My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, December 31, 2018

Resepi ISTIMEWA Rendang Mak

Resepi ini Cik Eja belajar dari Mak. 

Memang setiap Raya rendang dia memang paling sedap. Bila dah ke rumah orang lain, mesti balik rumah rendang Mak juga yang balun makan banyak. Hahahaha. Lagi lagi bila pekena dengan masak lodeh lontong, memang Terbaik rasa dia.


Masak sikit je, tapi periuk...hahahaha senang nak kacau katanya...

Resepi Ni biasanya masak daging Tau. Tapi Cik Eja selalu je olah dengan ayam juga. Cuma Cik Eja lebihkan cili padi kalau nak pedas. Memandangkan Ada anak yang tak suka pedas, kena la bulat bulat ikut resepi ni. Kalau Tak berapa suka manis2 boleh kurangkan gula melaka tu ya.


Resepi ini boleh juga buat untuk ayam.



Ini style kalau nak berkuah banyak sikit.


Ini resepi bulat2 salin tau. Boleh saja olah ikut citarasa dan tekak masing2.


**Garam jangan lupa ya...dalam Ni Tak Ada pulak. 🤣.
Kalau berminat tambah 'tok aji' pun silakan. Sebab Mak memang pakai khidmat 'tok aji' tu. :-)


Hahahahah boleh pulak Cara2 tulis tangan. Sebenarnya bahan- bahan pada buku Ni tulisannya dah kena Minyak. Tak clear sangat. Kalau share nanti Tak faham. Hihihikk maklumlah tulisan pulak macam cacing kepanasan gitu. Kikikihh...

Resepi dia memang tak pakai halia tau. Cili padi pun tak ada tu. Boleh tambah sendiri kalau nak pedas-pedas. Simpan dalam blog ni untuk rujukan juga. Mana Tau, buku resepi kat rumah ni jadi sardin ke, lunyai ke, ada juga simpan tempat lain kan.







Lagi pun berkembanglah sikit pada orang lain. Kita kena share apa yang Kita suka. Lagi satu nanti Cik Eja Share 'Nasi Minyak Special Ma' pula ok!

Yang tu pun memang kesukaan, anak n apaknya sekali. Hihihijik...satu rumah Akan bau nasi Minyak Ma ini kalau masak.


Sunday, December 30, 2018

Kejadian Bom lagi

Pernah Cik Eja Cerita dulu sini iaitu tentang Daerah berbahaya untuk dikunjungi iaitu Narathiwat. Kini baru pula terdengar yang 4 daerah di wilayah Narathiwat, selatan Thailand digegarkan dengan 8 letupan bom dan insiden tembak-menembak antara individu bersenjata dengan pasukan keselamatan.




Sejak akhir ini Selatan Thai sangat popular dikalangan Kita. Ramai yang suka bercuti di sini disebabkan makanannya yang sedap sedap selain untuk ber'shopping'.

Kejadian ini telah berlaku sejak petang lagi iaitu 28 Dis dan ia berlanjutan sepanjang malam. Menurut Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Dusadee Choosankij, mereka telah mengarahkan agar semua anggota polis di wilayah Narathiwat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga khususnya mereka bertugas di pos-pos keselamatan.

Keganasan sebenarnya telah bermula pada pukul 6.30 petang Jumaat waktu tempatan apabila sekumpulan individu bersenjata menyerang hendap pos keselamatan di Mukim Kalisa di daerah Ranget, wilayah terbabit.

Kejadian tembak-menembak menggunakan senjata ringan dan pelancar bom M79 berlarutan dalam 10 minit. Kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian di kedua-dua pihak.

Menurut sumber polis tempatan, motif serangan hendap itu adalah untuk merampas senjata api digunakan oleh anggota keselamatan yang bertugas tetapi gagal.

Sumber: Bernama.

Friday, December 28, 2018

Aquaman

Aquaman merupakan Fantasy/Science Fiction Movie. Walaupun telah menonton lebih seminggu berlalu, Filem Aquaman ini paling best untuk tontotan bulan ini. 



Filem ini menceritakan kisah Aquaman dalam menemukan jati dirinya sebagai seorang raja lautan sejati.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai tahap tersebut, Hero Aquaman ini harus melalui berbagai rintangan. Hal inilah yang membuat filem ini sangat-sangat menarik untuk ditonton.

Seorang bernama Arthur, merupakan pemuda kacukan hasil perhubungan seorang manusia biasa dengan puteri dari dasar laut. Dia merupakan manusia luarbiasa yang boleh hidup di air dan daratan. Dia juga sangat kuat, dan tentu saja boleh berkomunikasi dengan hidupan air.

Mesti ramai dah menonton kan. Apa apa pun Movie ini sangat lain. Lain dari yang lain. Langsung tidak membosankan malah rasa seperti berada di dasar lautan yang sangat indah.

Macam nak menonton lagi jee...

Thursday, December 27, 2018

Marry Poppins Returns

Movie ini berkisarkan  seorang bapa Michael Banks dengan tiga orang anaknya, telah mengetahui bahawa rumahnya akan diambil alih dalam tempoh lima hari kecuali dia boleh membayar balik pinjaman.




Satu-satunya harapannya adalah mencari sijil yang hilang yang menunjukkan bukti saham berharga yang ditinggalkan ayahnya dahulu. Pencarian mereka seperti seakan gagal kerana tidak menjumpai sijil tersebut.

Dalam masa yang sama, Michael dan adiknya menerima kejutan ketika Mary Poppins - pengasuh tercinta dari zaman kanak-kanak mereka tiba muncul untuk menyelamatkan keadaan.



Excited kami sebelum menonton Movie night...🤣








Bagaimanakah dan apakah yang terjadi selepas itu? Tapi apa yang Cik Eja mahu ceritakan, dipertengahan movie ini Cik Eja sungguh tertidur. 

Di awal movie sudah mahu lelap, tapi digagahi juga mata ini.
Hahahah ingatkan Cik Eja seorang saja mengalami situasi ini, Rupa rupanya ramai  yang alami keadaan sama. Huhuhuhuk







Wednesday, December 26, 2018

Patung Tarikan Pelancong Sudah Di Bom?


SONGKHLA Dua butir bom telah menggegarkan Pantai Samila yang terkenal di Thailand malam Rabu. Ia telah  menyebabkan kerosakan patung Emas Mermaid yang terkenal dan Patung Kucing dan tikus besar.










Walaupun bagaimana pun, Gabenor Wilayah Songkhla iaitu Wiranan Penjang berkata tidak ada yang cedera dalam insiden yang berlaku pada pukul 10 malam (11 malam waktu Malaysia). Samila beach ini merupakan pantai yang sangat popular di kalangan pelancong tempatan dan asing termasuk rakyat Malaysia.

Cik Eja sendiri baru sahaja balik dari Songkhla ini. Tahun ini saja dua kali ke sini untuk bergambar. Kali pertama hanya berdua bersama kakak. Dalam bulan Disember pula Cik Eja ke sini bersama suami dan anak anak pula. Alhamdulillah sepanjang kami berada disini semua selamat dan tidak Ada langsung kejadian bahaya yang berlaku.





Sempat juga Cik Eja abadikan gambar kenangan di Patung kemegahan mereka ini. Pertama sekali dulu ke sini bersama rakan dari University . Kami mengikuti program bersama Prince of Songkhla University. Itulah pertama kali sampai di Thailand. Tak sangka habis hancur terbelah dua patung ini. Sempat ya Cik Eja bergambar di situ Dan pulang dengannya selamat.

Bila sampai Sana terdetik juga hati Ni. Eehhh Rupa mermaid ini tetap sama macam dulu, Tak berubah langsung walau sudah lebih 18 tahun berlalu.

Thursday, December 20, 2018

Kan KuKejar Cinta Kamu


Drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari kini sudah mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Penulis Ombak Rindu yang tidak asing lagi, kini tampil dengan genre cinta yang berlainan. Kan Kukejar Cinta Kamu penuh dengan konflik keluarga, dendam dan tamak haloba manusia 

Drama bersiri ini adalah gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim telah pun menemui penonton pada bermula 17 Disember 2018.






JUDUL : KAN KU KEJAR CINTA KAMU

JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam  
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari

WATAK PELAKON 

Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail 
Elya Miera sebagai Dilaila

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.


Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.


Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Apa apa pun, drama Ni memang TERSANGAT BEST!!!...Wajib tonton. Sedih sangat dan dan complicated. Watak Alma, lakonan Amyra Rosli memang tidak mengecewakan. Minat sangat pada dia, berjaya membawa kita penonton sama sama mengalirkan air mata.

Kita memang nak Kan pengakhiran yang happy Kan. Kalau boleh nak sangat si. Ray ni terjatuh cinta kembali dengan isteri sendiri. Banyak liku liku yang Kita kena harungi bersama dalam siri drama ini.

Harap semua penonton banyak bersabar okeh!! (Termasuklah Cik Eja Ni hah) hahahahah emosi sangat...geraaaam saja Kat Si Ray Ni buat Alma macam tu.

Kesimpulannya Ray berjaya membuat kita geraaaam dan benci dan bertambah menyampah dengan sikap egonya itu. Bermakna, lakonan Fendy Bakri menjadi lah Kan?...hehehehehe

Tunggu Hari isnin Ni...sambungan episode seterusnya...Tak sabar menunggu yang Ray jatuh ke tangan Alma pulak....hahahahahahhahahahahahahah

Arahan Yusri...memang TERBAIK Dan Tak mengecewakan!!!!

Friday, December 7, 2018

Dapat Surat Cinta Dari France?

Tiba-tiba, Cek Ejam kata Haa ayang dah buat apa ni? Dapat Surat dari France Tau!. Sambil mata terbeliak dan mulut ternganga gitu. Ye kee ni?? Eleh...abg tipu je.


Opsss Tak kan lah Jason POS Surat? Oh My!!! Jason rindukan Ariazz sampai hantar Surat? Masakan main surat2 lagi sedangkan boleh je buat video call kalau rindukan....kikikikii...
Tak pun email je kan. Sekarang kan zaman teknologi. 

Tiba2 Cek Ejam kata...haaa berangan apa tu? Hihihikk kalau betul Surat tu Mana?. Terus Cek Ejam tunjukkan. Aikkk?? Dapat dari Google AdSense?. 




Tak pernah2 pun dapat sebelum ni. Berdebar pula nak bukanya. Maklumlah, takut Surat ni nak saman ke, minta bayaran apa2 ke kan?

Haissshhh kepala ni asyik bukan2 je Tau. Bila dah buka tu teruja juga lah, sebab dinyatakan supaya kemaskini account Kita untuk payment. Serious? Adakah nak boleh duit ke apa ni?
Tak faham sangatlah. Sebab Kita ni 'budak' baru belajar dan baru nak aktif je dalam bidang ni.  Siap dapat no pin dah macam dapat no pin  kad bank je  tu. Kenapa dia tak emailkan saja ya? Ada sesiapa yang boleh jelaskan Tak?
:-)  :-) TQ!!!!

Wednesday, December 5, 2018

Popia Beras Vietnam

Lebih dikenali Vietnam Rice Spring Roll. Juga merupakan Dim Sum yang sangat terkenal di Vietnam. Selalunya mereka yang bukan muslim letak inti Pork dan cendawan. Kali ini Cik Eja nak share koleksi resepinya. Intinya yang paling utama yang diguna adalah ayam Dan cendawan Shitake. Yang biasa selalu kita tengok orang buat yang letak udang, sayur dan bihun tu kan? Yang ini berbeza sikit sebab tak ada udang atau sayur sayuran.



Kali ini Cik Eja sangat teruja dengan menu nan satu ni. Sudah dua kali Cik Eja buat Popia Beras ini. Cik Eja panggil popia je bukan dim sum sebab rupa dia macam popia kita pulak. Semua resepi Cik Eja ini di translate dari bahasa vietnam tau..bertungkus lumus daku sebab suka kan sangat makanan yang satu ni. Selain itu, memang minat gila cara mereka memasak makanan ini. Memang cekap dan pantas saja mereka buat, terus isikan inti bila dah siap satu satu keping kulit.













Popia ini kulitnya dibuat sendiri. Sebelum ini kulit popia Beras segera (yang nampak jernih) itu ada dijual di Tesco. Tapi sejak akhir ini pekerja Tesco kata tak ada atas sebab2 tertentu. Cik Eja pun tak tahu sebab apa produk itu sudah tak dibawa masuk.


Popia yang Cik Eja buat ini memang kena buat kulitnya sendiri disebabkan iya lebih lembut berbanding yang jernih itu. Selepas saja masak kulitnya..terus kena masukkan inti2 dan gulungkan.


Bila nak makan, ada sos pedas2 gitu memang kekabom sangat dan Cik Eja sangat sukakan rasa dia. Anak anak juga suka, tapi yang versi tak ada sayur. Iaitu hanya ayam, cendawan Shitake digoreng bersama bawang sahaja.

Yang bawah ini hanya ditambah dengan kacang panjang dan lobak merah sahaja.











Setelah digoreng, beginilah hasilnya... Yang ini Cik Eja tak letak banyak cendawan Shitake. Kalau banyak lagi sedap. Kali kedua buat letak banyak cendawan.




Yang pertama Kali ini Cik Eja guna style lama, iaitu pakai Kain. Macam dalam gambar bawah ini. Selepas masukan dan ratakan tepung, kena tutup supaya tak kering dan adunan cepat masak.





Kiub ayam tu pakai separuh saja.






Ini cara dan teknik moden, iaitu pakai nonstick pan saja. Lagi senang dan mudah.


Oklah...malasnyaa nak menaip resepinya ni...huhuhukk nak share dari tulisan tangan je aci tak? Hahahaha... tulisan comot sebenarnya, tulisan orang malas kan...malu...tapi nak buat camne...sebab kemalasan melanda untuk taip satu satu, jadi Cik Eja snap saja dari buku resepi kat dapur ni je ya...


Untuk resepi bawah ni, Sos peanut tu untuk Popia yang ada udang tu ya. Bukan untuk Popia yang ini.





Cik Eja pakai tepung beras je.







Untuk sos atas ni Cik Eja pakai 2 sudu gula saja. Bila campurkan semua ni bolehla ikut citarasa masing masing ya. 

Tuesday, December 4, 2018

Ilmu Mencegah Penyakit, Menarik Rezeki

*Lapan jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit*
‎الرمان . Delima
‎الروب . Yogurt
‎الثوم . Bawang putih
‎البصل . Bawang besar
‎الشاي الأخضر . Teh hijau
‎الشوفان . Oat
‎القرع . Labu
‎البروكلي . Brokoli

‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
‎1) الكلام الكثير . Banyak bercakap
‎2) النوم الكثير . Banyak tidur
‎3) الأكل الكثير . Banyak makan

‎ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
‎1) الهم . Dukacita
‎2) الحزن . Sedih
‎3) الجوع . Kebulur
‎4) السهر . Tak tidur malam

‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
‎1) التقوى . Taqwa
‎2) الوفاء . Jujur
‎3) الكرم . Pemurah
‎4) المروءة . Jaga kehormatan

‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
‎1) قيام الليل . Qiamulail
‎2) كثرة الاستغفار بالأسحار. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
‎3) تعاهد الصدقة . Biasa bersedeqah
‎4) الذكر أول النهار وآخر . Berzikir waktu awal pagi dan petang



‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
*Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..*