My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, April 24, 2016

Melancong Ke Paris 2015

PARIS 2015


Kami sampai dari Swiss agak lewat petang dah. Sampai saja di Paris kami dapatkan teksi untuk ke apartment yang di sewa. Owner apartment kami ni adalah Muslim iaitu Nabil. Sesampai kami di bawah sekeap je dia pun datang dengan menaiki motornya..sangat handsome orangnya berambut panjang dan lagaknya kelakar2 je…hahahah…borak borak ngan dia…dia kata jgn risau area sini sangat senang nak makanan halal..sebab banyak muslim. Café halal pun banyak kat sini katanya…Siap saja dia bagi penerangan tentang apartment dia tu kami pun mula la turun untuk makan…hahaha kali ni kami pakai selipar jepun je…kikiki…rimas la nak pakai kasut…taaaapi…mak oooi tak tahannya kaki ni..seeejuuuk laaa…berdekatan situ memang ada byk juga café Halal..kami makan kebab je…sesudah kenyang kami pun balik untuk lelap memandangkan ngantuk dah bebudak kecik dua ni.


Perjalanan dari Swiss ke Paris....




Dah sampai di apartment....



Nabil sedang beri penerangan serba sedikit tentang apartmentnya tu...



Sedikit ruang dalamnya......alhamdulillah selesa buat kami 4 beranak...sofa bed tu pun besar..banyak extra bantal comforter juga...
















Ruang dalamnya oklaaa kan..nak tidur je pun...yang penting ada kitchen..dan...




Mesin basuh ada...blehlaaa basuh baju2 kami ni...tak busuk pun...stokin bebudak ni memang ler nak kena basuh..huhuhuhukkk ikan pun mati kalau masukan dalam kolam tu..


Keesokan hari kami ke Disneyland …Yeeeeayyyy kata kak long n zharfan ni…Dari apartment kami dekat saja stesen . Memang kami akan selalu mencari hotel atau apartment yang berdekatan dengan stesen train untuk lebih senang dan pergerakan lebih cepat nak ke mana mana. Hari ni ada accident train…patutlaaa kami ni menunggu sampai sudah lamaaaa train xsampai sampai….ramai pulak tu manusia sana yang nak pergi bekerja…last nya kami pun mencari alternative laluan lain. Kebetulan pulak masa tu sepasang suami isteri menegur kami…dari Malaysia? Ooo…diorang dari Singapore rupanya…Ai tak perasan pun sebab muka suami dia macam chinese je….dah la dia paki T shirt je…uiiihh..abg kata…tahan nya dia tuuuu sejuuuuk niih…kikiki…borak borak dalam train rupanya diorang pun nak ke Disneyland…kata nya kami dah booking online…hahaha kami ni biasalah mana ada book pun….dia kata booking online tiket lebih murah tau…errm?ye ker?..takperrlaaah…
Akibat accident tu perjalanan kami ke Disneyland ni tergendala jugakla…berjam2 jadinya…Lepass saja kami sampai…uiiihhh coooolll….sejuuuk sangat nih…camnelah cik abang tadi tu tahan kan?kata abg…kikikihh..kulit dia tebal kot…kesiannya  kalau dia kesejukan kan?



Bila sampai saja di Disneyland ni….Wowwww…I’am Here Disneyland!!!!...sangat gumbira…masakan anak anak…mak dan bapaknya sendiri tersangat happy ni. Dari kata ramai orang Disneyland Paris adalah paling terbesar berbanding Hongkong dan Us…Kami tak taulah kan memandangkan kita ni belum sampai lagi di sana. Kami dapatkan tiket dulu dan lepas tu mulalah ambil gambar situ sana sini. Masuk saja dalam mulalah kami main main…buatkan si kak long n Zharfan happy dulu.












































Lepas banyak main kami mula masuk dan bergambar dengan mickey…Princess . Bersama Princess hanya dibenarkan untuk bergambar dengan seorang princess saja maka kami pilih Cinderella yang sangat cantik orangnya (model). Sampai ke malam jugalah kami kat sini…sebernarnya tak sempat habiskan semua pun. Memandangkan cuaca hujan bila lewat petang. Waktu malam pula ada lagi persembahan dari pelbagai  karektor princess dengan gemerlapan lampu2 dan lagu yang sangat menarik. Bukan saja kanak kanak…ibu bapak pun teruja betul nengok…
Disebabkan dan malam selesai saja…kami pun baliklaa…kali ni perjalanan cepat je balik….sebab tak de lagi accident macam pagi tadi…exchange train pun jadi tak terlalu banyak. Sampai saja kat apartment kami makan lagi di café yang sama malam tadi.




















_________________________________________________________________________________


Keesokan harinya kami bertolak pula ke Eiffel Tower. Kali ni kali kedua kami sampai sini…Syarat dah sampai Paris mesti lah nak abadikan gambar lagi kat sini kan…..Melihat Tower kemegahan Paris ini tak membuatkan perasaan teruja sangat seperti kali pertama dulu iaitu tahun lepas.

















Selepas puas bergambar situ sana sini…maka kami pun berangkat ke ARC De TRIOMPHE  pulak. Kami ambil gambar situ sana sini jugak…Memandangkan sini hanya ada Arc DE TRIOMPHE saja, maka kami pun berjalan ke MUSEE  DU LOUVRE pulak iaitu di mana terletaknya lambang.. mercu LV.  Setelah bergambar situ sana sini juga, kami mula launch . makan Tengahari kami iaitu Nasi Lemak sambal udang. Udang kami dapatkan kat market betul betul berdekatan dengan apartment kami. Wooowww!!! Makan nasik lemak ni…memang best time sejuk camni. Kita ni melayu memanglah tak dapat lari dari makan nasik kan?..Kebab2 hari hari errkkkk…muak jugak kan….




ARC De TRIOMPHE




ARC De TRIOMPHE....




Menuju ke Musee Du Louvre..




Yeehaaa...











Sementara relax2...diorang main apa ntah tu..jap jap kejar merpati pulak..





Camera girl cilik..alahaiii..instruction xbetul..ini je nampak touch sikit..yg lain out daa...



Sepanjang perjalanan kami 15 hari ini, baru kali inilah dapat makan nasik lemak ni. Dari jauh…dekat ngan kami jugak ramai betul orang melayu kita tau…ada bergambar sakan…nengok jelaaah…Kira setakat ni kat Paris sangat ramai terjumpa group2 melayu. Selepas dah kenyang dan puas bergambar situ sana sini..maka kami pun berjalan santai santai melalui Quai Des Tuileries. Bangunan situ Nampak warna keemasan sungguh cantik.  Polis pun ada ronda ronda rasa lebih selamat. Sepanjang di Paris ini memang banyak Polis dia berjaga jaga memandangkan baru saja ada kes kan….kes apa tu? Alaa yg masuk berita tu laaa…hahahaha…lupa dahhh…




Bangunan nampak keemasan...cantiiik je nampak...





















Suka tengok pokok gini...cantikk je walaupun togel...




Dari jauh samar samar saja Eiffel Tower. Alahai bila nengok map ni, baru perasan PONT DES ARTS bersebelahan saja dengan Musee DU Louvre ni. Asalnya pada hari ni jugak mahu habiskan semua tempat dalam satu hari…Rupanya tak sempat daaa…Dalam perjalanan santai santai ni je hari pun dah mula gelap. Nampak gayanya kena pi satu destinasi lagi PONT DES ART ni next trip ke Paris la kot…kali ke3 baru dapat khatam semua tempat dalam list ni. Memandangkan pukul 4 petang hari dah mula gelap…kami lepak jap kat kolam antara Paris Eye dan Musee Du Louvre tadi untuk ilangkan lenguh kaki n betulkan urat saraf…hahahaha.




Relax jap...ambik angin sekali..



Dalam jalan jalan tu diorang nampak ni...hahahah tergelak besor si zharfan Aqil nih!!! adooi..hahahaha


Selepas rehat jap kami pun mulalah melintas jalan dan kami terjumpa banyak gerai booth2 yang sangat cantik dekorasinya. Woowww!!!!...memukau dengan perhiasan dan lampu lampu yang gemerlapan nih…Nama tempat ni adalah Les Villages De Noel.
Jualan sempena krismas ..Macam macam ada tau…Untuk kanak kanak replica binatang..dan santa pun ada. Tetiba bila kami nak masuk satu ruang kanak kanak tu…ada seseorang menyebut..hi Malaysia…eh? Kami tertoleh…la…Indian rupanya….teruja betul dia jumpa kami…katanya sepanjang dia bertahun dah menetap di situ..baru kali ni dia jumpa orang Malaysia…aik? Dia kena pi Eiffel Tower la baru ramai orang kita kat sana…dia beria ia borak ngan kami…peramah betul dan masih fasih bercakap melayu….suka betul dia nak cakap melayu…hehehe…baaaaiknyaaa dia…dia kata dah kawin ngan orang sana dan menetap errrmmm….berapa tahun ntah kat Paris tu….lupa la….tapi lama dah dia duk sana. Tapi masih teringatkan Malaysia..suka dia kat Malaysia…bagusla..
















Lepas saja borak kami beredar ke Av Des Champs Elysees. Di sini terletak bermacam macam butik Shop International Branded seperti LV , Naf Naf, Tiffany, Tissot dan banyak lagi . Sediakan ajelah duit  bebanyak yek!..Kali ni tak sangat teruja nak shopping sebab dah pun perabihkan duit kat London. Yang teruja nya nak pi satu tempat lagi iaitu La valle village…Branded item gak..tapi selalunya ada diskaun. Memandangkan dah pun malam, kaki ni sebernarnya sangatlah penat, kami mencari tempat duduk kat luar ni…tapiiii mak oiiih…tak tahan la lelama duk situ. Sejuuuuk nyaaa..uwaaa…lepas penat kejap jer lerr…apalagi, lepas tu mencari jalan pulang lak la….Kami kena balik cepat sebab malam ni nak packing beg2 untuk bertolak ke south France lak. Nak pi jumpa Natalie pulak.




Malam kami makan dan solat yang lain dah terbongkang..alahai…kita ler yg ngena ngemas perabih barangan dan beg2 nih. Esoknya 9.30 pagi driver Natalie dah terpacak kat bawah…awai betul ni..sib baik kami memang standby awal lagi.
Perjalanan jauh jugak iaitu memakan masa 2jam ½ . lebih kurang perjalanan ke Muar je atau Ipoh. Tol pun satu je, bagus betul..dah la jalan luruuuuus je…si driver ni lak. Senyaaap je…x bleh berbahasa inggeris la tu kot..hehehe..Nak tahu?????????????????? Sesuatu yang mengejutkan terjadi…Dalam perjalanan…ALAMAK!!!!!!!..................OOOOHHHHH!!!!!!!!!!!!  HANDPHONE KUUUUUU!!!!!!! HAAAA ENGKAU….TERTINGGAL handphone dalam bilik rupanya…Kecut Perut dibuatnya tau….Handphone mama charge sama sama ngan handphone kak long pulak tuh..aaaayooooooooooooo……..


Alaaaaa..ingatkan kak long ambik sekali???dia pun terlupa handphone dia…aduiiiihaiiii……betapa cuai nya kau nih…huhuhuhukk….tapi kan..hati ni rasa macam selamat je handphone tu…Cuma pikiran je asyik teringat2 masa bersiap nak keluar tu..yang peliknya…ai lah yang paling last keluar..dah la dua kali masuk balik… masa masuk bilik tu dah cek bawah comforter ambil lak boot. Padahal hp charge bersebelahan je ngan boot tu tau!!..ish geram lak pada diri sendiri nih….macam mana bleh tak terambil ni??????????????  Ayooo…dah geram tahap gaban nih kat diri…yang geram lagi pi masuk balik semata2 tutupkan lampu bilik air..tu dah kira double check tuh…cuai tul lah engko ni diri…huhuhukk…


Abg lak biasalah….selalunya kalau kita lupa lupa apa apa je lah…mesti dia duk ulang ayat dia nih..” Nasib baik p----g tu melekat kalau tak mesti hilang merata rata letak lepas tu lupa  @ tertinggal” …hahahahah..bleh lak dia gelak..eeeeee…geramm tau…Segala khazanah ada dalam hp tu…kepala dah memang kembang semacam ni..tapiii hati mcm tenang je…pelik je perasaan masa tu…kepala bfikir hati tak berdebar sangat pulak sebabnya kami masih akan ke Paris city satu hari lagi lepas balik dari south ni….


Jadinya abg pun msg sms la Nabil yang handsome tu….sms2 tak di reply lak tu…Jadinya abg call saja Nabil. Aduhai…sib baiklaah kita ni duk apartment muslim punya kan…Nabil kata ok…dia akan simpankan hp tu semua…huhuukk leeeeega rasanya kali ni..Dia muslim..jujur..sangat sangat recommended lah apartment dia pada sesiapa yang nak datang ke Paris ni…..



25 comments:

  1. Assalammualaikum...boleh dapatkan x no.owner apartment di paris tu? Tq

    ReplyDelete
  2. Owner apartment nama nabil tu ya?Kejap ya..sy Tanya husband dulu...nanti saya bagitau ok..🤗🤗🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam puan...boleh x sy dptkan no owner apartment kat paris tu? tq wateiii@yahoo.com

      Delete
  3. salam..boleh saya dapat itenary.. klau x keberatan boleh email kpd saya: min_saa86@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...sbenarnya kami tak pernah ada details tu semua..Cuma set date nak pergi..balik jer..yang lain aktiviti kami sampai sana baru decide hari ni nak ke mana..esok nak ke mana...😬 Kecuali New Zealand saja kami ada itinerary ni...

      Delete
  4. Assalamualaikum. bole sy dapatkan contact owner apartment tu? Email sy shafrina45@yahoo.com.
    Apartment tu nama ape dan area mana?

    ReplyDelete
  5. kak boleh tak nk tau owner apartments tu srs urgent naktau wasap saya +6581667357

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...sy kat Hokkaido ni...jap ya sy wasup dulu..hari tu dah ada yang Tanya..tapi wasup dia xjumpa pulak ni..dah bagi address Kat Paris ni...

      Delete
  6. kak boleh dapatkan no owner apartment urgent srs nak kak

    ReplyDelete
  7. salam kak boleh bagi no owner apartment di paris?
    kixk00@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam..blh share ctc no owner apartment tu tak? Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..boleh emailkan Saya dulu? aiza229@gmail.com...tq sudi singgah blog Cik Eja

      Delete
  9. Salam sis boleh share details owner apartment tu..email mumukhair@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done email..Terima kasih sudi singgah blog Ini...

      Delete
  10. boleh share detail owner apartment.. email ke rahayu@mmcsb.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done email..terima kasih sudi singgah blog ini... :-)

      Delete
  11. Salam..blh share no owner apartment tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..boleh email sy dulu tak? aiza229@gmail.com . Terima kasih sudi singgah blog ini.. :-)

      Delete
  12. Sis boleh share owner apartment x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email sy dulu tak? aiza229@gmail.com . Terima kasih sudi singgah blog ini... :-)

      Delete
  13. Anyone ada contact details owner ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah blog ini...boleh email sy dulu? aiza229@gmail.com .

      Delete