My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, May 22, 2019

Jom dapatkan Bawang Murah dan banyak Di sini


Bawang Merah ni sudahlah Murah dan banyak, cantik-cantik pula tu tau. Alaaahhh Cik Eja ni..bawang murah pun nak share..Kalau tiket melancong murah..baju lawa-lawa tapi murah nak laa..

Ok..ini Cik Eja nak share dah lama. Tapi tak berkesempatan je. Ini topic penting tau untuk suri-suri yang selalu di dapur. Maklumlah, masakan kita orang Melayu ni memang menggunakan bawang yang banyak kan? Iye ke Ya? 

Kalau dapat kurangkan kos dalam membeli barang dapur kan lagi best. Maksudnya Jimaaat... oh Ya..nak tau ke bawang merah ni Cik Eja beli kat mana?











Ok, sebelum itu kan kami pernah la beli bawang kat Pasar Malam. Korang nak tau? Lebih sedikiiiiit dari ini tapi mak Oi...RM10... hahahahah terkejut Cek Ejam bila membayornya. Iyerla... mana tak terkejut...dia yang selalu beli barang-barang dapur rumah kami ni. Dibeli Kat Balaji Kalau Rm10 haaa engko..besar gedabak dapat bawangnya.

Itulah alkisah belian bawang kami...ini baru betul membawang namanya kan? Topic Bawang gitu...hehehehe

Oklah..yang ini pula kami beli di kedai Eco sebenarnya. Dah lama jualan bawang kat situ...tapi sebelum ini sikit je..Kali ini memang banyak dan comel-comel je kejadian bawang yang dijual. Cik Eja memang suka style bawang macam ni...tak terlalu kecik..dan tak terlalu besar. Sedang-sedang gitu. Sonang den nak masak hari-hari. Cek Ejam kata apa? Haaiii matilah kedai-kedai runcit Kalau macam ni. Semua dah ada kat sini.

Kedai Eco ni memang dekat saja dengan rumah kami...tak sampai 5minit je dah pun sampai kedai Eco ni. Bak kata nak apa-apa senangla contohnya...haaaa barangan gardening pun murah tau! Cayalah Kedai Eco ni...memang ter sangat economy heheheh.

Jadi..apa lagi? Pi la beramai-ramai ke sana yek!!

No comments:

Post a Comment