My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, August 29, 2009

Ghuangzhao

Ghuangzhao tempat best untuk shopping. Tengoklah, bangunan untuk pelbagai jenis kain...dari sutera untuk tudung, cadar, langsir, sehinggalah....oh...memang banyak...

Kami datang ke sini atas urusan sepupu ajak pergi. Katanya nak pergi sendiri tak biasa lagi. Jadi, Ai dengan abang datang bersama sepupu dan isterinya. Mereka ni punya kedai jual tudung sendiri. Jadi datang ke sini untuk pilih sendiri kain - kain untuk dibuat tudung. Abang memang kenal sorang student dekat sini iaitu Aisyah dan Syikin.

Bila kami sampai saja di Airport, diorang ni lah yang bawa kami menaiki van untuk ke hotel kami menginap. Kalau datang sendiri susah jugak ya, sebab kebanyakan mereka kat sini cakap chinese. Ramai jugak yang tak tahu berbahasa Inggeris ni. Aisyah dan Syikin ni memang pandai berbahasa sini, Maklumlah diorang belajar kat sini. Bawa pelancong dari Malaysia pun sebagai part time saja.

Kami di bawa banyak sangat tempat menarik kat Ghuangzhao ni tau. Semua tempat untuk sesiapa nak berbisnes shopping borong. Ada bahagian handbag, textile, pakaian ready made, kasut kasut...arrgghh banyaklah. Siap Aisyah kata pernah bawa Erra Fazira datang ke sini. Katanya, masa bawa Erra tu kebetulan van tu bocor dan masa tu hujan, menitik saja air hujan tu masuk ke dalam, tapi Erra tak complain langsung...bagus katanya Artis sorang ni, tak kisah pun kami bawa naik van macam ini. Masa tu Erra nak beli barangan kelengkapan kawin...macam tu la lebih kurang apa yang diceritakan pada kami.






Ini lah bangunan yang ada bertingkat tingkat, semua adalah textile yang pelbagai jenis. Banyak tingkat dan banyak kedainya tau...pening nengok kedai mana nak dibeli.



Nasib baik semua urusan Aisyah dan Syikin yang jadi jurucakapnya. Mana tak tawar menawar ke. Kalau pergi sendiri alamat kena kencing sajalah kamu..hahahaha...Menarik tau kat sini kalau sesiapa nak berniaga apa apa yang berkaitan kain ni.

Kami berdua hanya ikut saja. Kami hanya beli kain kain untuk dijadikan baju raya saja masa ini. Beli untuk ma abah, dan mak ayah. Ada pelbagai sutera kat sini. Sutera Italy la, Sutera printed la...cantik cantik sangat tau. Mana lah agaknya gambar gambar yang di ambil masa jalan ke Ghuangzhao ni. 

Kami juga di bawa solat di salah satu kedai kat sini. Main solat di celah celah kain kat sini saja. Bagus sangat student malaysia dua orang ni. Walaupun berjauhan dari ibu ayah, solat masih tak ditinggalkan.

Lagi satu, makan kat sini sedap sedap betul tau. Kat sini lah kami kenal Mee Tarik. Dibuat dari tangan terus direbus dan dimasukan dalam sup atau dibuat mee goreng. Memang fresh la. Semua makanan halal kat sini sedap sedap belaka. Aisyah dan Syikin tahu dekat mana port port makanan sedap ni, jadi kami tak susah dan tak kelaparan la. Satey dia pun sodap tau!!! Cayalah. 

Gambar gambar makanan dan kedai makan kat Ghuangzhao ni semua ada diambil. Cuma tak tahu mana dah save kan gambar tu semua. Kalau ada nanti akan dimasukan kat sini ok!.


Secara keseluruhannya, Ghuangzhao memang sesuai untuk peniaga peniaga membeli secara borong.

No comments:

Post a Comment