My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, November 14, 2018

Ketahui 21 Tips Paling Penting Melancong Di Vietnam.

Ok, Ini Cik Eja nak share Info sangat Penting dan Panduan sebelum dan sepanjang berada di Vietnam. Panduan ini banyak berkisar sekitar Ho Chi Minh ya. Pengalaman Cik Eja ke sana seorang diri dan bertemu dengan 3 orang rakan dari alam maya ini. Alhamdulillah, segala galanya berjalan dengan lancar walaupun first time travel dari KLIA sorang sorang. Takut segala macam perasaan ada sebenarnya sebelum ke sana.

Maklumlah, banyak juga terbaca tentang Vietnam sebelum ini yang tidak enak di dengar. Pukul 8.30 pagi boarding time, tepat jam 9 pagi Cik Eja telah bertolak dari KLIA dan selamat sampai di Ho Chi Minh pada pukul 11.20 pagi. Tapi bila sudah selamat sampai di airport sendirian, dekat 2 jam lebih juga Cik Eja menunggu rakan travel (yang tak pernah jumpa pun sebelum ini), Cik Eja duduk di satu sudut tu diam diam. Hihihihikk...nampak penjual kat sana boleh tahan juga promote simcard, pintu keluar pula penuh dengan orang sana.






Cik Eja menunggu betul betul belakang pengawal keselamatan ini

Ok, berbalik bila sampai, Cik Eja tunggu saja di kerusi betul betul tepi guard di situ. Selamat la kiranya kita kan. Dalam perhatian Cik Eja, banyak simcard yang terjual kat sini. Haishhh...hp tak roaming, airport punya wifi ada, tapi rasa nak beli juga la Simcard sini.

1) SIMCARD VIETNAM

Bercerita tentang Simcard sini, banyak ya yang terjual. Dari dalam airport juga ada, tapi sebenarnya lebih mahal sikit. Kalau nak beli, lebih bagus bila sudah keluar. Jualan masih dalam bangunan, tapi di sini lebih banyak pilihan. Cik Eja pilih yang ini, VINAPHONE. Ramai nampaknya pengunjung pergi dapatkan Vinaphone ini berbanding yang lain. Kenapa agaknya ya?

Vinaphone agak murah sedikit berbanding yang lain. Bila Cik Eja pakai sepanjang berada di Vietnam, datanya memang banyak dan tak habis pun walaupun dah nak balik ke Malaysia.




2) PENGGUNAAN MATAWANG

Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia. Elakkan guna mata wang Dong boleh jadi pening bila nak kira. (ikut pendapat masing masing, kalau nak guna pun tak apa). Boleh guna RM @ US dolar. Ini disebabkan, kebanyakkan kedai mempamerkan harga ikut 3 jenis matawang.

3) BEN THANH

Ben Thanh jualan kain dan barangan di sini agak mahal (kalau tidak buat tawar menawar) mungkin disebabkan kawasan ini menjadi tumpuan. Kalau korang tak nak beli, jangan sesekali tanya harga. Sekali dah tanya harga tapi tak beli, nanti kena marah ya. Kalau nak menawar pula, bila penjual tak bagi, acah acah saja untuk balik nanti penjual itu akan bagi harga yang kita nak tadi. Jika datang ke sini waktu pagi iaitu pukul 8, kedai baru saja dibuka biasanya akan dapat harga sangat murah di waktu begini. Bangunan Ben Thanh ini  berdekatan saja dengan pasar malam.


4) CHOH BINH TAYH

Choh Binh Tayh sebenarnya jualan di sini jauh lebih murah dari Ben Thanh. Ia bukan kilang tapi sebenarnya lebih kepada gudang tempat penyimpanan kain yang banyak. Biasanya kain lace 2 meter dalam harga RM25-RM30 sahaja kerana jualan lebih kepada borong. Tapi kalau diikutkan pilihan memang lebih banyak di Ben Thanh. Choh Binh Tayh ini jarak tak adalah jauh mana dengan Ben Thanh iaitu hanya 7km sahaja. Cuma kalau menaiki :

  • Bas dekat 1 jam juga untuk sampai sebab di bandar ini sangat Jem. Tambang bas ke sini adalah VND5k dari station bas di Ben Thanh atau mana-mana station di District 1. Bas akan melalui District 5 dan District 6 dan seterusnya ke Choh Binh Tayh. Bila sampai di last station di Choh Binh Tayh itu, turun dan kena berjalan kaki lagi dalam 5-10 minit barulah sampai ke situ. (Kena hati hati sikit di kawasan ini ya).
  • Kalau menaiki Uber dari Ben Thanh ke Binh Tayh harga dalam Rm10- Rm15 iaitu mengambil masa 20minit untuk sampai.
  • Jika menaiki motor dari Ben Thanh, hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk sampai.

5) PEMAKAIAN BARANG KEMAS

Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual melihat anda memakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.


6) PICKPOCKET

Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang dipindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.


7) ELAKKAN MENAIKI BECA

Elakkan naik beca, selalunya waktu kita naik akan diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringgit. Kami pun lebih suka menaiki Uber saja. Harga lebih tepat dan tidak akan ada charge tambahan.


8) ELAKKAN MENAIKI MOTOR ATAU TEKSI

Elakkan naik motor yang tidak berdaftar kerana cajnya agak mahal. Selain itu, pemandu motor akan bawa motor dicelah kenderaan yang sangat sesak di jalan raya. Pemanduan kenderaan di Bandar Ho Chi Minh ini sangatlah bersimpang siur dan 'Huru-hara' gitu. Dashyat tau, untuk keselamatan, lebih baik mengelak saja ok. Seelok-eloknya juga cuba elakkan dari menaiki teksi. Walaupun teksi di sini memakai meter, tapi biasa juga penumpang dikenakan harga yang sangat tinggi 'kaw kaw gitu harganya. Lebih baik menaiki Uber berbanding teksi. Cik Eja naik Uber saja menggunakan application. Harga pula memang sudah ditetapkan dan kita tidak perlu risau apa apa lagi.


Ini bas kami dari airport untuk ke Ben Thanh. Sebab hotel kami memang berdekatan situ saja. Keadaan Jalan Raya ketika ini sangat jem. Sana sini bunyi hon dan motor mencelah mana-mana saja yang diorang suka. Haissshhh Cik Eja tak boleh memandu kalau macam ni rupa.

9) BERHATI- HATI BILA SHOPPING

Berhati-hati ketika shopping di Pasar Ben Thanh. Selalunya penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.


10) SAIZ PAKAIAN DI VIETNAM

Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk cari yang XXL. Sedangkan nanti dia bagi juga yang XL tadi. Ha, yang ni Cik Eja memang terkena betul. Bayangkan, kita nak beli saiz L, katanya nak pergi ambil yang baru. Dia memang bawakan baju tu lagi, katanya nah ini saiz L. Tanpa membuka dulu dan cek, terus bayar dan balik. Rupa-rupanya memang masih saiz M. Jadi perlu berhati hati ok bila berurusan jual beli di sini.

11) KUALITI JUALAN

Biasa barang yang di display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.


12) ELAKKAN CONVERT DONG KE RM

Semasa membuat pembayaran, cuba elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter penjual. Ini kerana mereka akan caj mahal tanpa kita sedar.


13) HATI-HATI SEBELUM MEMBELI

Hati-hati sebelum beli barangan, sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.” Jadi pastikan betul betul berkenan dan menepati apa yang kita mahukan.

14) ELAKKAN MENCUBA MAKANAN DARI PENJUAL

Bila ada penjual (bukan dari kedai) offer untuk merasa makananya contoh seperti kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.


15) JUALAN AIR DI TEPI JALAN

Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan disebabkan ais di sini sangat bahaya. Kekadang kesannya boleh menyebabkan batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak. Tak semua orang akan alami kesan begini memandangkan antibodi masing masing adalah berbeza. Tapi untuk jaminan kebersihan boleh cuba elakkan dari membeli air dijalanan.


16) TOURS TRIP

Kalau nak join trip jalan-jalan, banyak saja Agensi dari sana. Tapi yang kami guna adalah Bismilah Tours. Kalau ini adalah trip pertama korang, pakai saja agensi ini sebab harganya sangat berpatutan iaitu RM60 sahaja untuk Trip ke Sg. Mekong. Trip ini termasuklah :

- Aktiviti di sg. mekong:
1) naik bot besar pusing pulau
2) naik kereta kuda
3) naik sampan
4) melawat tempat membuat gula2 kelapa
5) shopping madu
6) makan di restoran (halal dan boleh solat di sini)

Biasanya pakej yang disediakan oleh hotel untuk jalan-jalan ke destinasi yang sama adalah lebih mahal.
  • Contohnya Saigon Pink 2 Hotel mengenakan harga RM1100 untuk muslim pakej.
  • Hai Van Hotel mengenakan bayaran untuk ke Sg.Mekong adalah 12USD dan untuk ke Chu Chi Tunnel 7USD + 5USD (entrance fee). Makan belum tentu lagi dengan harga ini. 
**Harga adalah berbeza mengikut tarikh dan tahun yang anda pergi.


BismillahTours ini berdekatan saja dengan hotel hotel sekitar Malaysian street. Makanan halal juga banyak di sini.


17) KENDERAAN DARI AIRPORT

Dari airport bole naik BAS no 152 dan akan berhenti dekat ben than market. Keluar dr airport terus pegi kanan akan nampak bas kaler hijau. Tiket bas murah sahaja iaitu Vnd 5000. Kalau nak naik taxi pun boleh. Naik vinasun insyaallah yang ini ok sikit, tak kena tipu. Yang lain2 takut kena tipu saja ya. Kalau naik teksi, tunjuk saja alamat hotel yang ditulis siap siap sebab pemandu teksi di sini tidak faham dan pandai berbahasa Melayu ataupun Inggeris. Pastikan duit dalam Dong dan cukup cukup untuk tambang teksi.

Pastikan anda dah keluar duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak sampai VND 200,000 lebih kurang RM40. Kalau lebih memang anda dah kena tipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 je untuk persediaan kalau anda ditipu.




18) CARA MEMBORONG DARI VIETNAM

Kaedah hampir sama antara borong dari China atau Vietnam. Tetapi, kalau anda masih belum ada modal untuk menggunakan proses shipping, boleh guna dahulu cara postage.

Untuk pengetahuan, harga beg lagi murah di guangzhou ya. Contohnya,  luggage saiz paling besar dijual RM300 di Vietnam, di Guangzhou hanya boleh dapat dalam +- rm60-rm90 Sahaja. Ikutkan memang lagi murah kalau membeli secara  pukal di China. Sebenarnya, luggage yang djual di vietnam ini kebanyakkannya dari China. Harganya lebih tinggi kerana kenaikan 20-30% disebabkan sudah atas tangan pihak ke 2 iaitu penjual vietnam.


19) MALAYSIAN STREET

Bagi Orang Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh ini, biasanya akan tinggal di hotel sekitar Malaysian Street saja. Di sini makanan halal senang didapati. Dan yang paling penting di sinilah bila waktu malam sangat happening dengan pelbagai jualan. Lagipun, Ben Thanh memang berdekatan sahaja. Selain itu, pasar malam yang adanya pelbagai jualan juga berdekatan dengan Malaysian Street.





20) SAIGON SQUARE

Pasaraya Saigon ini biasanya paling ramai pelancong luar datang. Di sinilah banyaknya terdapat T shirt branded buatan Vietnam. Kualiti sangat cantik. Selain T shirt, kasut, handbag aksesori wanita, pakaian kanak-kanak dan bermacam lagi banyak terjual di sini.


Di hadapan Saigon Square

21) HOSPITAL

Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor sahaja akan di caj sehingga 500 usd! Kalau boleh jaga kesihatan sepanjang di Vietnam ini, dengan membawa bekalan ubatan dari Malaysia. Contohnya Ubat selsema, batuk ataupun sebarang vitamin tambahan. Kita tidak tahu bagaimana tahap kebersihan penyediaan makan di kedai makan sepanjang kita di sini.


 #ExtraTips Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.


Selamat Melancong Di Vietnam!

1 comment: