My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, April 16, 2019

Restoran mana sesuai Untuk Sambutan Harijadi

Hi....lama tak bersiaran. Tak sempat nak update review tahun lepas lagi. Tapi kali ini Cik Eja tak sabar  nak review yang ni dulu. Al kisahla... hari ini bersempena Birthday Boy kami... banyak sudah google sana sini Untuk celebrate. Tapi disebabkan seorang kawan recommend cafe ini, jadi Cik Eja tanpa ragu-ragu terus confirm tempat ini dan masa sekian-sekian. Sebenarnya sebab nampak Artis pun ada datang sini. Mungkin best ni.

Okeh, ikutkan tak nak review, tapi rasanya kena juga review seikhlas hati. Permulaan bila Wasup memang lambat Untuk reply. Cik Eja tunggu lama juga tau.. tak juga reply2. Jadi Cik Eja wasup lagi sekali barulah ada reply. Kat situ memang dah nampak ‘slow’ nya service. Tapi Cik Eja think positive lagi, mungkin mereka ramai customer ni.

Beberapa hari Cik Eja booking dulu meja dan decor sekali. Maklumlah kita tak nak menunggu lama seperti pernah celebrate Di Laman grill dulu meja selalu full saja. Tibalah masa dan waktu yang dinanti. Kami sampai pun masih ada meja kosong. Cuma Kalau tak booking sekali decor memang meja togel dan kosong saja. Tak sesuai pula nak celebrate  birthday kan. Oklaaa...decor Untuk Birthday pun murah saja Rm80 Untuk 4-6 orang. Cuma Untuk tambahan belon rm5 Untuk satu belon kecil.

Cik Eja tambah belon memandangkan nampak togel dan sikit sangat Kalau 4 saja. Ermm sebenarnya tak seperti jangkaan Cik Eja bila celebrate kat sini. Asalnya ingatkan bila kita sampai saja, dia akan buka lagu Birthday terus dan bawa keluar kek. Barulah semangat  dan surprise. Ini? Fuuuhhh... last bila kami dah siap makan semua..dah lemau kami Kat situ, anak anak pun boring siap sebut-sebut, papa tak ada kek ke? Birthday kek papa Tak Ada ke? Si kecil tanya. Baruuuulaaa lepas tu dikeluarkan kek dan lagu Birthdaynya tu. Alahaaaiii tu pun menunggu lama dan siap makan ni.



Ok lah papa ya...



Apa ya..bab makanan..Kalau Chicken cop nya dari 5 bintang...Cik Eja bagi 1 setengah bintang , itu dah la kami order dua..yang satu lagi bila kami semua dah siap makan baaaaaru sampai..sudahnya bungkus bawa balik je la.

Spaghetti Aglio dia ok la..not bad...dari 5 bintang Cik Eja bagi 3 bintang..ada pedas2 sikit.. dan Spaghetti tomyam / seafood dia pedas dan sedap juga rasa Asian gitu .. 3 1/2 bintang per 5 bintang.
Spaghetti Carbonara pun ok juga 3 1/2 bintang juga Cik Eja bagi. Makanan lain Cik Eja tak tau, Sebab kami cuba yang ini saja.








Presentation setiap menu menarik.


Apa-apa pun .. QNA Cafe ini Cik Eja bagi 3 bintang per 5 bintang. Oklaaa.. tapi nak recommend sangat tak berani, Sebab service dia slow la. Lagipun tak la friendly mana staff nya. Nak tolong ambikkan gambar2 kami ke..memang takde ( melainkan kena suruh nampaknya)

Restoran ni bolehlaa Kalau nak datang lepak-lepak. Nak celebrate ramai2 pun ok jugaklaa. Asalnya Ingat nak recommend kaw kaw pada orang..tapi bila part kami so so je..jadi tak berani..

Out of my expectation, very 😔 !!!

Errkkk... maaf ye ... huhuhuukkk..

Kalau Kat sini best ...nama restaurant nya pun sempena umur ketika itu.

Restaurant best .

Restaurant yang ini pun semua menu memang terbaik!!!

Restaurant best

Ada lagi list yang memang best ..nanti update ok!

2 comments:

  1. Menu yg dihidangkan nampak menarik tapi servis pulak slow.. Boleh buat customer marah tu kene tunggu lama.. Semoga ada perubahan ada cafe itu.. Sebab? LeYa nak pegi rasa nI..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh tq Leya singgah sini..mungkin menu lain sedap? Memang kecewa la semalam..huhuhuk...

      Delete