My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, November 22, 2015

Melancong ke Phuket part II

Ok..barula nak sambung pasal Phuket..dah nak setahun berlalu pun. Hahahah..dah nak mulakan perjalanan jauh lagi 4 hari je...counting days....
ok..ketika di Phuket...ada juga kami pusing2...round satu Phuket tu dengan kereta...best jugala tengok tempat orang kan...kalau ikutkan lebih kurang sama je dengan Malaysia....pantai di negeri kita, Terengganu. Yang bezanya kat Phuket terlalu open...banyak sangat Pub..tempat hiburan..jualan jualan terlarang macam adult toys...eeee..menggelikan..bahaya tau kalau ada yang bujang datang sini...terutama yang tak kuat iman......jaga jaga lah!!


Tempat makan di phuket..kedai makan biasa2 saja yang Muslim memang ada...senang je nak cari...ada tu kami siap borak2 dengan owner kedai tu sebab dia pandai berbahasa Melayu..katanya saya minat, jadi belajar sendiri...dan tak pernah pulak tu datang Malaysia...kami sangat kagum dengan pakcik ini...







Ok....dah kenyang makan semua, kami pun pusing pusing sekitar phuket ni. Ada la sedikit gambar sekitar Phuket ini....










Sepanjang jalan jalan kat sini kan, nampak tak apa yang kami nampak ni?wayar eletrik diorang memang macam ni tau...berseliraaaat je kiri kanan...menakutkan je nampak kan?



Malamnya pula...kami siapkan makan malam anak sekenyang kenyangnya...jadi...kami pun keluar....berjalan saja..tengok suasana Phuket waktu malam....dari luar pun kita nampak tarian di tiang2 di Kelab malam...semua..banyak sangat lah..orang arab pun ada seperti kami..hanya melihat lihat 'cuci mata' agaknya diorang tu kan abg?..kami gelak je bila nampak sesuatu yang pelik...hihihihik...aduiii...bahayalah.....Habis pusing kami pun balik bilik...anak memang tengah nyenyak tidur lagi....sepanjang perjalanan untuk naik hotel dibahagian bawah pun ramai yang berkaraoke dan minum2....



waktu malam, kami berdua ronda2 sekitar Phuket ni...auuuwww memang la penuh dengan hiburan...



Esoknya..pagi pagi kami sarapan dikedai lain dan bergerak ke Pantai Phuket ni...apa ntah namanya....Sekali lagi pemandangan banyaknya 'Dugung Terdampar'....huhuhukk yang menyedihkan...badan x solid pun duk pakai camtu..eeeeiii...camne nak cakap yek?....anak anak main pasir dan mandi dengan papanya....Kita menunggu tepi pantai saja dibawah pokok..sambil menunggu saja, perhatikan tingkah laku pelancong yang sangat ramai...ada yang mengurut lah..ada yang terbaring tengah panas lah..ramaaai tu...tersidai / tersadai gitu hahahaha....


Lepas saja diorg siap main dan mandi manda..kami pun balik hotel dengan berjalan kaki saja....lepas siap..pergi cari makan tengahari pulak...kali ni kami pekena ikan besar pulak..kedai makan Muslim. kedai tu kecik aje....dan pastinya setiap makanan di Thai ni Memang Terbaik...seeedap...tak menghampakan setiap kali makan di sini...


Aktiviti kami kat sini biasa je..hanya jalan jalan je....waktu malam nya pula kami makan tepi pantai. Kami singgah sini sebab tadi bila dalam kereta, kami ada nampak di luar tepi pantai tu ramai sangat orang yang bersila...dengan gerai gerai yang bermacam makanan dijual...ada pakcik yang berkopiah dan ucapkan Salam pada kami..sahla dia Islam...dan pandai berbahasa Melayu...Ada Orang Siam kat kedai makan kl berpesan kalau nak makan hati hati di Thai nanti...pastikan owner yang jual tu Bagi Salam dan pandai Berbahasa Melayu..itu pasti Islam...bukan hanya bertudung kata mereka....dan kalau berkereta jangan sesekali masuk ke Yala n Narathiwat...kat sana bahaya sikit...jadi kami pun memang tak mengarah kereta ke sana sebelum ke Phuket ini....


Ok...makan tepi pantai sambil bersila di atas tikar...menyedut udara pantai..takla panas sangat..sepoi2 je angin laut....habis je makan kat sini yang pelbagai jenis makanan dah dicuba, anak pun ada yang nak tidur ni, jadi kami pun berangkat ke hotel. ...


Keesokan harinya kami ke satu tempat ni. Kat sini kami cuba naik gajah pulak. Fuuuhh tinggi betul kali ni. Bukan tak pernah naik gajah pun. Kami pernah sekali naik dekat Perak. Tapi kali ni gerun dan takut sebab gajah2 ini naik ke atas bukit bukit dan banyak lecak. Adventure betul masuk belukar yang tinggi macam ni. kami naik bertiga saja, sebab yang kecik tiga orang ni takut dan risau pula kan kalau diorang naik sekali.




Hahaha kak long pun ketakutan....gajah ni besar sangat..tinggi dan rasa gayat laa...










Selesai naik gajah, kami solat sekejap di surau kat atas ni...


Selesai solat, kami pun di bawa menonton aksi aksi gajah buat persembahan. Tak ramai pun yang ada. Kami dan sepasang suami isteri Omputeh. Lagi pun banyak sebenarnya package macam ni. Agen berlainan kat kawasan ni. cuma kami pilih yang ni sebab hak milik Muslim...



Tengok tu..Dak kenit dua ni duk belakang papa sebab takut...alaaa...baby Gajah je ni...











Alahai....Sinar cahaya pulak kena kat muka kita...



No comments:

Post a Comment