biru la korang ni tau...actually...errmmm mama dia pun seronok sama sebab..fuuuhh cantiknya pemandangan dari hotel ni tau...errrmmsemuanya dah ambil gambar macam2 situ sana sini lagi...tapi apakan daya hp lama tu masih belum2 dijumpai...agaknya2nya mana ek dia bersembunyi? huhuhukk sayang ooo dapat hadiah dari Jakel lagi tu. Samsung ni kan, Pandai pulak la dia merajuk sejak mama dah dapat baby Iphone baru ni tau..plssss come back to me!!! Tetap syg u tau Samsung..banyaknya khazanah dalam tu tak sempat di transfer ke Laptop lagi...(ooh dah tahap merapu la pulak ni).

Sementara kami kat hotel, Abg ke Tapak kerja dia yang masih tak siap siap lagi tu. Lambat betul siap kali ni kat sini. Selalunya 3 hari dah boleh siap pun. Biasala..pekerja ni kalau Big Boss tak tengok kan?kena faham2 laa...Diorang pun dah pergi dulu ke gunung kinabalu sebelum kami sampai.

Oklah...tak payah bercerita tentang orang lain...ok mama pun melayan la si anak anak kecik ni. Mandi manda sampai kecut gitu. Best betul swimming pool kat sini tau..privacy...tenang..tak de hiruk pikuk...memang syoook sgt tau...syukur alhamdulillah....:-)

Lepas saja dah nak senja, kami pun dah beransur naik untuk makan malam pulak. Banyak pilihan makanan kat  sini. Bila semua anak kekenyangan, kami bawak satu ruang mainan pulak playground dalam ni, khas untuk kanak kanak. Bila mata pun lali je...ajak diorg dah la tu..jom kita balik bilik pulak. Tidur ditempat yang indah kata Ashim...pandai dia..asal hotel je suka sangat...hihihik...tak padan kecik la.

_________________________________________________________________________________

17 Mac 2016

Keesokan pagi, selepas saja breakfast, kemas apa yang patut, anak anak nak sambung mandi pool...layan diorang je sekejap...dan pukul 11 lebih kami standby untuk check out pulak....Rindunya kami kat sini lagi nanti....

Hari ni, kami dah tak duduk KK lagi...kami zuupp ke Kundasang pulak. dah sampai kk kan...mestilah nak tengok The Real Gunung Kinabalu kan. Jauh jugak la nak ke sampai sini. Mungkin tak biasa kat sini. Orang kata Kundasang Sejuk? Errmm tak sejuk pun...Panaih laaa...hihihik kami berhenti kat Pekan Kundasang, pekena sayap Manok dulu yang Femes kat sini kan. Perrrhhh memang terbaiklah sayap Manok kat sini. Memang tak sama dengan chicken wing kat kl nun tau. Sos dia...memang TERBAIK...sehingga menjilat jari gitu...sehingga Ashim Zharfan menjilat pipi2 yang berjelumuih ngan sos2 dia...hihihikk...memang patut cuba pekena Sayap Manok kat sini a.k.a Chicken wing!


Sampai saja kat Kundasang, bila dah kenyang semua, kami jalan ke Farm. Kat situ banyak ternakan lembu untuk penghasilan susu. Orang ata jugak ala2 New Zealand?Hahahaha...rasanya tak sama kot...hihihikk...memangla tak sama langsung. ada pagar...dan lembu2nya di dalam sana sambil memakan rumput2. Ok la..menarik jugak sebab susu fresh kat sini sangat sangat THe Best gitu. Orang yang tak suka susu pun boleh minum...Cik abe kita tu. Ada perisa strawberry, coklat, vanila...dan macam macam jugakla. Sampai stock susu kotak pun nampak licin kena ngap semua. Fuuhh dasyatnya...permintaan melebihi pengeluaran dah ni. Kena pertingkatkan production dah nampaknya kan.


Nampaknya semua memerhatikan Big Daddy nya makan dadih..kita tengok dia akan uwek tak....hahaha nampak gayanya berjalan dengan lancar Dadih itu ke dalam perut..kikikih...




Suasana kat sini sebenarnya panas tau...perit je rasa kulit kami masa ni..tengok tu rupa orang berkerut panas...hahaha..kita bergambar hipokrit la sikit kan..senyum2 cheeese sebentar...




Kami ambil jugakla gambar situ sana sini...Abg kata...buat happe duk ambik gambar lembu lembu je pun kat sini...alaaaa mentang mentang ler dah pergi Swiss..pemandangan cantik2 memukau..superbooom lagi..xkanla xnak ambil dan bergambar kat tanah air sendiri kot? Jomlaa ambil kenangan jeee..susoh no nak bergambar...

Lastnya terhasil laaa gambar gambar kami kat sini.


Ala ala NZ orang kata?errrm...xsama laaa..bila dah sampai sendiri kat sini...boleh alami sendiri ya. Satu pengalaman baru bagi kanak2 girang ini!



Berhenti jap abg..nak ambil gambar..."Ishhh buat happe ambik gambar lalang tuuh"....hahahaha..xperlerrr nak bergambar ngan lalang pun lalang laahh...




Kundasang....Sabah

Ok..Dah penat berjalan kat sini, kebetulan ada macam pasar malam. Kami beli makanan sikit dan terus mencari hotel. Kami biasalah, memang tak book dulu.(AMARAN!!! sila jangan ikuti cara kami) sebab kami sempoi dan suka redah meredah jer. Cari punya cari, hotel full...satu lagi...Full jugak..aa''aah..cuak ker?hehehe taklaa banyak lagi hotel hotel lain. Satu lagi kami cari yang atas bukit sikit. Dekat dengan TNB...memang banyak bilik lagi...jadi duduk la sini. Sekejap kami lepak..halamak...air slow yang teramat sgt...tetiba Eletrik pulak blackout?iihh camner ni? Abg kata mana bleh jadi ni....macam mana kami nak duduk?Kepanasan? Air pun nak u uk pun xleh cebok dengan air macam ni tau...Last lastnya abg cakap ngan pekrja situ mintak refund balik. Kami nak keluar...

Tapi kan..Pekerja tu kata bos tak kasih..dia bagi half saja...Aikk?kami tak duduk lagi...baru singgah je...angin betul cik Abe kita time ni...mana bleh macam ni...customer is always right...u kena jaga service..kalau macamni keadaan mana orang boleh tidur...Sebenanya kanak2 ni dah suka la..sebab suasana kat atas bukit ni dah makin sejuk. Sebab dah malam kan. Hari makin gelap, bila dapat duit Half tu kami checkout mencari hotel yang lain lak. 

Lassst sekali lepas 2,3 hotel kami cari, jumpala Hotel ni Mount Kinabalu Haritage Resort and Spa Kundasang. Okla...Ni kira dah tertinggi hotel ni kat sini. Gelap gulita macam ni menakutkan lah tau. hihihik..macam ngeri je nampak..sebab gelaplaa..

Bilik besar..bilik air pun besar. Kami terus lena diulik mimpi. Suasana malam kat Kundasang ni sejuk rupanya. 

Goodnight...ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

_________________________________________________________________________________


Keesokan paginya...fuuhhh nak mandi air punyalah sejuk...heater xde pulak tu...hihihik..apalagi masak air panas sikit tuang...baaaru la boleh mandi....sejuk betul air kat bukit camni kan. ermmm...semualaa terpaksa mama jerang air bagi suam2 kuku sikit air mandian. Lepas saja bersiap semua, kami pun keluar dari hotel....uiihh menarik jugak rupanya...malam2 nampak macam ngeri jerr...sebab terpikirkan mesti hotel ni dilereng2 bukit gunung dan curam...hihihikkkk cantik sangat sebab boleh nampak Gunung kinabalu Dekat2....ada pulak jambatan gantung kat situ...









Merenung dari chalet kayu ke arah Gunung Kinabalu yang berkabus ibarat Salji memutih itu....ceeewaah feelfeelling Swiss kerr cik akak ni...




Lepas menyeberang merenung Sang Gunung Kinabalu...kami merentasi jambatan ni lagi...bukan panjang sangat..tapiii..goyangannya tu...memang la gayat sekali!Penakut betul kawe ni tau...tapi asal nak bergambar..ku gagahi jua semangat biar Kental!

Bersambung esok ya...Panjang pulak nak bercerita tentang Sabah ni...memang menarik tau...ada dua destinasi lagi di Sabah untuk di'story'kan....Daaaa...Goodnite..

_________________________________________________________________________________

Selepas menikmati sambil bergambar dengan keindahan Gunung Kinabalu ni, kami pun beransur ke destinasi seterusnya iaitu ke Garden Raflesia. Kalau datang Sabah rugilah tak dapat tengok Raflesia dari dekat kan. Apa lagi..dengan bantuan En.google abg drive ke Hot spring …………….. Kat sanalah adanya Garden2 Raflesia. Bunga ni memang dijaga rapi. Banyak juga ada yang dekat dan ada yang jauh sikit. Yang jauh tu kena masuk kehutan..redah semak samun dulu. Memandangkan kami bawa anak2, cuaca pun teramat panas, jadi kami pilih di sini saja…iaitu yang paling dekat dengan Hot Spring……..








Sesampai saja..kami park kat dalam ruang parking Hot Spring…kena menapak la sikit untuk ke garden ni…bayar di satu gerai dan ada aunty ni bawa kami masuk ke tempat2 belaan Raflesia ni. Oooo  macam tuuuu…kita ingatkan kan…kalau nak tengok Raflesia ni kena masuuuuk hutan2 dulu baaarulah jumpa…kira ingatkan dia tumbuh semulajadi di dalam hutan. Rupanya dia memang dibela dan dijaga rapi lagi dilindungi dari sinar matahari. Kalau tak dia akan kecut sebab ketahanan dia tak lama…kembangnya bunga ni hanyalah seminggu sahaja dan tak boleh kena panas. Dan lagi satu…bunga Raflesia ni keluar dari akar pokoknya tau….hihihik….pokoknya macam besar juga Nampak…macam tua jerr. Banyak juga bunga yang masih belum kembang…ada 3-4 yang sudah kembang mekar. Cuma kami memang tak boleh dekat sebab ada jaringan…tak dela boleh touch2 kan.













Ok….ini gambar2nya…seronok jugak ya bila dah dapat nengok sendiri dengan mata kepala kita The Real Raflesia ni….yeeeaaa tercapai jugak impian nan satu ni…Sebab selalu tengok ada drama Pekin tu tajuk Raflesia rasanya dulu2. Oklah..tercapai sudah hajat ni….alhamdulillah…Allah melancarkan segala perjalanan kami ke sini.


Ok…Lepas saja dapat beli T shirt Raflesia, magnet fridge dan sedikit souvenir, kami pun beransur dari sini. Sangat panas tau waktu ni. Tersangat panas sampai ada kan notis jangan terdedah dengan kepanasan melampau terlalu lama. Jadi bila masuk kereta...perrghhh cool je aircorn kuat kuat sikit laa.


Perjalanan kami seterusnya adalah ke....sini...waktu pun dah petang, Bila beli tiket kami kena menunggu ramai lagi yang datang termasuk pelancong satu bas.




Kami ke MARI MARI Cultural Village. Popular jugak destinasi ni kepada pelancong yang datang ke Sabah ni, sebab dia punya instagram dan juga Facebook sendiri. Bila tengok banyak program yang dibuat kat sini. Memang menarik cuma sebab dah petang kami sampai, jadi  malam jugak kami kat sini.















 Ada macam macam acara kat sini. rumah rumah tradisional kat Sabah ni. Acara menunjukkan bagaimana membuat arak, cara mengambil madu, cara membuat kuih tradisi sana....ada jugak aktiviti lompatan tertinggi dalam sebuah rumah kat situ. Menarik tu..hihihikk semua melompat2 macam spring saja buluh tu dan siapa tinggi dapat la capai sesuatu kat atas. Acara menyumpit jugak ada. hihihikk masa tu dah start gelap best ler main main saja dalam MARI MARI ni. Cuma semua gambar tak dapat tunjuk memandangkan HP Samsung tu dah hilang melarikan diri tak tau ke mana...  ;-(


Selesai saja kami kat MARI MARI Cultural Village ni maka kami pun balik ke KK semula. Di KK jugaklah kami bermalam.  

No comments:

Post a Comment