My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, August 25, 2009

Cameron 2009

Cuti cuti Malaysia kali ni ke Cameron Highland. Hanya membawa Zharfan saja. Kakaknya berada di kampung bersama nenek. Jadi nampak macam punya anak sorang je la kan..Menarik juga, boleh petik strawberry sendiri di Strawberry Farm.


Tengok tu..syok punya petik dari ladang..fresh gitu...waahhh...geram je nampak merah2.


Haaa...ni..intai je bawah bawah pasu tu, nampak yang merah apa lagi kita pootoong dia!!!.hehehe




Hasil kutipan hari ini....wallahhh...kat Cameron sesudah petik mesti manis...taaapiiii..bila bawa turun je dari Cameron ni..dia jadi masam lak..tak taulah kenapa jadi gitu ek?




Ok...ready to bayar....kita tengok kena berapa. Nak ambik penuh bakul pun boleh je..tapi bayar lebih la yek!!


Alahaiiii...comotnya anak mama ni...selalu panggil dia cantik boy...hehehe sebab selalu je orang tanya..ni perempuan ke lelaki...alahai makcik pakcik inih!!..kalau dah dipakaikan baju pun boy..dah mestinya lah boboy kan?...kalau gegel mestilah dah kita laramkan ngan dress cun melecun tu...




Tengok kepala cantik boy mama kecik sangatlah...lebih besar strawberry tu lagi...opsss...lubang tu lagi..



Mama pun tak nak ketinggalan la...



Ini lah part paling suka sangat kat Cameron ni...kalau jumpa bunga segar ni..gerammm je nak bawa balik umah. Tanam di halaman umah cantik kan...Kalau cuaca sesejuk kat sini sesuai la..bunga pun selalu segar. kalau dah matahari terpacak je..abisla layu jadinya.



Bertiga...opss..lupa dah..siapa yek ambikkan gambar ni?



Sekali lagi minah bunga ni...posing aje...cantiknya bunga ni....




Bunga ni memang ada di Strawberry Farm ini juga. Ada yang untuk hiasan dan ada juga memang untuk dijual.




Selesai sudah kisah di Strawberry Farm ini....kita pusing pusing cari makan dan balik hotel lah pulak..


<

<

<

<

<

<
<


KEESOKAN HARINYA.........



Pusing pusing ke Ladang teh pula. Kat Cameron kalau tak datang sini tak sah la kan. Sebab tak banyak sangat tempat boleh dilawati kat sini. Cantik nampak dari atas susunan pokok teratur je.




Kami turun bawah lak. Panas jugak la cuaca nak tengahari macam ni. Tak perlu bawak baju berlapis2 yek! Cukupla baju biasa je...Cameron tak la sesejuk mana pun.







Ok.. kali ni di Ladang kektus. Ermmm...ladang ke?..ntahla,,tidak sebesar mana pun..tapi, lengguh juga kaki ni tu yang lepak je situ...









Eeeeee..eliiii...saja usik kan Zharfan...tajam tu ya....macam ulat pulak dah.




Lepas saja Kektus Farm tadi, kami ke sini plak. Rose Farm. Banyaaak bunga Rose pelbagai jenis kat sini tertanam. Bila masuk je, bau wangiii dan segar pokok kat sini.








Besar kan!






Ermmm...merahnya dia...rasa nak petik je lah.




Ini cili ya..bukan bunga..kira cili bersama rose di tanam sekali...comel je nampak cili...bulat bulat tul!








Caaak Zharfan...mama disebalik bunga loceng ni laa...tak nampak ke sebesar ini?..huhuhuk





















Kita relax jap yee...kat sini sambil bleh goyang goyang...



Post last kat sini...dah jalan keluar dari Rose Valley ni

No comments:

Post a Comment