My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, December 3, 2012

Jalan jalan di Sarawak

Sarawak paling best bila datang sini adalah beli Kek Lapis. Kali ini datang sarawak sebab Cik Abg ada kerja di Kuching. Sambil dia buat kerja Ai dengan baby baru 6 bulan tunggu di bilik hotel saja. 






Nyenyaknyaaaa Ashim tidurrr....


Kali ni datang Sarawak hanya bawa baby ke4 ini iaitu Ziqri Ashim. Baru saja lahir 6 bulan yang lepas. Kakak dan abang terpaksa tinggal dulu. Lagipun bukan bercuti ni, tapi sekadar temankan papa buat kerja saja.

Selepas saja papa siap kerjanya, kami pun jalan jalan petang ni mencari kek Lapis kat sini. Kena naik bot dulu untuk ke kedai kedai jualan kek lapis ini. Sebenarnya banyak kedai yang jual. Pilihla yang mana satu anda suka. Kami pilih satu kedai ini. Paling suka sangat Kek lapis perasa asam manis. Banyak jenis sebenarnya. Ada kek keladi la, ada pandan la...haaa ini pun salah satu Ai suka sangat rasa dia. Boleh pilihla mana satu kek yang kita suka kat sini. Lagipun murah saja harga kat sini.



Panas ni Bawa baby.....selalu ramai yang tegur dengan 'beg' mama yang ni...sampai pernah jumpa sorang kakak tu...dia kata...eehhh ingatkan tadi beg besar...laaa rupanya ada baby kat dalamnya...Hehehe....Senang sangat, dari anak pertama lagi sampai anak ke4 boleh bertahan 'beg' ini..tahan lasak sangat...













Sebenarnya Ai dah pernah datang Sarawak ini. Masa tu ada program anak angkat dari UUM. Seronok sebab seminggu jugak program tu di Kampung Meranek. Banyak la di bawa berjalan. Jadi kali ini adalah kali kedua mai sini lagi.











Sedikit pemandangan sepanjang perjalanan bot ke seberang... Perjalanan ke seberang ni tak jauh sangat. Sekejap saja dah pun sampai.



Selepas habis shopping kek kek ni...kami pun naik bot semula. Berat jugak kek ni walaupun satu kotak saja tau.






Papa bersama 'beg' besarnya...hihihikk Ziqri Ashim!!!


Hari ini, aktiviti hanya membeli kek saja. Di waktu malam pula sambil jalan jalan cari makan, kami jumpa banyak juga jualan mutiara di sepanjang jeti ini. Semua mutiara sangat cantik. Ada dibuat kerongsang, ada juga rantai dan gelang. Semua memang real mutiara yang sangat menarik. Ai beli kerongsang saja. Gambar tak ada disebabkan tak clear. Gambar terlalu malap disebabkan lampu waktu malam saja.

_____________________________________________________________________________________________


Keesokan harinya kami ada jalan jalan di Serikin. Ini adalah satu destinasi yang menarik kalau sesiapa berminat nak shopping barangan bebas cukai. Tapi malangnya kebetulan kami datang ni gerai gerai tak banyak yang buka disebabkan cuti. Hari ini mungkin diorang cuti kot. Kalau tak banyak sangat jualan kat sini. Ada kain kain batik dari indonesia, kain pasang sulam, makanan dan sayuran. Banyaklah jualan kat sini kalau bukan hari tutup. Perjalanan ke sini agak jauh juga dari Kuching tau. 







Tak apalah, memandangkan tak ada rezeki kat sini, makan kami hanya ke Pasar Kat Kuching saja. Banyak juga kami beli kat pasar ni. Kebanyakan adalah makanan tradisi kat sini saja. Semua beli untuk buah tangan saja.

Selesai saja di pasar ini, kami dah nak kena balik ke Kl...Goodbye Sarawak...moga kita ketemu lagi.














No comments:

Post a Comment