My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, October 18, 2014

Melancong ke Zermatt Swiss

Bertemu kembali...lambat juga nak update blog kali ni...maklumla...pakai hp touch screen saja...keciknya...cinonet lak tu...bila download gambar..tersalah tekan dah terjadi upload gambar lain...delete balik..
bukan semudah di sangka....laptop tak ade pula internet or Wifi....

Opsss...ni nak bercerita pasal destinasi Impian...Swisssssss....I'm here!!!!..ok...last update bercerita beli tiket ke Zermatt Swiss ni di Paris kan....asalnya memang nak beli online...lebih murah...tapi peliknya mereka ada charge kos utk postage...aik?..xkan nak pos tiket kami ke Malaysia pulak kan?...bincang2...xpayah la abg...kita beli sana je....tapi betullllll....beli online jauh lebih murah dr beli di kaunter tiket macam kami kat Gare De Lyon ni...



Ramai tau...panjangggg sangat barisan.....ini baru suku barisan...bayangkan..banyak masa terbuang kat sini...sebab kaunter hanyalah 2 saja...Ini Paris abg...ada ke kaunter macam gini je?..dah tau mereka menjadi tumpuan pelancong...sepatutnya kaunter banyak la kan....??

Tapi.... kami think positif semula......mungkin mereka lebih menggalakkan orang beli tiket online kot?
Hehehe...sedapkan hati..sebab masa ni tak sabar dah nak ke Eiffel Tower...

Ok.....bleh tahan tau harga trainnya... upload tiket nantinya...

Ini dalam train...exchange train yg x tahan tu...termengah2...heheheh...nasibla dah terbaca blog Leez...tq Leez...menceritakan...untuk exchange train masa hanya ada dalam 15minit saja...fuuuhhh...cuba bayangkan?..boleh?...

Dahla kita memang tak biasa dengan laluan dan keadaan train mereka kan?...tapi jangan risau..tak berpeluh pun...sejuuukk..best...ini la mencabar ni nak main lari2 ni..tapi kami jalan laju2 sambil gelak...





Masa ni dua2 dah ngantuk sangat2..tapi tak boleh nak tidur...pemandangan cantik sangatlah!

Percaya tak kami duduk first class dalam train yg kedua tu?...hahaha...gelak lagi kami...lagipun..takde orang..

Train terakhir kami ada map ni..




 Kami sampai di Zermatt  dalam pukul 10 malam. Suasana sudah gelap dan sunyi saja. Nasib laluan jalan menuju ke hotel sudah tahu. Sampai saja di ruang hotel, belum sempat abg membuka beg untuk mengeluarkan bukti booking kami, terus receptionist tu cakap.." Hi Mr. Zamri...from Malaysia...welcome...I upgrade your room aaa...."

Wahhh..specialnya...kami booking bilik lain dapat bilik lagi special ni. Rezeki namanya tu. Kalau ikutkan bilik hotel jauh lagi sebab hotel ini punya banyak bilik di bangunan yang berbeza. Dan asalnya bilik kami booking tu kitchen berkongsi. Tapi kali ini semua ada dalam satu bilik dan sangat besar serta selesa.

Terus kami ambil kunci dan masuk bilik yang...waahhh bestnya landing....



 Ini keadaan sangat selesa. Memang berbaloi baloi sebab kami sangat penat malam ni. Terus baring sekejap sebelum menyediakan  makan malam dan mandi.






 Ini memang wajah mengantuk sangat. Sempat lagi berposing dengan muka yang lesu. Penat ke...letih ke...ngantuk ke...bergambar itu penting dan mesti jadi satu kewajipan.Hehehehe



Ini ruang makan sebelah katil saja...Best sangat rasa tau....



Ini lah menu kami malam itu. Masak nasi bersama sambal sotong dan sambal tempe...Peehhh..sedapnya sebab sejuk...berselera pulak tu.Minum pula tea o' panas panas.



Gambar bilik air juga mesti kena ambil ni bukti yang ia selesa dan bersih. Samada kecik ke besar ke tak apa. 




Inilah video dari youtube hotel yang kami menginap di Zermatt.



Selepas saja mandi, solat dan makan malam, kami tidur dengan nyenyaknya malam itu....Goodnight!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan paginya...setelah sarapan di hotel, kami berjalan dan mencari tiket train untuk ke Gornergrat. Alhamdulillah memang dekat sangat dengan hotel kami. Keadaan sekitar Zermatt pagi tu meeeemang tersangat sangat la sejuknya dan best!

Ini gambar hotel kami dari luar








Perjalanan naik train ke atas gunung ni sangat mengagumkan. Ada air terjun yang sangat tinggi. Tapi orang kat sini memang tak mandi kot air terjun macam ni. Kalau ada yang mandi tu gila agaknya kan. Cuaca saja dah menyejukkan sampai ke tulang




 Ini buktinya air terjun yang kami ambil dari dalam train. 



Sebelum train bergerak sempat bergambar dulu ni.



Ini tiket kami pagi itu. 

Ok.. nak tahu...setibanya kami kat atas......WAAHHHH!!!!...cantik dan Indah sungguh bumi ciptaan - Nya ini...memang rasa teruja sangat dan bersyukur yang amat kami dapat sampai ke sini. Tak dapat nak digambarkan macam mana perasaan. Tapi dengan gambar gambar ni cukuplah anda akan kagum dengan keindahan bumi Swiss ini.

Dapatla kami bergambar bersama. Mengabadikan kenangan Indah kat sini. Alhamdulillah atas bantuan pelancong dari Korea ini yang baik hati.








Wahhh...seronoknya...


Inilah honeymoon yang paling Indah....



Wahhh..sejuk ni.....berapa banyak wah daa....hehehe


Rasa semacam tak mahu turun pun ada tau...bayangkan train dah naik turun banyak kali tapi kami masih lagi bergambar. Ada pelancong dan turun. Tapi makin ramai lagi pelancong sampai. Ada rombongan dari korea. Kami dapatla bergambar dengan pertolongan mereka.






                                      

Ini dalam shop. Banyak sangat cantik cantik...tapi boleh tahan harganya. Baik beli kat bawah saja. Sedikit gambar yang mahu dikongsikan bersama.




Cantik kan? Bagi penggemar barangan English mesti suka untuk dijadikan koleksi di rumah.




Suuuka sangat piring hiasan tu... Sayangnya ingatkan kat bawah ada terjual. Rupanya tak ada pun..Sedih sangat.

Lepas jalan jalan sepuas hati kat sini, barula kami naik train untuk turun....bila tiba saja kat bawah..kami ronda dengan berjalan kaki sekitar Zermatt.

Tiba tiba...haaaa...ada la kami terjumpa kedai makan Halal...apa lagi..seronok tak terhingga rasanya. Lapar juga ni.



Inilah Kedainya. Best dan bersyukur rasanya masa ni tau.


 Apa lagi...Ngappp ajelah..besar tu...hehehe...


Kami order makanan berbeza. Cuba yang mana satu paling best?..Cayalah..kenyang sungguh rasanya masa itu. 


Lepas saja isi minyak ni...kami pun jalan jalan lagi...waktu masih pagi. Ini sedikit gambar sekitar Zermatt yang sungguh cantik ni.






Kedai yang kebanyakkan memang dihiasi dengan bunga bungaan cantik.









Teruja sungguh dengan bunga bungaan dia yang segar bugar itu!


















Cantik cantik Tak??..Fuhhh memangla tersangat cantik tau. Kalau nak tunjukan gambar memang banyak lagi ni. Cuma akan di sambung Zermatt Swiss Part II . Sebab lepas kami jalan jalan sekitar Pekan kecil Zermatt ni kami ke destinasi seterusnya iaitu menaiki Cable car dan ....Ohh..bersambung nanti sebab dah penat ni mengantuk juga.

5 comments:

  1. Salam Ayza,

    Seronok melancong! Mak Aji kenal Matterhorn sekadar sanggul orang dulu2 je, he he!

    ReplyDelete
  2. wsalam mak aji....alhamdullillah..sampai jua di sini......o ya ke? ada sanggul nama matterhorn ke? , macam mana rupanya mak aji?

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete