My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, September 5, 2009

KOREA MEI 2008

Melancong ke Korea. Memanglah salah satu destinasi Impian Zuhaiza!. Satu ketika dulu kan Korea sangat Popular dengan cerita bersiri iaitu Winter Sonata. Sebelum siri ini memang anggapan kita Korea macam biasa je. Tapi kisah siri ini yang menunjukkan lokasi pengambaran yang cantik cantik menyebabkan ramai yang teringin ke sana kan.

Ok, sebelum ni kami melancong ke Taiwan. Abg memang dah selalu ke sana memandangkan ada rakan niaga di Taiwan. Tapi kali ini kami plan nak ke KOREA pula!...Yeaaahhhh..suka tak terhingga la kita pun kan. Kami ke Matta Fair kat PWTC...cari punya cari jumpa juga la dengan agensi Apple. Asalnya kami akan ke korea ni pada pertengahan bulan 4. Lagilah bersempena birthday boy...oppsss...birthday Man lah...En suami kita...kita bayangkan lah yang indah indah sebabkan time Spring April ni...

Memandangkan ramai yang lain tarik diri dengan macam macam masalah masing masing,maka kami berdua dan sepasang suami isteri je yang betul betul nak pergi. Lagilah kami dah pun bayar full. tension masa itu sebab agensi tak akan pulangkan duit kita. Diorang sebenarnya akan bawa group untuk ke Korea ni..mungkin untuk mendapatkan kos yang paling murah la kan.

Last nya kami berdua ke office agensi tu kat bukit bintang..terjumpa la couple..En.Rashid n wifenya...kami buat kputusan tak apa, kami nak teruskan juga perjalanan, tanpa agensi. Cuma tiket dan tempat penginapan saja agensi sediakan..yang lainnya kami uruskan sendiri..

Maka itu sebablah perjalanan kami ke Korea pada bulan MEI 2008!!

Kami disediakan Apartment yg ada kitchen...senangla nak masak. Lagipun pasar kat Sini senang nak dapatkan seafood fresh ni.


Perjalanan kami yang pertama adalah.......jeng..jeng...jeng..


NAMI ISLAND

Tempat penggambaran Winter Sonata...siri drama Korea paling popular tahun 2003...



Photobucket


Opsss...betul ker 2003?Lupa dah...Tapi..yang Ingatnya..masa zaman bujang dulu..cerita ni cuuuukup popular...memang menjadi pujaan saya la...sebab jalan ceritanya menarik..dan ketika tu tengah bercinta juga...tapii.....dah putus....jadinya..hati ni masa tu sedih macam Choi Jl Woo dalam siri tu juga...huuhuhuhukk...alah..itu kisah lama...cuma..lagu ni la yang bestnya...Cuba hayati ya kawan2...

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Lepas kami penat jalan jalan...kami pun cari makananlah!...Wooww..nasi goreng ni sangat sedap.satu pengalaman yang special gitu. Makan bersila ala2 jepun. Dahla mereka hidangkan kami dengan Kimchi yang saaaaangat lah sedapnya. Sayang pulak tak ambil gambar satu satu proses masak kat atas meja ni.

Mula mula diberinya makan lauk2...iaitu seafood dan sayuran... aik? bila dah memang kenyang..tetiba ada pulak nasiknya...oooo..ingatkan tak ada nasik...oklah..melantak jugakla sampai kenyang betul ni. Mana tak nya, nasi kat sini macam pulut gitu. Memanglah sedap TERBAIK dan kenyang!


Photobucket



FOLK VILLAGE


Photobucket
Photobucket


Jadi Orang Korea kejap ya Kak Long!! Senang bawa dia ni jalan. Tak banyak kerenah..tak nangis nangis.



Di bawah ni adalah laluan ke rumah Joon sang dalam siri Winter Sonata. Siri cerita ni memang popular satu dunia gitu. Bayangkan untuk masuk ke rumah pengambaran cerita ini kena bayar. Tapi kami tak masuk la, hanya tengok dari luar pagar. Lupa pulak nak ambil gambar rumah tu.


Photobucket


EVERLAND


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Duduk kejap sambil bergambar..penat sebenarnya sebab mengandung kan...tapi nasib baik cuaca sejuk...best jer jalan..Dari pakai boot dah pun cari selipar...arrhhh selesanya berjalan. kaki pun tak melecet.


EverLove!!!!




GLOBAL VILLAGE


Photobucket


Salah satu yang menarik dalam Everland ni adalah Global Village...patung dari pelbagai negara yang bergerak2. Malaysia pun ada tau...sayang pulak tak ambil gambar semua.


Photobucket


Berjalan dalam Everland ni sangat penat. Maklumlah kita ni mengandung pulak tu. Cuma tak nak lepaskan peluang jalan dan masuk semua yang ada dalam ni..Rugiii ooo kalau tak masuk. Tengoklah...
Semua patung2 dalam global village ni bergerak2 dengan alunan muzik....best sangat sebab kita berada dalam sampan dan mengelilingi village ni.


No comments:

Post a Comment