My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, November 22, 2015

Melancong ke Krabi

Sambungan perjalanan di Thai...Destinasi seterusnya selepas Phuket adalah Krabi...orang selalu sebut sebut..Krabi..Phuket...kena la tau kan..camner rupa tempatnya...dari Phuket kami teruskan berkereta ke Krabi...sebenarnya masa di Phuket adanya outing untuk ke Pulau2 lain seperti James Born Island...tapi ntah macam mana kami tak tergerak untuk ambil package tu...tapiiii..sepanjang keluar dari Phuket...tepi jalan banyak nampak ada iklan kecil2 untuk ke James Born Island tu...memang teringin nak pergi kan...jadinya..kami buat keputusan jom...ke James Born Island ikut arah tu...
Advanture betul....maka bermula lah aksi redah meredah kami lagi sekali. Bawa kereta celah jalan kecik2..perkampungan kecik...ada hutan...



Redah hutan kampung jugak la untuk sampai ke destinasi di mana ada boat untuk ke James Born Island ni.



Tempat ni tersembunyi sikit...dihujung kampung.


lassssst sekali baru la jumpa perairan sungai macam muara gitu...ada sampan dan beberapa orang di situ...jadi dah sampai ni ..jomla kita naik je...berapa ya satu boat..lupa dah..jauh juga nak ke pulau tu...tapi best..berangin je.....





Sesampai di James Born Island..barula kami nampak ramaaaai pelancong  kat sana..sibuk sana sini bergambar di Pulau tu.... entah berapa lama kami kat sini, anak anak pun mula menunjukkan boringnya. Kat sini tak ada apa kecuali batu besar yang menjadi tempat penggambaran movie James Born. Ada sedikit jual jualan cenderahati. Kami pun nak balik semula macam boring lak...syarat la kan sampai juga kat sini...kalau orang sebut sekurang2nya boleh kita imagine, betul tak?..
ok sambung lagi nanti...





Ok..berapa lama dah masa ambil nak sambung kisah tahun lepas ni. Selepas balik dari James Born Island ni, kami ada berhenti makan abg boat ni bawakan satu tempat yang ada banyak restoran di atas air. Bila sudah pun kenyang kami pun menaiki boat semula untuk balik.





Tiba saja di muara tempat kami bertolak tadi, kami menaiki kereta dan berhenti solat di satu surau perkampungan kat situ. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Kali ini perjalanan kami di waktu malam dan gelab. Tapi ok, sebab jalan ni dah pun kita lalui semasa nak ke Phuket tu kan. Setelah isi minyak kereta...kami meneruskan perjalanan dan tak tahu berapa jam (dah lupa daaaa) kami pun tiba di Krabi...Rasa rasanya dah ada hotel ke???..Hahahahaa...memang tak book apa2 hotel pun lagi nih...Dalam dua tiga hotel tanya akhirnya jumpa la Hotel Resort yang kami berkenan...Best, luas juga...ada pool lagi...Tapi dah malam..letak saja beg kami pun gi makan dulu. Lepas saja makan malam ..apa lagi kami tidur untuk kumpul tenaga aktiviti keesokan harinya.

Inilah rupa Bilik kami kat Krabi ni...ok la....kira rezeki ada bilik...time holiday gini kalau tak booking..sesetengah tempat mungkin tak de bilik..camner tu?..Apa2 pun syukur ada tempat berteduh kan..hihihihikkk.













_________________________________________________________________________________

Keesokan harinya......melihat suasana Krabi waktu siang lak...okla lebih kurang pemandangan yang biasa kita lihat kat Malaysia juga....Lepas saja sarapan, kami plan errrm...kemana kita ek??...kita gi pulau la...kat sini Pulau apa ada?...lepas saja beli tiket outing kami start naik bot untuk ke Hong Lagun !!!!!


Semua terbaring...takut katanya...huhuhuk...macam tak biasa naik bot pulak la kenit2 ni!!







Melalui perairan yang sangat jernih dan cantik..wowwww...Lawanya air...kehijauaan..kebiruan...last sekali sampai la..Nampak ramai pelancong kat sini. Ada yang berkayak, ada yang mandi manda. teringinnya berkayak...ada anak anak kecik ni tak bolehla kan..terpaksa la kami simpan aje hasrat tu. Setelah pemandu bot cerita itu ini berkaitan Hong Lagun ni, Dia pun bawa kami ke Pulau berdekatan pula. Kat sini laaaagi ramai manusia. Situ sana sini duk mandi manda. Kami dah bersiap sedia bawa roti. Standby lebih awal nak bagi ikan makan. Apa lagi.. si anak kecik ni syoookkknyaaa gi tabur cebisan roti...  maaak oiiiii banyaaaak sangat ikan duk mai datang kat kami ni. Duk mai mencari rezeki..hihihikkk...bila banyak ikan datang kat kami..mula la ramaaaai juga orang duk ambik gambar bersama ikan ikan tu jugak...geli hati nengok macam macam ragam diorang ni.....dan geli juga kaki ni sebab ikan duk lari lari dalam air...hihihikk..bestnyaaa....













Mandi manda sepuas puasnya..menyelam tanpa berenang (tak tau berenang huhuhuhukk)....ternampakla satu group..ingatkan bukan orang kita..tapi confirmla melayu dan orang Malaysia kan yang berbikini..uuuiihhh...malu lak ai nengoknya...huhuhukkk..mestila Islam kan. berdosa....kenapala masih ada Melayu Islam begini. Duk tergedik gedik lak tu..buat malu kat anak anak je yang nengok..aik? orang melayu ke tu mama?..pakai macam orang putih?..Ishhh tak yah tengok..tak baik berdosa..."Tapi diorang pakai macam tu tak berdosa ke mama". Memangla berdosa...tak yah tiru benda tak elok tu...itu antara dia dengan Allah la..

Setelah kecipak kecipuk main air sampai dah kecut tangan masing masing, kami pun naik la untuk balik. Dah penat je semua ni...sesampai je kat pantai di Krabi ni...ujan dah mula turun. Air pantai pun nampak macam surut sikit dan pemandangan tak berapa cantik sebab pasir yang berselut...hahahaha..abiss kaki dengan tanah macam lumpur lembik nih...eeeeeeyeeekkk..anak2 la xtahan..hahaha yang paling kelakar terjatuh dek licin..abisss berlumuran lumpur lembik...tumpang mandi kat bilik air satu restoran, maka selepas kami salin pakaiaan anak, terus naik kereta balik bilik untuk salin baju dulu.

Inila pengalaman sedikit kat Krabi. Selepas makan malam, dan keletihan masing masing nyenyak tidur. Keesokan harinya kami beli sedikit FM untuk kenangan dan mula driving ke Hadyai. Bermalam di Hadyai satu malam sebab sampai sudah pun malam. Keesokan shopping di sekitar Hadyai.










Selesai shopping sikit2 kat sini, barula kami pulang melalui Bukit Kayu Hitam dan tidur satu malam di Changlun. Keesokan nya pula baru la bertolak balik ke KL.....Lepas tu abg mula plan...Jom kita ke Bangkok lak ngan kereta nak????...Hahahahah...rasanya ini plan giler giler gak..jauh nuuunnn kalau nak berkereta...rasanya kalau berdua ok lagi kot?...Bawa anak ni...eerrmm..takut diorang jemu perjalanan yang panjang..kita okla sebab Adventure time tuh kan!!

Nak tau TOTAL perbelanjaan On The Road kami ni berapa jumlahnya? Termasuk minyak kereta, hotel hotel, makan minum, shopping? HAHAHAHA...hanya dalam RM3000 sahaja!!! Murah kan?

No comments:

Post a Comment