My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, November 11, 2018

Bercuti ke Bukit Tinggi



Bukit Tinggi adalah sebuah bandar kecil di daerah Bentong, Pahang, Malaysia. Pekan kecil ini terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang rimbun di 2,500 kaki di atas paras laut di Pahang. Bukit Tinggi ini boleh dijadikan salah satu destinasi menarik dengan suasana yang menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Penginapan di sini boleh menenangkan fikiran dengan keindahan bukit dan pemandangan bangunan yang klasik. Bangunan di sini seperti  'ala-ala' Bandar France tapi sangat kecil. Tidak sampai setengah hari saja anda sudah boleh menjelajah keseluruhan kawasan di sini. Ia terkenal dengan restorannya yang menghidangkan makanan barat dan biasanya ia menarik pelancong dari Genting Highlands.

Apa yang Menarik di Bukit Tinggi?


Berjaya Hills Resort.

Berjaya Hills Resort adalah resort bukit di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia berhampiran dengan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung bertema Perancis, Colmar Tropicale.








Gambar sekitar  Colmar Tropicale. 















Japanese Garden.

Tempat yang bagus untuk bersiar-siar. Untuk memasuki Taman Botani dan Taman Jepun, kedua-dua tarikan ini sebenarnya adalah percuma dan terbuka untuk umum. Anda juga boleh menyewa kimono dengan bayaran RM20 di sini untuk mengambil foto. Bagaimanapun, tidak akan mengesyorkan untuk melawat tempat ini pada sebelah petang kerana ia menjadi terlalu panas di bawah matahari petang. Lawatan ke sini pada waktu pagi adalah sangat sesuai.

Nota penting: Taman ini ditutup pada 5.30PM.

Pelancong boleh menggunakan bas ulang-alik dari Colmar Tropicale / bandar Perancis ke taman ini secara percuma. Boleh juga berjalan kaki dan melalui jalan bukit, menaiki tangga untuk sampai ke Japanese Garden ini.




Berjalan menaiki Jalan berbukit untuk ke Japanese Village.







Rumah Jepun yang kecil saja di sini. Jika datang ketika ramai pengunjung, memang tidak sesuai bagi mereka untuk bergambar menggunakan pakaian Kimono di sini. (Terlalu Sesak).






Ladang Arnab

Ladang ini kecil sahaja dengan mengenakan tiket RM5 seorang. Kanak kanak boleh melihat dan memberikan makan arnab dan rusa dengan bayaran tambahan RM3 untuk makanan.


Taman Botani.


Taman Botani terletak betul-betul di sebelah Taman Jepun. Bayaran masuk telah dimasukkan dalam bayaran masuk ke Bukit Tinggi iaitu RM18. Ia berada betul betul dilereng bukit.



*P/S: Bagi pandangan Cik Eja, tak perlu pun bermalam di sini kerana untuk berjalan sekitar Bukit Tinggi ini tidak memakan masa begitu lama. Kawasan ini kecil sahaja. 






Turun bahagian bawah adanya terdapat beberapa Swan dalam kolam yang sangat jinak.






No comments:

Post a Comment