My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, July 26, 2017

Petua Paling Mujarab menghilangkan batuk

Dah lama sebenarnya nak kongsikan petua nan satu ini. Kami asalnya merupakan pengamal Manuka Honey. Selalunya kalau sudah habis stok di rumah, memang kami akan pergi beli lagi di Farmasi. Maklumlah, Manuka Honey ini merupakan Madu paling asli dari New Zealand. Ia berasal dari madu bunga bunga pokok Manuka di NZ. Bila anak anak ambil satu sudu atau dua sudu saja (sudu plastik) madu ini, selsema dan batuk cepat saja hilang. Hanya 2 atau 3 kali sahaja amalkan, batuk sudah baik.





Manuka yang ini..paling paling mujarab...sekali atau dua sudu (plastik) saja batuk sudah baik!


Malangnya, Madu nan satu ini susah sangat nak dijumpai. Tak semua farmasi ada menjual Madu Manuka ini tau. Kadang tu kalau kami pergi cari, hanya ada satu botol saja dan ada juga farmasi memang tak jual langsung. Tak ramai yang cari madu ini kata mereka. Sampai ada chinese farmasi tu tanya...ooh you tahu ya khasiat dia? Ia memang kami ada selalu stok kat rumah, supaya anak anak cepat baik selsema dan batuk. Lagi lagi kalau anak masih kecil, kami tak suka sangat bagi ubat batuk. Bukan baik sangat ubat batuk ni. Kekadang dengar orang cerita habis berbotol juga ubat, batuk masih belum baik lagi.

Manuka honey kami ada beli dari NZ ketika kami ke sana tahun lepas. Tapi dah pun habis. Bila kami dah pergi sendiri ke sana dan lihat sendiri kebersihan kawasan pokok pokok Manuka ini keyakinan dengan madu ini makin bertambah. Tumbuhan pokok Manuka ini jauh sangat dari pembangunan dan ia tumbuh liar.

Oh ya...nak petua mujarab hilangkan batuk kan? Ok...sebenarnya bila dah terputus madu ini dulu, ada seorang kakak pengasuh anak anak kami bagi tahu satu petua. Alhamdulillah....sejak sekali cuba amalkan..terus HILANG BATUK tau..alhamdulillah dengan kuasa Allah kan. errmm...sampai sekarang, dah bertahun kami amalkan petua ini. Walaupun dah susah nak dapatkan Madu Manuka, kami dah tak risau lagi kalau batuk.

Okeh...hahahah belum cerita lagi petuanya ni. Jangan marah ok...kita melalut sikit ni. Petuanyaa adalah...opss...satu lagi..nak ceritakan tentang makcik sedara kami...mendapat kencing manis akibat dari mengamalkan petua kawannya, bila batuk minum air Coke!...Aduhhh kesiannyaa...petua bukan bukan je. Mengarut je tu.

Petuanya adalah, ambil limau nipis...sebiji ke dua biji ke...perah airnya dalam 2 atau 3 sudu dalam cawan dan sedikit saja garam. Kacau dan minum perahan limau nipis bersama sedikit garam itu. In Sha Allah...dua kali buat saja batuk HILANG tau...kami dah amalkan bertahun ini saja. Batuk Ai...anak anak...dua kali minum saja tetiba batuk memang dah tak ada. Sangat mujarab!...Alhamdulillah kak Rose bagi resepi ini pada kami. Sampai anak anak...kalau batuk...mama, nak minum limau la,...batuk ni. Diorang dah terbiasa dengan air limau nipis ini sampai kalau batuk @ selsema sikit dah mintak perahan limau.




Cuba anda guna petua ini...In Sha Allah...selalunya memang akan Hilang BATUK tu tau...

Selamat mencuba!...

Wednesday, July 19, 2017

Resepi kesukaan Dumpling,Dim Sum

Senang saja nak buat Dim Sum.... Dumpling ...Siew Mai ni sebenarnya. Cara buat kulit pun sangat ringkas dan mudah saja nak jadi. Sebenarnya kami memang sangat sukakan Chinese Food ini. Kami sebenarnya mengenali makanan Chinese ni sejak ke Ghuangzhao dan Shanghai dulu. Diperkenalkan Mee tarik dan Dumpling yang sangaaat enak dan Asli lagi dari Restoran Muslim Chinese kat sana. Memang terbaiklah. Makan pula bersama sayuran jeruk yang pedas tau. Memang menyelerakan.


Tengok kat bawah gambar...bukan main sedap nampak Mr. Z kita makan...yum..yum...ntah apa nama makanan tu pun kami tak tahu, yang pastinya sedap sangat.


Makanan ni dijual betul betul di luar masjid di Shanghai ni...



Amboi...tengok tu...sampai terpejam mata menikmati Dumpling ni...sedap tau...rasa dia memang asli dari sini.



Dihidangkan macam ni saja...ingatkan makan kosong macam tu saja...rupanya, gaulkan dengan sayuran jeruk yang pedas ni...Lagi kebaboom rasa dia makin ENAK ..serius tau...





Kat Shanghai ni memang kami cari hotel yang betul betul bedekatan dengan masjid...supaya mudah nanti nak makan sebab banyak boleh didapati restoran Muslim kat sini.


Mee Tarik pula first time makan dekat Ghuangzhao dulu. Masa tu kat Malaysia tak popular lagi dengan Mee Tarik ini. Restoran Mee Tarik pun tak ada lagi kat tempat kita ni. Jadi masa ni kira makanan  ini baru juga la bagi kami.







Mee Tarik dari sini sebijik seperti  Restoran Mee Tarik yang berada di Sungai Besi sekarang. Sejak dah ada restoran tu kat Malaysia kita, memang menjadi port untuk kami singgah makan dan menjadi salah satu list menu jalan jalan cari makan kami.

Ok...kita nak bercerita bagaimana nak buat Dumpling dan Dim Sum pula. Sebenarnya buat sendiri lebih nikmat tau. Maklumlah, dapat makan sepuas puasnya. Selalu kalau kami makan di salah satu restoran kesukaan kami...kalau order satu set je...sikit je dapat merasa, satu sorang je. Mana cukup tu. Sehingga menjilat jari lagi tu. Ini dia restoran yang betul betul berada belakang rumah kami. Dah banyak kali cuba restoran Muslim Chinese...tapi tak berapa sedap dan satu restoran tu pun dah tutup...kesiaaan...mee Tarik dia memang Out terus...!!!...Hihihihikk Restoran Best tu adalah Homst Prima Saujana...Salah satu Chinese Muslim Cuisine yang terbaik dan sedap sedap menu dia.






Inilah salah satu menjadi menu utama yang akan kami order. Ada lagi...Dumpling sup (dalamnya udang memang BEST) Banyak lagi la..semua best kat sini. Gambar tak ada...masakan ikan pun best kat sini. Ayam kat bawah tu dan daging black paper bawah ni pun TERBAIK!. Mesti cuba ok!






Ini pun salah satu wajib order ok...hehehe...Best ni.....alaahhh...semua kat sini best la..memang tak akan mengecewakan ya!





Oh ya...Nak Resepi kan?..Hehehe sorry..melalut pula kita ni....

Resepi PASTI JADi...

Ini RESEPI KULIT Wantan / Siew Mai /Dim Sum/ Dumpling

- 250g Tepung Gandum
- 80g Tepung Ubi @ Tepung Jagung (Ai pakai Tepung Ubi)
- 200 - 220 ml air panas mendidih
- Sedikit garam
- 1 1/2 sudu besar Minyak masak

Cara Adunan
- Satukan tepung tepung ini, garam dan minyak masak.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- uli sehingga sebati kemudian biar sebentar 20 minit dalam bekas tertutup ( supaya doh tidak keras)

Biasanya Kulit yang sudah siap terjual ada di TESCO di bahagian makanan basah deretan dengan sayur dan mee. Tapi Ai lebih suka buat sendiri dari nak kena mencari cari di pasaraya

ni. Maklumla, cara buat kulit ni pun bukan susah sangat. Senang saja menjadi doh hasil uli sendiri ni.
Selamat Mencuba!!!

Sumber Seharum Dapur Bonda









 ** kalau nak bagi warna kuning atau hijau, asingkan separuh dan letak pewarna kuning telur.






**Buat bulat lepas tu gelek gelekkan..baru dapat canai bulatan sekata



Ada pelbagai cara untuk Inti dalam. Cara ini mempunyai rasa yang berbeza beza. Kalau ikutkan Ai lebih sukakan rasa Asli seperti sajian dari Homst Chinese Muslim Food tadi. Tapi tak apa..kita kongsikan juga resepi resepi yang berbeza ini ya.

Siew Mai Dim Sum Kukus

Bahan Bahan
- 15 keping Kulit Wantan Kuning
- 100g isi ayam ( Dikisar)
- 5g biji Sago merah
-  sedikit Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Memasak
- Gaulkan isi ayam bersama serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa sehingga sebati.
- Rehatkan adunan di dalam peti selama 1 jam.
- Kemudian, isikan adunan ke dalam kulit wantan dan kemaskan tepinya.
- Letakkan biji sago merah di atas dan kukus selamat 10 minit ( sehingga betul betul masak)

(resepi ni sedap...asli rasanya)



Hahaha..tak kreatif la, tangan kita tak berseni...tak apa..lain kali kita buat elok elok sikit ya..canai doh bagi nipis sikit...ni kira tebal juga ni..nak cepat..



 Bila dah siap kukus...


Dim Sum Kukus

Bahan bahan
- Dada ayam ( dicincang dan blend)
- Daun bawang ( agak agak saja - dipotong halus)
- Lobak merah ( agak agak juga - dicincang) -* Ai sagat sebab nak halus sikit
- 1 sudu Sos Tiram
- 1 sudu black paper (ditumbuk halus) *tak perlu letak banyak pun tak apa, rasa dia tak sama seperti rasa asli dari restoran kalau pedas sangat.
- 1 sudu lada putih
- garam secukup rasa.

Cara cara
- Campurkan semua bahan dan gaulkan
Ambil sesudu adunan dan masukan dalam kulit dumpling / wantan dan bentukkan ikut kesukaan anda
- Kukus 10-15 minit.

** Susun Dimsum jangan berlapis lapis atau bertindih, nanti melekat

Sumber : Liana Ahmad


Resepi Inti Dumpling / Siew Mai

Bahan bahan
- 2 keping isi ayam dikisar halus
- 12 ekor isi udang dikisar halus
- 3 biji bawang merah (kecil) dicincang halus
- 2 biji bawang putih dicincang halus
- sedikit lobak merah dicincang halus ( atau sagat pun best)
- sedikit daun bawang
- sedikit lada sulah
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu kecil minyak bijan ( bila ada minyak bijan baru rasa asli dia terasa)
- 1 biji telur dipukul kembang
- 1 biji cili besar merah dipotong halus

Cara membuat
- Satukan semua bahan dan gaul sebati

Cara melipat
- Canai adunan tepung tadi. ** kalau nak bagi warna kuning atau hijau, asingkan separuh dan letak pewarna kuning telur.
- letak inti ditengah tengah dan lipat mengikut kreativiti anda.
- Kemudia Kukus!











Tak comel sangat....oklah, nanti masuk perut sendiri juga kan. 




Bila dah siap kukus.. Separuh lagi terus masukan dalam sup dumpling tanpa kukus dulu...alhamdulillah...semua dah selamat masuk perut..huhuhukk..tak sempat ambil gambar bila dah siap dengan sup..


Bahan untuk Dumpling Sup
** Kalau berminat nak buat sup...memang sedap

- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 sudu tea lada putih
- 2 @ 3 cawan air
- 1 kiub ayam (buat stock ayam sendiri pun best)
- 100g bunga kobis
- 1/2 sudu tea minyak bijan
- 2 sudu tea minyak untuk menumis
- 1 batang daun bawang ( untuk ditabur atas sup)
- 1 biji cili merah ( dihiris kecil)
- bawang goreng ( optional...tak ada pun tak apa)
- 1 sudu besar tepung gandum - bancuh untuk dijadikan gam bersama 1/2 sudu besar air. ** Ai tak pakai..lipat  dan picit hujung dumpling tu saja dah melekat walaupun dikukus dan direbus.


Cara Membuat
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukan air, kiub ayam dan serbuk lada putih.
- Tambahkan sedikit garam
- Bila mendidih, letak sedikit minyak bijan,masukkan bunga kobis dan dumpling yang sudah siap dari kukusan ( Ai letak terus lepas masukkan inti..pun jadi, tak kukus dulu pun)
- Hias dengan bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang telah dihiris.

(yang ni tak sempat nak snap gambar, sebab dan masuk dalam perut makan malam tadi...licin...)

Wednesday, July 12, 2017

Nasi Mendhi

Menu apa open house korang? Selalunya orang selalu buat makanan yang simple saja kan? Haaa kali ini nak recommend satu menu kesukaan ini iaitu nasi Arab...Nasi Mandy. Selalu kami kalau tetamu datang inilah menu yang paling senang nakdisediakan 7 minit masak nasi dah siap! Percaya tak? Senang kan bunyinya? Betul...masak nasi dia senang saja...Cuma preparation tu saja yang lambat sikit.Mana nak siang bawang..mana nak cuci ayam....


Kami suka jalan jalan cari makan Nasi Mandhi ni sejak balik dari umrah dulu. Lepas satu satu restoran arab ni kami cuba. Hanya satu saja yang rasanya ada persamaan dengan masakan kat Yaman tu iaitu AL DIAFAH. Ada satu lagi restoran di Shah Alam pun sedap.


Nasi Mandhi di AL Diafah





Kami suka makan kat sini kalau memang teringat Nasi Mandhy ni. Kalau Malas nak masak la.

Sebelum nak share resepi ni, mari kita tengok salah silah (betul ke?) macam mana kami suuuuka sangat Nasi satu ini?



Ini kami berhenti ketika kali pertama umrah dulu. Masa ni tak tahu apa pasal Nasi Mandhy ni.






Ini menu kami tengahari tu....nampak..alamak..keringnya..hehehe kita ni suka makan nasi berkuah tau



Tengok, tangan makcik sebelah tadi makan. Perrrghhhh sekali ngap je masa ni...alamaaaakk SEDAAAAP nyaaa..huhuhukk..makan punya makan...eehhh takleh makan banyaklah, kita ni berkongsi dengan jemaah lain kan. Sikit sikit sorang saja makan masa ni.

Bila balik saja Malaysia..itu yang kami pergi semua restoran arab yang menyediakan Nasi Mandhy ni...Tiba Tahun 2012 pulak, masa ni mengandung...nak sangat sangat makan Nasi Mandhy asli kan. Huhuhukk mengidam teruk betullah kali ni. Masa ni diberikan rezeki pula pada kami, Jadi dengan izin Allah...kami dapat mengerjakan Umrah kali kedua bersama kedua dua belah mak ayah dan Ma Abah...Syukurrrr tak terhingga masa ni.

Kami makan sekali lagi di persinggahan ini dari Madinah ke Mekah. Kali ni makan dengan keluarga sendiri saja. Memang makan punya lah tak hinggat gitu..makan berdua tau..dengan baby sekali ni, tu yang makan banyak..heheheh... SEDAP macam ni, mintak abang tapau untuk makan kat hotel pulak nanti. Sayang...sedap macam ni tak puas lah. Tapi, nak dijadikan cerita tak ada rezeki tu, kami bawa Nasi Mandhy Tapau ni ke cafe, tertinggal lah kat meja. Pergi lagi sekali, alamak...dah hilang tau...huhuhukkk nangis kita. Tenangkan hati masa ni...tak apalah, kan dah lepas hajat nak makan! Jadilaaaa...







Bersama Arwah Abah....  ;- ( ....sedih bila ingatkan arwah...tapi, alhamdulillah...arwah dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni...



Bersama ma juga...Inilah kenangan Paling terindah Sekali!!!

Ok..nak ceritakan pasal Nasi Mandhy kan. Inilah yang Ai cuba cuba buat. banyak kali dah cuba buat sendiri ni. pertama, Cara pakai kuali Icook ini. Best bila masak pakai ni tau. Masakan kita dalam tu khasiat tak keluar. Semua ayam dan air ayam turun ke nasi. Sebab ayam diletakkan dibahagian atas, nasi kat bawah. Terasa sangat nasi ni BEST!


Tumis bawang Holland dan Bawang putih. Pakai Minyak sapi sedap tau, kalau tak ada, Minyak lain pun ok je.

Cara masak dia simple saja. lebih kurang sama dengan penyediaan nasi beriayani. Rempah Nasi Mandhy ini saja sudah cukup sedap.

Ada lagi rempah yang sebijik rasa sedap seperti di yaman restoran. Tapi kita akan update kemudian ya. Nak cepat ni ambil anak sekolah. Rempah tu khas chef dari Arab yang buat. Memang Terbaik!. Tak perlu susah susah prepair bahan menumis lagi. Nanti kita Share ok...


Juga rempah 3 serangkai tu....biar sampai naik bau ya.



Masukan sukatan Air...Kalau 3 pot Beras...Air 4 pot ...Pakai Beras Basmathi jenis Pusa Gold 1121 ok!..Sebabnya beras ni lebih berkualiti jika dibandingkan dengan beras basmathi biasa yang selalunya digunakan dalam masakan nasi beriyani.



Kalau pakai kuali Icook ini, ai suka sebab ayam akan terasing dari nasi. Dan Air ayam akan turun ke bawah.



Bila dah masak, ayam dan nasi sama sama sedap.








Ai pakai rempah ni ya. Boleh didapati di kedai Arab ini.. Mahnaz food. Segala makanan dari Arab banyak boleh didapati di sini. Memang rambang mata bila masuk sini tau. rempah ni dimasukan dalam Nasi tadi. Ayam juga Ai salut dengan rempah ini...



Kalau nak lagi senang masak Nasi Mandhy ni, dan khasiat dia tak hilang...rasanya sedap seperti icook juga...pakai Noxxa Pressure Cooker...Puuun sangat SEDAP!...Sedap, Senang dan Mudah lagi...sebab 8 minit saja boleh Siap.

Sampai kami pernah sediakan Nasi ini pada tetamu yang datang tahun tahun yang lepas...Aik?? Tadi kami call nak datang kata kat luar lagi? Bila kami sampai Nasi dah siap?Hahahah...iya la...Noxxa kan ada....diorang tak percaya masak sendiri tu...satu satu kita tunjukkan barulah percaya...Sampai order Noxxa 2 sekaligus.

Sos dia senang saja..blend saja tomato, daun ketumbar dan cili merah ( Ai pakai cili kecil sebab nak pedas) campur 4 sudu perahan lemon dan sedikit garam (sikit saja)

Oh ya...yang bawah ini kami cuba masakan Nasi Mandhy di Mid Valley.....sebelum menonton movie kat situ kami cuba, boleh tahan Sedap nasi Mandhy kat situ...