My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, December 18, 2016

Melancong Ke New Zealand

Hi...Salam ..waaahh entry kali ni memang paling gumbira gitu. Maklumlah...ini adalah destinasi last dari list pertama Negara Impian yang wajib dikunjungi. Lepas ni maknanya dah habisla negara Impian yang nak dikunjungi. So, maksudnya lepas ni dah tak ada tempat tempat lagi nak melancong ke? Hehehehe...bagi diri ai memang dah habisla, tapi ada orang tu masih belum. Sebab Spain n Turkey dia belum sampai lagi. okeh...tak apa...itu next2 la kita bercerita ok.

Sebenarnya....nak mai ke New zealand ni Impian dari bangku sekolah lagi...cuma, kali ni planning bukan setahun dua dibuat tau. Nak tau? Sebulan dari tarikh nak pergi buat keputusan. Aik? Orang lain booking tiket bukan main awal awal kan? Kita...haaaah tu nak kata kami ni suka sangat bab bab terjah dan last minit ni kan. Kitaorang ni jenis tak suka planning terlalu awal. kang planning2 last minit tak  jadi pulak kan. Haruuu tuu...sedih pun ya.

Dalam masa bulan depan nak pergi ni, kami beli tiket dulu. Cari punya cari AA je yang menawarkan tiket berbaloi. Maklumlah kita nak pergi ber6 ni...bukan berdua saja. AA pulak hanya ke Aukland. Kami fikir punya fikir, nak pergi ke Aukland...lepas tu kena fly lagi ke Christchurch...dengan anak anak kecil ni yang happening selalu lagi...bag2 lagi...haru jugak tu kan?...Fikir punya fikir...apa yang menarik sangat kat Aukland ni berbanding Christchurch?..Tak ada la banyak sangat tempat yang menarik kat sana. Jadi kami pun buat keputusan naik AA ke Sydney saja dan dari situ naik Jet ke Christchurch terus. Tak perlu ke Aukland laa. Errrmmm ok jee...kalau pergi berdua nak pergi dua dua ni rasanya senang sikit kan.





Lepas saja tiket semua dah beli, baru lah kami cari Campervan. Email macam macam company dah. Search sana sini. Nak jugak tu merasa campervan sepanjang kat sana kan. Kami berminat 8 Berth..tapi...tak boleh pulak kalau 6 orang. Bermakna kami terpaksa ambil yang 6 berth punya campervan. Kita kalau boleh nak la 8 berth tu sebab besar la lagi kan. Tapi undang undang sana tak boleh. (undang undang kat sana ke company tu)









Ni semua yang kami search dan pilih. Nampak kecil je semuanya....Jadi keputusannya kami pilih yang ni...








Bila semua dah settle baru la prepare pasal bag pula...ni nak kena cari bag hand carry kat atas ni. Baju baju muat satu bag sorang saja. Dan Satu bag extra untuk makanan kami yang akan dibawa ke sana. Cari punya cari Lazada la...semua online je..dapat 2 bag Free dan satu beli....haaaahhh asal nak jalan overseas kami selalu dapat bag free tau.....hehehehe camner dapat tu?









Menarik jugak juaalan dalam Lazada ni untuk travelling items kan?..Harga ok je nampak dari kat luar...errmm kos transport kita lagi..tol tol lagi...bagi siapa nak beli bag atau barangan travel lain..memang banyak dalam Lazada ni tau...Tapi kami dapat dua Bag free...hehehe ada jugak beli dari online lain....

Semua dah settle...beli baju sikit sikit...beli makanan pes rempah, macam macam pes untuk di masak kat sana, maggi, Ramen pun beli...buatkan list siap siap dan print untuk declare kat sana nanti. Semua dah settle tau. Arrrgghhh lega je rasa...Satu bulan je semua tu...hahahahah....macam kartun je kan.

Tetiba dapat berita pulak... 14 November earthquake la kat NZ...aarggggh??ye ke?abg yang memang suka baca baca berita ni dah rasa cuak. camner ni?kita nak teruskan ke? Isshhhh mana boleh...semua dah settle ni kan?...Tanya la semua kawan2 travel Fb..tanya pendapat....diorang kata , In sha Allah..semua akan ok...bila tanya orang kat sana pun kata ok je kat sini. Semua masih terkawal. Lagipun yang terjadi earthquake tu hanya di Kaikoura dan sedikit utara Christchurch saja. Ok la, kita berdoa banyak banyak dan tawakal ya. Sambil senyum yeaaahhh hehehe





Nampak gambar jalan yang teruk kat sana menjadikan kami takut sebenarnya..
.


Ini saja jalan yang tak boleh dilalui...yang lain lain masih ok dan selamat...


Ok..settle satu kes.....Nak dijadikan cerita pulak...3hari sebelum pergi ni...Australia kena Visa kan? memang la nak ke sana kena Visa, Tapi kita nak ke Nz bukan ke sana kan?...Fikir punya fikir...eeehhh...kita kena stay kat sana...satu malam tau...sebabnya...tarikh nak pergi tu esok...kami sampai Sydney 8 malam...Bermakna kena tidur dan keluar dari airport tu. Lagipun Airport sana bukan 24jam macam KliA ni. Ayooo...kitaorang asalnya rasa kita transit je Sydney ni tau...tu sebab tak apply pun Visa ni...HAlamakkk...kalau keluar dr airport..bermalam lagi...bermakna kita kena apply visa la ni...hahahahah...camner ni? 3 hari je lagi....hehehehe....apa yang kami buat?


JEng...jeng jenggg....Visa boleh ke apply cepat?itula alkisahnyaaa....kami apply direct visa ni tau...dalam masa 2 jam saja kami dapat semua visa ke enam enam orang dari kami ni....lepas saja satu  satu approved..bersorak la kami...sampai la sorang je lagi tak dapat email....issshh camnerr ni..sorang je lagi anak tak lepass...hahahaha...dalam pukul 2 pagi jugak kami tidur sebab nak pastikan semua dapat email approved tu kan...sorang je tak dapat...kami pandang satu sama lain...gelak punya gelak...laaambat sikit baru lah dapat email sorang lagi ni...yeeeahaaaa....gumbira sakan suami isteri pepagi buta tu...hihihikkk...kecoh betul laaa....

Semua dah settle ni...camner ya kalau sampai sydney nak tidur mana kita? Mana kami pernah jejak kaki ke Sydney tau. Tak kenal sesiapa dan tak ada minat nak ke sana sebenarnya. Kami tak planning apa apa pun bab bab tidur kat sana nanti. Yang kami pikir...kita akan sampai di New Zealand saja.

Inilah alkisahnya kekecohan kami sebelum ke New Zealand ni....Semua plan sendiri..semua buat sendiri tanpa sebarang agent. Kami tak suka melalui agent atau orang lain...sebab tak ada kebebasan membuat keputusan. Nak pergi sesuatu tempat lepas tu boleh cancel sesuka hati dan pergi destinasi lain ke suka hati kita. .Kalau melalui agent, semua kena ikut keputusan orang lain...itula yang kami tak berapa suka...lagi la dah ada experience dengan agensi Apple tahun 2008 dulu kan...asyik cancel tarikh je...isshhh tak suka kita lah....

Kira Tamatlah bab bab Sebelum melancong kami ke New Zealand kali ini.....










No comments:

Post a Comment